BAB 24

Romance Completed 15740

LIMA tahun kemudian,..

Hafizudin Dzalkifli,.
Aku tak tahu apa maknanya cinta dan aku pernah berazam takkan jatuh cinta selagi belum bergelar seorang isteri. Aku mencuba untuk tidak jatuh cinta pada mana-mana lelaki. Aku cuba butakan mata hatiku dari memandang insan bernama lelaki tapi aku tewas sejak kau berani menyatakan sayang. Aku tewas sejak kau meluahkannya. Dalam rasa sangsi aku terjerat juga dengan perasaanku. Dalam diam dan tanpa sedarku akhirnya namamu telah bertahta dalam hatiku.

Hafizudin Dzalkifli,.

Kau tahu tak,.adakalanya aku ketawa pada diri sendiri,.terasa lucu dengan permainan hati ku dan terasa dipermaiankan oleh perasaanku sendiri. Aku mencintaimu sepenuh hati tapi aku tak mampu melafazkan cinta itu. Betapa terseksanya aku rasakan. Sedangkan kau mungkin tak pernah tahu bahawa cinta ini pernah wujud dalam hatiku padamu.

Hafizudin Dzalkifli,.

Sejak aku sudah pandai untuk merinduimu, kau pula menghilangkan diri. Orang kata kau sudah lemas dan hilang di tengah lautan. Aku tak percaya kerana aku yakin kau masih bernafas dan masih ada di atas muka bumi ini. Aku berdoa siang dan malam agar Allah sentiasa melindungimu kerana aku terlalu menyayangimu dan tak sanggup kehilanganmu. Hanya air mata yang menemaniku saat itu.

Hafizudin Dzalkifli,..

Bila kerinduanku padamu datang bertamu, aku akan buka fac dan menatap lama wajahmu. Ketika itu aku akan tersenyum sambil air mataku berjuraian laju. Aku rasa lucu dan malu pada diri sendiri kerana berkelakuan seperti itu. Aku malu kepada Allah kerana aku tahu Allah mengetahui isi hatiku. Mencintaimu yang bukan hak milikku. Betapa berdosanya aku rasakan. Kalau orang lain tahu isi hatiku di mana harus aku sembunyikan wajahku ini? Mencintai insan yang entah di mana. Entah apa khabarnya dan entahkan juga, aku hanya bertepuk sebelah tangan. Merindui bayang-bayang hitam yang mendatangiku dalam gelapnya malam. Aku tak pasti dengan dirimu, yang aku tahu aku hanya mencintaimu. Cinta Tanpa Nokhtah hingga ke hujung usiaku.

Hafizudin Dzalkifli,..

Cintakah kau padaku? Aku sering bertanya begini di dalam hati. Adakalanya aku tak percaya dengan kata-katamu. Kau hanya melafazkannya beberapa kali,.itu pun ketika kita berbual di dalam fac. Bolehkah dipercayai kata-katamu itu? Aku sangsi namun aku ingin memegang kata-kata itu. Biarpun kau hanya berdusta aku ingin menjadikan kata-kata itu sebagai kebenaran. Kadang-kadang aku juga terfikir adakah aku hanya berilusi seorang diri? Ataupun aku sedang bermimpi? Tapi,.bagaimana dengan perasaanku terhadapmu? Aku pasti perasaanku ini bukan satu penipuan. Aku benar-benar menyayangimu dan rasa rinduku padamu amat sakit.

Hafizudin Dzalkifli,..

Di mana kau telah menghilang? Andai kau masih bernyawa,.hadirlah di depanku kerana aku dapat merasakan hidupku ini sudah sampai penghujungnya. Aku sering letih dan tiada selera makan. Adakalanya aku terfikir, inikah yang dikatakan orang penyakit cinta? Sakit rupanya rasa cinta ini? Kau bagaimana pula? Adakah kau sihat sekarang? Andai kau masih ada di atas muka bumi ini,.aku berharap agar Allah akan temukan kita semula andai kaulah jodohku. Andai kau juga mempunyai rasa cinta yang sama denganku,.moga kita akan ditemukan kembali.

Hafizudin Dzalkifli di sini Khairani Binti Hasbi sentiasa menanti kehadiranmu dan bersedia untuk meluahkan rasa cintaku padamu. Aku rindu, aku sayang, aku cinta hanya padamu!

Hafiz menutup kembali buku catatan harian milik Rani yang diberikan oleh Rina padanya lima tahun yang lalu. Selepas Rani menghembuskan nafas terakhirnya selepas seminggu mereka bergelar suami dan isteri buku itu telah berada dalam simpanannya dan setiap kali Hafiz merindui Rani dia akan membacanya dengan mata yang bergenang.

“Abang! Rindu kak Ani lagi la tu? Hmm,.” Suara seorang perempuan menyapanya mesra. Hafiz menoleh pantas dan menyembunyikan buku yang dipegangnya.

“Hiesyyy,..Khairani dah ada depan mata abang. Hari-hari abang boleh tengok dia. Boleh peluk dia. Boleh kiss dia. Buat apa nak rindu lagi?” Hafiz menghulurkan tangan pada perempuan itu dan mendukung anak kecil yang dipegangnya. Diciumnya pipi anak kecil itu hingga si kecil ketawa tanpa henti.

“Khairani kecil papakan,.sayang papa ni. Nanti kita pergi melawat mama ya,.ibu nak ikut sekali tak? Hari ni kan birthday Rani dengan sayang? Kita pergi ya nanti, ziarah Rani?” Hafiz bertanya perempuan yang masih tersenyum di sebelahnya.

“Hmm,.cinta tanpa nokhtah abang dengan kak Ani memang tak mampu Ina tembus ya? Macam nak cemburu ja setiap kali abang sebut nama kak Ani tapi Ina tak mampu nak cemburu pada kak Ani sebab tanpa cinta dia pada abang tentu Ina pun takkan kahwin dengan abangkan?” Khairina bersuara sayu. Dia sedar dia hanya penganti kakak kembarnya. Tiga tahun yang lalu tiba-tiba Hafizudin bekas abang iparnya datangmelamar. Dia terima dengan senang hati walau tanpa perasaan cinta. Terharu dengan cinta kakak dan abang iparnya dia juga belajar untuk mencintai bekas abang iparnya itu.

“Kenapa cakap macam tu? Khairani atau Khairina,.kan sama saja? Dua-duanya pun abang sayang. Dua-duanya pun abang cinta,.lebih-lebih lagi sejak ada Khairani kecil ni,..” Hafiz cuba menenangkan hati Rina sambil menarik Rina dekat padanya. Dihadiahkan ciuman di dahi isterinya itu.

“Yalah tu,.terima kasih kerana sudi cintakan Ina dan sayangkan Ina,.” Rina melentokkan kepalanya di bahu Hafiz. Terasa bahagia menyelinap ke seluruh tubuhnya. Biarlah dia hanya menumpang tuah kakaknya, asalkan Hafizudin yang telah menjadi suaminya kini juga menyayanginya. Sementelah lagi setelah mereka mendapat seorang cahaya mata yang diberi nama Khairani Azzalea, yang bermaksud Kebaikanku yang kekal abadi. Nama arwah Khairani dan arwah ibu mertua tirinya yang digabungkan bersama.

“Nak ikut tak?” Hafiz bertanya sekali lagi. Rina yang tengelam dalam lamunan yang seketika memanggungkan kepala dan merenung wajah Hafiz.

“Nak pi mana?” dunggu seketika Rina dan dia bertanya balas.

“Laa,..pergi jumpa Rani!” Hafiz mengenyitkan mata. Rina tergelak perlahan.

“Nak ikutlah,.bila nak pergi?”

“Sekarang! Pergi siap,.lepas jumpa Rani kita balik KL,.nak tengok orang baru. Abang lupa nak bagitau Rina, Farisha dah bersalin anak ketiga. Kali ni dapat sepasang kembar. Laju betul mereka berdua tu,..tak sempat kita nak kejar,.” Hafiz menghabiskan ayat-ayatnya sambil ketawa lepas. Rina sudah melebarkan senyumannya.

“Nasib baik abang dah simpan janggutkan,.kalau tak, boleh pening kepala Rina ni kalau abang dengan adik abang tu ada sekali.”

“Sebab abang tau Rina akan silap oranglah, abang simpan janggut. Kalau Rina tersalah peluk. Abang juga yang cemburu nanti. Pergi siap sekarang. Jangan nak banyak soal lagi. Khairani abang ni, biar abang yang jaga,..” Hafiz mengarah Rina dan mengacah anak kecilnya.
Isterinya bingkas bangun menuju ke bilik. Perlahan-lahan Hafiz mendukung anaknyadan meletakkan semula buku jurnal milik Khairani di tempat persembunyian yang dia seorang saja tahu. Meski lusuh namun ia menjadi pengubat kerinduan setiap kali teringatkan arwah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience