BAB 8

Romance Completed 15740

“Hafizudin bin Dzalkifli! Aku nikahkan akan dikau,..”

“Sat! Sat!,.tak betoi ni,.macam mana boleh silap sebut nama pulak? Saya rasa saya dah isi dah borang nikah tu. Saya Muizzudin,.bukan Hafizudin!” jurunikah belum habis menyebut, Muiz sudah mencelah. Dia tak mahu tanggung dosa kerana tersalah menyebut nama. Walau saksi akan kata sah tapi hakikatnya pernikahan mereka takkan sah!

“Muizzudin?” encik Dzalkifli pula mencelah. Dahinya sudah berkerut seribu. Muiz mengangguk perlahan.

“Abang Hafiz ada di kampung. Dah banyak kali Din cakap kat papakan?”mendengar kenyataan Muiz suasana menjadi huru hara seketika. Farisha juga nampak agak mengelabah tapi seketika cuma dia kembali tenang. Diam-diam bibirnya sudah mengulum senyum.

“Macam mana ni? Nak hentikan ke?” jurunikah pula bertanya. Encik Dzalkifli nampak resah.

“Saya tak kisah kalau nak diteruskan. Hafizudin atau Muizzudin, sama saja cuma,..”encik Dzalkifli bersuara lagi sambil memandang bakal besannya dan Farisha.

“Nampaknya kita kena tanya pengantin perempuan sekali lagi!” jurunikah bersuara lagi. Semua mata sudah memandang Farisha.

“Farisha! Macam mana?” ibu pengantin perempuan Puan Faeezah yang bertanya sendiri Farisha. Perlahan Farisha menjatuhkan kepalanya. Wajahnya sudah berbahang. Dia sendiri pun masih keliru kerana, bila dia memandang wajah Muiz ada rasa ketenangan di dalam hatinya. Lebih-lebih lagi sekarang ni bila Muiz mengenakan baju melayu. Muiz nampak lebih matang dan tenang berbanding sebelum ini. Dia kenal Hafiz yang lebih bersikap baran dan keanak-anakkan. Patutlah dia merasa pelik sejak akhir-akhir ini. Rupanya Hafiz di depannya bukanlah Hafiz yang sebenar!

“Kita teruskanlah seperti yang sepatutnya!” encik Zul Fatah pula bersuara mewakili anaknya Farisha. Jurunikah kembali membelek borang nikah dan menganggukkan kepalanya beberapa kali tanda berpuas hati sebelum mengengam tangan Muiz semula. Majlis akad nikah berlangsung dengan selamatnya selepas itu.

Selepas doa diaminkan Muiz menoleh ke arah Farisha dan merenung wajah isterinya yang sudah bertudung itu. Terima kasih dengan pemberianMU ini Ya Allah! Semoga dia menjadi isteri solehah dan ibu yang baik untuk anak-anak kami kelak. Terima kasih juga untuk Hafizzudin, abangku! Muiz berdoa dan berbicara di dalam hati. Bila teringatkan Hafiz bibirnya spontan tersenyum lagi. Tentu abang Jazlan suka bila dah bertemu dengan bakal suami Zahra?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience