BAB 23

Romance Completed 15740

Tiga hari kemudian,.

Rani masih terlantar di atas katil hospital. Walau pun dia sudah dikeluarkan dari bilik I.C.U tapi Rani masih dipantau oleh doktor-doktor pakar. Keadaan Rani masih lemah. Sedangkan Hafiz sudah tidak sabar untuk menjadikan Rani suri di hatinya. Semua persediaan sudah disiapkan. Tunggu ijab dan kabul saja lagi. Hari ini adalah harinya.

Degilnya Hafiz langsung tidak boleh dibantah. Hitam katanya, tiada siapa yang dapat menghalang lagi. Rani sendiri tidak dapat membuat keputusan. Walau ditolak, Hafiz tetap nekad untuk memperisterikan Rani. Dia tak peduli dengan buah mulut orang. Yang Hafiz tahu Rani harus jadi miliknya. Dia nak menjaga Rani. Buat masa sekarang Hafiz tak mahu fikirkan hal lain. Dia cuma nak jaga Rani. Hafiz cuma nak membahagiakan Rani selagi nyawa Rani masih dikandung badan.

Puan Farizah pun tak pernah membantah. Encik Dzalkifli tak mahu masuk campur. Baik untuk Hafiz, baiklah untuknya juga. Muizzudin dan Farisha sentiasa menyokong apa saja yang Hafiz rasakan terbaik untuk dirinya. Kedua ibu bapa Rani pula amat bersyukur bila ada insan yang sanggup memperisterikan Rani dalam keadaan Rani yang terlantar seperti itu. Khairina juga tidak membantah. Dia gembira kalau kakaknya gembira. Dia sentiasa berdoa agar kakaknya menemui kebahagiaan yang dia cari.

“Khairani,.yang bermaksud kebaikanku. Abang sayangkan Khairani sepenuh hati abang. Alhamdulillah,.Allah makbulkan juga permintaan abang. Sekarang Rani dah jadi isteri abang yang sah. Abang dah boleh jaga Rani. Abang dah halal menyentuh Rani. Kalau doktor izinkan, abang nak jaga Rani 24 jam,.” Selepas akad nikah selesai di bilik wad persendirian yang menempatkan Rani mereka ditinggalkan berdua. Hafiz mengambil kesempatan untuk meluahkan lagi suara hatinya.

“Sekarang abang nak dengar pengakuan Rani pulak. Rani sayangkan abang tak? Rani cintakan abang tak? Tak salahkan Rani nak buat pengakuan tu sebab abang dah jadi suami Rani. Kita dah sah Rani. Jangan takut, tak berdosa pun kalau Rani luahkan perasaan Rani pada abang,.” Hafiz cuba mengumpan Rani. Dia teringin nak mendengar luahan hati Rani. Dia yakin Rani juga sayangkan dirinya.

“Rani!” bila Rani masih membisu Hafiz bersuara lagi. Hanya nama Rani yang disebutnya. Rani hanya mampu tersenyum. Tanpa sedar air mata Rani gugur lagi. Hafiz menyeka air mata Rani dan mengucup dahi Rani lama. Dia turut sebak bila melihat ke dalam mata Rani yang sudah merah.

“Tak apa! Abang tak paksa Rani. Rehatlah,.mungkin Rani letih selepas makan ubat tadi. Abang faham keadaan Rani. Tidurlah,..tapi jangan suruh abang tinggalkan Rani kerana abang tak sanggup nak pergi,.” Hafiz berkata lagi sambil mengapai tangan Rani. Dielus perlahan tangan Rani yang pucat.

“Rani sayang abang. Rani cintakan abang. Maafkan Rani sebab lambat melafazkan cinta Rani pada abang. Terima kasih sudi ambil Rani sebagai isteri dalam keadaan Rani macam ni. Terima kasih dengan cinta yang abang berikan pada Rani,..” dalam esakan, Rani meluahkan apa yang terpendam selama ini. Perlahan dan tertahan-tahan. Sekali lagi Hafiz mengucup dahi Rani. Air matanya turut sama meraikan suara hati Rani.

“Alhamdulillah! Cinta abang berbalas juga akhirnya. Rani memang cintakan abangkan selama ni? H tu Hafizudinkan?” Hafiz bertanya lagi soalan yang ingin didengarnya. Rani mengangguk lemah. Wajahnya rasa berbahang. Hafiz sudah tersenyum bahagia. Ingin sekali dia mendakap tubuh Rani untuk memberitahu betapa bahagianya dia saat ini tapi apakan daya. Walaupun begitu dia sudah berpuas hati dapat berada di sisi Rani dan berbual dengan Rani seperti ini.

“Rani memang dah sukakan abang sejak dulu, cuma ketika tu abang hanya pandang Rani dari jauh. Kenapa abang semakin berani sejak setahun lepas. Apa yang membuatkan abang jadi berani?” soalan Rani buat Hafiz berjeda lama. Dia teringat cerita Mifzal. Nampaknya ada salah faham di sini.

“Ermm,..rasanya isteri abang ni dah salah orang ni. Tunggu kejap,.” Hafiz berkata sambil melangkah pergi. Rani yang tercengang. Tak faham langsung dengan maksud Hafiz tadi.

“Ehhh?” bila Hafiz masuk semula dengan seorang lelaki yang seiras dengannya, wajah Rani berubah riak. Dia keliru. Nasib baik Hafiz memakai baju melayu, kalau tak tentu Rani tak dapat mengecam yang mana satu Hafiz.

“Ini Muizzudin,.adik kembar abang. Bila kali pertama abang jumpa Khairina, abang pun keliru dan menyangka Khairina adalah Rani. Macam sekarang ni abang tahu Rani pun keliru antara abang dan Din. Orang yang Rani suka pada mulanya bukan abang tapi adik kembar abang, Din. Maafkan abang sebab abang dah paksa orang yang Rani suka kahwin dengan tunang abang Farisha. Abang tak tahu pun dia dah ada peminat sebelum ni.” Hafiz membuat penjelasan. Rani masih buntu. Dalam masa yang sama dia turut merasa lucu. Rupanya dia menyukai orang yang berbeza dengan wajah yang sama. Dia teringat kembali mesejnya dengan Mifzal.

“Muizzudin,..kau tak ada apa nak cakap ke?” Hafiz memandang Muiz dan menjungkitkan keningnya.

“Oh! Ada,.ada,.cinta tak terlafaz dan jodoh itu sesungguhnya ketentuan Allah! Aku dah ada Farisha dan cinta aku hanya untuk Farisha dan Azzalea Firzanah saja sekarang ni. Hang tolong jaga Khairani baik-baik naa. Dah,..aku keluar dulu. Kesian Risha dok tunggu aku di luar tu,..” sempoi saja ayat-ayat yang Muiz katakan dan sehabis berkata-kata Muiz terus berlalu pergi. Wajah Rani berubah lagi dan bibirnya sudah mekar dengan senyuman. Hafiz duduk kembali di kerusi dan mengapai tangan Rani.

“Sekarang ni Rani bagitau abang, Rani sukakan Muizzudin atau pun Hafizudin?” Hafiz menyoal lagi. Rani hanya tersenyum. Bibirnya sudah bersedia untuk berkata-kata.

“Rani sukakan Muizzudin,..TAPI Rani cinta dan sayangkan Hafizudin sepenuh hati Rani. Boleh macam tu?” bibir Hafiz sudah lebar dengan senyuman. Dia rasa macam ingin melompat bila mendengar kata-kata Rani. Sekali lagi dahi Rani menjadi mangsa. Tak tahu lagi bagaimana harus melahirkan perasaan sayangnya pada Rani. Hanya kucupan kasih itu saja yang termampu dihadiahkannya buat masa ini.

“Rani letihlah abang,.Rani tidur dulu naa,..” Hafiz hanya mengangguk lemah dan dalam sekejapan saja mata Rani sudah tertutup rapat. Tidurlah sayang! Moga Isteri abang sentiasa dalam rahmat Allah hingga ke hujung usia. Abang sayang isteri abang walau hanya tinggal jasad yang sudah kaku kerana CINTA TANPA NOKHTAH ini hanya untuk isteri abang yang tersayang Khairani binti Hasbi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience