BAB 20

Romance Completed 15740

Rani menangis lagi entah kali yang ke berapa. Kali ini Rani menangis kerana tahu Hafiz masih hidup tapi tangisan Rani juga bukan bermaksud gembira. Rani dihujani dengan seribu satu perasaan yang dia sendiri pun tak faham. Alhamdulillah,.Hafiz masih hidup tapi kenyataan Hafiz membuatkan Rani terfikir kembali, siapa Hafiz yang sebenarnya?

Perkataan papa, mama, syarikat dan segalanya yang disebut Hafiz membuatkan Rani kembali mencari butir-butir peribadi tentang Hafiz namun semua butir peribadi Hafiz yang Rani cari tidak tersenarai dalam profilnya. Tiada ahli keluarga, tiada syarikat tempat dia bekerja, tiada tempat tinggal atau pun nama sekolah dia pernah belajar. Maklumat peribadi dalam akaun fac Hafiz langsung tiada selain namanya saja.

Dalam mengeledah wall Hafiz, Rani teringatkan Ijal. Dia pernah berbual dengan Ijal dulu dalam fac. Rani terus mencari nama Ijal sempoi Jeniang yang sudah menjadi rakan facnya.

Khairani Binti Hasbi : As salam Ijal,.kak rani nak tanya sikit, boleh dak?

Rani menghantar mesej ke peti masuk Mifzal dan menunggu balasannya. Sambil tu Rani mengeledah pula wall Mifzal. Rani terkejut bila terjumpa gambar Mifzal bersama seorang lelaki dan seorang perempuan. Ada status yang ditulis bersama gambar itu yang menarik minat Rani untuk membacanya. “Bersama abang Din dan isterinya kak Farisha”. Tak semena-mena air mata Rani mencurah lagi. Hafiz dah kahwin? Rani berteka-teki di dalam hati.

Ijal sempoi Jeniang : Wassalam kak rani,.apa cer PM Ijal hari ni,.nak tanya apa? Tanya cepat selagi kaunter pertanyaan masih dibuka J

Khairani Binti Hasbi : Din dah kahwin ka?

Tanpa berfikir panjang Rani terus menghantar mesejnya kepada Mifzal kemudian dia membaca semula mesej yang telah dihantar. Allahu Akbar. Dah silap tanya soalan. Sebenarnya nak tanya soalan lain. Rani merungut di dalam hati. Mungkin fikirannya sedang bercelaru bila melihat status Mifzal sebentar tadijadi secara tak sengaja soalan itu pula yang ditaipnya.

Ijal sempoi Jeniang : Yupp,.abang Din dah kahwin,.sebenarnya kak Rani nak tanya pasal abang Din atau nak tanya pasal abang Hafiz J

Khairani Binti Hasbi : Sebenarnya bukan soalan tu yang kak Rani nak tanya,.tersilap tanya soalan tadi,.sapa Din yang sebenarnya? Dia tinggal di mana? Keluarga dia tu orang kaya ka?

Ijal sempoi Jeniang : Apa kata kak Rani tanya sendiri dengan abang Hafiz. Jangan tanya dengan abang Din nanti kak Farisha jeles, lagi pun abang Din takdak fb J

Rani sudah mula bingung membaca mesej Mifzal. Mindanya bercelaru lagi. Adakah Hafiz dengan Din tu orang yang berbeza? Bukankah nama dia Hafizudin?

Khairani Binti Hasbi : Hafizudin dengan Din tu bukan orang yang sama ka?

Ijal sempoi Jeniang: Jeng,jeng,jeng,.apa kata kak Rani tanya abang Hafiz sendiri.

Khairani Binti Hasbi : Alaa,...tak sporting L

Ijal sempoi Jeniang: kekekekeke J

Rani menghembus nafasnya dengan kasar. Semua persoalannya masih belum terjawab. Nak tanya Hafiz rasanya mustahil sangat. Nampak sangat Rani nak ambil tahu pasal dirinya. Nanti mesti Hafiz akan syak wasangka. Hatinya bukan mudah untuk diteka. Selama ini Rani mengunci rapat pintu hatinya agar apa yang tersirat di dalam hatinya tak boleh dibaca oleh orang lain. Ahh,..letih juga memendam perasaan ini. Kenapa perasaan ini yang harus hadir disaat dia tiada di depan mata? Rani pening memikirkan semua kemungkinan dan permainan hatinya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience