BAB 14

Romance Completed 15740

Malam itu Hafiz mengikut Muiz ke masjid. Hafiz nak Muiz membuat pengumuman akan status dirinya yang merupakan abang kembar pada Muiz dan Hafiz juga nak Muiz bersemuka dengan abang Jazlan. Hafiz rasa sangat terseksa bila memegang watak sebagai Muiz di dalam kampung ni kerana Hafiz bukanlah Muiz.

Orang kampung seakan terkejut bila melihat mereka bersama, lebih-lebih lagi abang Jazlan. Bila Muiz memberitahu dia sudah berkahwin dan yang memanggilnya pak long bukan dirinya tapi Hafiz sekali lagi wajah abang Jazlan berubah riak. Muiz meminta maaf pada abang Jazlan atas segala salah faham.

Malam ini juga Muiz menjadi imam. Hafiz yang menjadi makmum di belakang tiba-tiba merasakan dirinya begitu kekurangan. Surah-surah Al-Quran yang dibacakan Muiz di dalam solat menyedarkan Hafiz betapa selama ini dia jauh ketinggalan. Dunianya hanya dipenuhi dengan keseronokan. Jauh berbeza antara dia dan Muiz. Beruntungnya Farisha kerana menjadi isteri pada Muiz. Rasanya aku tak salah dalam membuat keputusan memaksa Muiz berkahwin dengan Farisha. Kalau Farisha kahwin dengan aku tentu Farisha takkan berubah macam sekarang. Hafiz bermonolog di dalam hati.

Hafiz pulang awal dari masjid manakala Muiz pula berniat untuk pulang lewat kerana sudah lama tidak berjumpa dengan kariah masjid yang lain. Kebetulan pula ada majlis bacaan Yasin di rumah salah seorang penduduk kampung malam ini. Hafiz mengelak untuk pergi dan pulang dahulu. Bila Hafiz sampai di halaman rumah dia melihat Farisha sedang berada di atas pangkin di halaman rumah. Perlahan-lahan Hafiz menghampiri Farisha dengan niat nak mengejutkan Farisha. Hati nakalnya turut tersenyum lucu bila cuba membayangkan Farisha yang akan menjerit ketakutan. Belum sempat Hafiz menepuk belakang Farisha tiba-tiba Farisha menoleh ke belakang. Hafiz yang terkejut melihat wajah Farisha di depannya.

“Makkkkkkkkkk!!” Hafiz menjerit kuat. Wanita di depannya sudah menyeringai. Hafiz tak tunggu lagi, Hafiz terus mengatur langkah seribu masuk ke dalam rumah. Kedengaran hilai tawa yang kuat dari wanita itu.

“Ya Allah! Hafiz,.awat tu?,.macam jumpa hantu.” Puan Farizah bertanya cemas. Di halaman rumah masih kedengaran suara wanita yang masih ketawa. Puan Farizah menuju ke pintu rumah dan menjengukkan wajahnya. Farisha masih ketawa sambil menekan-nekan perutnya. Air matanya sudah mengalir ke pipi. Farisha bukan sedih tapi hatinya sudah digeletek lucu melihat Hafiz yang berlari laju.

“Farisha! Awat ni?” Puan Farizah bertanya Farisha pula.

“Abang Hafiz tu ibu,.penakut mengalahkan perempuan. Risha pakai topeng saja pun,.” Farisha menjawab soalan Puan Farizah dalam ketawanya yang masih bersisa.

“Topeng? Topeng apa?” Puan Farizah masih menyoal. Farisha mengambil topeng muka getah yang dipakainya sebentar tadi. Memang niatnya nak mengenakan Hafiz malam tu. Kebetulan dia sudah berpakat dengan Muiz dan Mifzal untuk mengenakan Hafiz. Nampaknya pakatan mereka menjadi dan Hafiz benar-benar terkejut dengan apa yang dilihatnya.

“Topeng apa ni Farisha?” Puan Farizah mengambil topeng yang dipegang Farisha dan membeleknya. Kemudian Puan Farizah mengelengkan kepala berkali-kali.

“Topeng ni? Risha pinjam dari kawan Risha. Meh sini Risha pakai,..” Farisha mengambil kembali topeng tersebut dari tangan Puan Farizah dan mengenakan di wajahnya. Sambil itu Farisha melepaskan rambutnya yang panjang melepasi bahu. Memang menyeramkan dengan mata palsu merah dan wajah yang mengerutu.

“Buang,.buang,..seram ibu tengok. Patutlah Hafiz lari tak cukup kaki tadi,.hish,..hampa ni,.” Puan Farizah mengelengkan kepalanya lagi. Dia sudah kematian kata dengan gelagat anak menantunya. Ingatkan anak-anak kembarnya saja yang nakal, rupanya menantunya pun dah tersampuk sekali.

“Kan ibu? Ingatkan abang Hafiz tu berani sangat,.” Farisha berkata sambil terus ketawa. Setiap kali dia membayangkan gelagat Hafiz tadi ketawanya pecah lagi. Memang lawaklah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience