BAB 22

Romance Completed 15740

Rani membuka mata perlahan-lahan. Tubuhnya lemah dan letih. Tiada daya dan upaya. Serasakan hidupnya sudah sampai ke penghujungnya. Mesin di kiri dan kanannya berbunyi lemah seperti lemahnya tubuh Rani. Terdapat drip air tergantung di tepi katil Rani.

Rani toleh kiri dan kanan. Ada pesakit yang terbaring kaku di sebelahnya. Rani mula mencerna mindanya. Apa yang berlaku padanya? Rani cuba mengimbas kembali. Apa yang Rani ingat, Rani pengsan ketika sedang bekerja di kedai abang Dzul Fahmi. Kemudian Rani sudah tak ingat lagi apa yang berlaku.

Mak, abah, Rina,.maafkan Rani! Rani hampakan semua orang. Rani abaikan diri Rani kerana lelaki yang baru wujud dalam hidup Rani. Kerana cinta, Rani terlupa dengan kasih sayang mak, abah dan Rina. Ampunkan Rani mak, abah. Maafkan kak Rani Rina,.Maafkan Rani Hafiz kerana mencintai Hafiz tanpa izin. Ampunkan aku Ya Allah kerana mencintai hambaMU yang belum menjadi hak aku.

Perlahan air mata Rani gugur ke pipi. Seketika kemudian Rani menyedari ada seseorang sedang melangkah masuk. Rani pejamkan mata rapat. Rani cuba mengerakkan tangannya dan mengelap air matanya tapi tangan Rani kaku dan tak dapat bergerak. Tubuh Rani kebas.

“Khairani Binti Hasbi! Saya sayangkan awak. Saya cintakan awak. Saya dah minta izin kedua ibu bapa awak untuk memperisterikan awak. Saya cuma perlu persetujuan awak untuk menjadi isteri saya hingga ke akhir hayat awak.” Terdengar suara seorang lelaki di tepinya. Jantung Rani seakan terhenti berdenyut. Dia ingin membuka matanya kembali dan melihat wajah lelaki itu. Tapi,..Rani tak mempunyai keberanian. Rani terus menunggu dan berpura-pura masih tidur.

“Rani! Tolong bangun dan jawab semua pertanyaan saya! Adakah H yang awak maksudkan itu adalah saya? Hafizudin bin Dzalkifli adakah cinta tanpa nokhtah awak tu untuk dia? Tolong bangun Rani dan jawab pertanyaan saya sejujurnya,.” Rani terdengar lagi suara lelaki itu disertai esakan halus. Perlahan-lahan Rani membuka matanya disertai air matanya yang gugur lagi ke pipi. Bibir Rani ingin tersenyum melihat wajah lelaki yang sedang berdiri di tepi katilnya tapi Rani tak mampu membuatkan bibirnya tersenyum lagi.

“Khairani,.awak dah sedar? Alhamdulillah,.terima kasih Ya Allah! Rani kita nikah ya?” air mata Rani gugur lagi. Ya Allah! Benarkah dia mencintai aku? Dalam keadaan aku yang macam ni pun, dia masih sudi memperisterikan aku? Bermimpikah aku? Katakan ini hanyalah mimpi Ya Allah. Semuanya ini bukan benar. Aku hanya bermimpi.

“Khairani Binti Hasbi tolong terima lamaran saya kalau awak juga mempunyai perasaan yang sama dengan saya. Saya nak berbakti pada awak Rani. Tolong tunaikan permintaan saya ni. Tolong Rani. Saya merayu. Tunaikan permintaan saya Rani untuk menjadikan awak sebagai suri dalam hati saya.” Lidah Rani kelu. Rani tak mampu berkata-kata. Hanya air mata yang sedang berbicara. Hafiz sendiri sudah kabur pandangannya dek air mata. Dilap rakus air matanya tapi air matanya itu terus mengalir tanpa henti. Hatinya nekad untuk memperisterikan Rani walau hanya untuk sejam, seminit atau pun sesaat. Dia ingin mengucup dahi Rani dan meluahkan rasa cintanya pada Rani dalam keadaan Rani sudah menjadi isterinya yang sah. Dia ingin Rani melafazkan kalimah cinta dengan bibir Rani sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience