BAB 2

Romance Completed 15740

“Assalamualaikum!,.Din, pagi tadi sakan hang bawa joran. Kata nak pi mengail di Yan. Balik dah ka? Banyak dapat ikan?” Hafiz ditegur oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Dia baru saja tiba di Pekan Jeniang dan sedang mencari kedai makan untuk mengalas perutnya yang sedang berdondang sayang.

“Tak jadi pi,.ada hal sikit di Alor Setar.” Hafizmenjawab tanpa rasa bersalah. Dia tahu mungkin lelaki itu menyangka dia adalah Muiz. Sengaja dia menipu agar dia dapat terus menyamar sebagai Muiz dan dapat mengantikan Muiz buat sementara waktu.

“Buat pa pi Alor Setar? Hang letak reta tang mana? Aku tak nampak reta hang pun.” Lelaki itu bersuara lagi sambil matanya melingas memerhatikan sekeliling seolah sedang mencari sesuatu.

“Oh! Reta rosak. Baru ja turun dari bas.” Hafiz menipu lagi. Sebetulnya dia sedang lari dari rumah kerana bergaduh dengan ayahnya. Dia hanya membawa dompet duit bersamanya. Oleh kerana tak mahu dikesan ayahnya, Hafiz meninggalkan keretanya di Kuala Lumpur. Hajatnya datang ke Kedah untuk memaksa Muiz mengantikan tempatnya.

“Rosak ka? Pak long nak balik ni. Jomlah tumpang! Malam ni dengar kata ada ceramah di masjid. Hang jangan tak pi pulak. Satgi tak dak orang nak azan. Daripada Lebai Daruih yang azan, lebih baik hang azan. Boleh jugak panggil anak-anak muda kampung mai ramai-ramai di masjid.” Lelaki tadi berkata lagi. Hafiz sudah mengigil di dalam hati. Azan? Seumur hidup ni, masjid pun aku tak pernah pijak lagi. Inikan pulak nak suruh azan di masjid? Kenapalah Muiz ni rajin sangat pergi masjid? Inilah masalah aku paling besar kalau nak bertukar tempat dengan dia?

“Takpa! Takpa,.pak long balik dulu. Nanti Din balik, nak singgah makan sat. Lapaq!” tergagap-gagap Hafiz bersuara. Lelaki di depannya sudah memandang pelik ke arahnya.

“Hang demam ka Din? Selalunya kalau aku suruh hang panggil pak long, hang tak mau pangge. Macam-macam alasan hang bagi. Hari ni boleh pulak hang pangge aku pak long?” Hafiz tercenggang. Hatinya sedang berbolak balik. Siapa orang di hadapannya ini? Tadi dia bahasakan dirinya pak long. Ini dah bukan pak long pulak?

“Alah! Biasalah pak long, sedangkan pantai pun boleh berubah dipukul ombak, inikan pulak manusia,.” Hafiz berkata sambil ketawa kuat dan menampar-nampar bahu lelaki di hadapannya. Dia sedang berlakon untuk mengawal rasa kekalutan yang sedang menyerangnya di saat ini.

“Hang kena sampuk hantu tang mana ni Din? Awat yang aku tengok hang ni pelik sangat hari ni?” Hafiz sudah mula berpeluh mendengar soalan dari lelaki di depannya. Otaknya sedang ligat memerah idea untuk melepaskan diri.

“Eh! Tu macam kawan Din tu. Nak pi jumpa dia sat!” Hafiz terus melangkah pergi tanpa menoleh belakang lagi. Di dalam hatinya terus merunggut geram. Semua ni papa yang punya pasal! Kalau tak, tentu keadaan macam ni takkan aku hadapi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience