BAB 13

Romance Completed 15740

Seminggu berlalu begitu pantas sekali. Muiz telah mengotakan janjinya dan membawa Farisha pulang ke kampung. Orang yang paling gembira dan bahagia hari ini tentulah Puan Farizah. Tak sabar rasanya Puan Farizah untuk menatap wajah menantunya.

Hafiz pula hanya beriak selamba. Gembira tak, sedih pun tak menerima kunjungan Farisha, apatah lagi Rani sudah menerima dirinya. Mereka selalu berbual melalui online bila berkesempatan namun bila diajak berjumpa Rani selalu menolak dengan perbagai alasan.

“Berseri kau sekarang ni bro,.amacam? Farisha dah bagi servis terbaik ke?” Hafiz sengaja berkata begitu sambil mengerling Farisha yang sudah mencebirkan bibirnya. Muiz sudah gelak berlambak mendengar pertanyaan Hafiz dan gelaknya semakin kuat bila melihat reaksi Farisha.

“Terima kasih untuk kau! Doakan kami bahagia naa. Kau macam mana? Dah pi rumah abang Jazlan? Dah pinang Zahra?” mata Hafiz terbuntang mendengar pertanyaan Muiz. Sakit hati dia mendengar ungkapan Muiz itu. Ada ke patut, aku bagi bini cantik kat dia. Zahra tu pulak yang dia nak sedekah kat aku? Hafiz berdongkol di dalam hati.

“Tak! Bukan Zahra,.tapi Rani. Khairani Binti Hasbi. Aku dah pikat dia dan nampaknya macam umpan aku mengena ja. Kau jangan jelous pulak!” Hafiz mendapat satu akal. Nama Rani sengaja disebutnya di depan Muiz. Berubah sekejap wajah Muiz namun Muiz tersenyum kembali. Dia memandang Farisha lama. Ada satu rasa yang sukar diungkapkan di dalam hatinya.

“Tahniah bro! Mungkin dah takdir, jodoh kau dengan dia,.” Ada sendu di dalam nada suara Muiz namun Muiz cuba tersenyum walau senyumannya ternyata hambar. Hanya Allah saja yang tahu perasaannya ketika ini. Nak menyesal pun tiada gunanya lagi. Dia dah jadi milik orang lain. Sekian lama Rani bertahta di hatinya tapi jodohnya Allah dah tetapkan dengan Farisha. Dia harus redha dengan ketentuan takdir ini.

“Kau tak menyesal ke?” Hafiz masih lagi ingin menduga hati adik kembarnya itu.

“Pasai pa nak menyesal pulak. Farishakan ada! Kan Sha?” Muiz sengaja bersuara ceria. Cuba menyembunyikan hatinya yang sedang gundah gulana. Dia memang pernah ada hati pada Khairani tapi dia tak berani mengungkapkan rasa sayang itu. Dia tak berani meluahkannya kerana dia sedar siapa dirinya. Dia takut Rani akan menolak hasrat hatinya. Mungkin ada hikmahnya semua ini. Muiz cuba memujuk hatinya sendiri.

“Aku ingat nak suruh ibu pi minang Rani untuk aku. Tak sabar nak tengok Rani datang kat aku dah aku tak sabar nak bergelar suami untuk Rani,..” ayat seterusnya yang diungkapkan Hafiz buat Muiz semakin terdera. Sengaja dia pura-pura tidak mendengar dan tangannya merangkul pinggang Farisha dan membawa Farisha masuk ke dalam rumah. Farisha pula sedang memikirkan apakah sebabnya Hafiz asyik menyebut nama Khairani berulangkali. Farisha merasa tidak sedap hati kerana dia tahu perkahwinan dia dan Muiz bukan atas dasar cinta. Hatinya sedang berteka-teki.

“Siapa Rani tu Muiz? Kekasih awak ke?” Farisha meluahkan juga suara hatinya. Muiz mengeleng lemah. Sesungguhnya dia dan Rani tak pernah pun bercinta, macam mana pula Rani tu nak jadi kekasihnya?

“Abang mana ada kekasih. Jangan layanlah cakap abang Hafiz tu. Dia tu sengaja nak kenakan kita ja. Dah,.lupakan semua tu. Jangan nak ingat lagi. Lagi pun Rani tukan bakal jadi biras awak jugak.” Dengan yakinnya Muiz berkata. Percaya sangat dia dengan kata-kata Hafiz tu, padahal Hafiz dan Rani tu belum bercinta pun lagi. Hanya berbual beberapa kali saja di dalam fac. Itu pun hanya berbual perkara biasa saja. Hafiz yang sengaja menguji perasaan Muiz dengan statement yang tidak benar.

“Bukannya apa,.awak tahukan kita kahwin dalam keadaan terdesak. Hafiz tu yang paksa awak kahwin dengan Sha,.” Farisha berkata lagi dengan penuh keraguan. Muiz menghela nafasnya keras. Terpaksalah dia menenangkan hati Farisha pulak. Kenapalah Hafiz ni tergamak nak menyebut nama perempuan lain di depan Farisha sedangkan dia yang paksa aku berkahwin dengan tunang dia ni? Muiz berdongkol geram di dalam hati.

“Okey,.abang berterus terang dengan Sha. Abang memang pernah ada hati kat Rani tapi kami tak pernah bercinta sebab abang tak pernah luahkan perasaan abang pun. Abang pun tak tahu pun Rani tu macam mana. Sekarang ni, Sha jangan fikir pasal orang lain. Fikirkan masa depan kita saja. Kita dah jadi suami isteri, Sha jangan kata Sha menyesal pulak sebab tak kahwin dengan abang Hafiz!?” Muiz pulak menduga Farisha dengan kata-kata akhirnya. Farisha berjeda lama. Dia sendiri pun tak pasti dengan hatinya. Muizzudin atau pun Hafizudin tiada bezanya.

“Jangan tanya Sha! Sha tak tahu nak jawab. Bagi Sha awak atau Hafiz sama saja.” Senang saja Farisha memberikan jawapannya. Muiz menahan nafas dan menghembuskannya. Muiz sendiri sedang keliru dengan perasaannya. Sepanjang seminggu mereka bergelar suami dan isteri mereka memang sudah menunaikan tanggungjawab mereka.

“Sekarang Sha jawab dengan jujur. Setiap kali kita bersama, Sha bayangkan abang atau pun abang Hafiz?” Muiz bertanya tanpa ragu. Wajah Farisha sudah berubah. Wajahnya berbahang. Pantas saja tangannya memiat lengan Muiz. Hampeh!,..

“Dah nikah dengan Muizzudin takkan Sha nak bayangkan Hafizudin pulak? Dahlah,.Sha tak nak cakap dengan awak lagi,..” Farisha berlalu pergi meninggalkan Muiz yang sudah tersenyum lebar. Alahai! Abang sayang isteri abang ni. Muiz berbisik di dalam hati. Tiba-tiba hatinya diserbu rasa bahagia yang tak terhingga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience