BAB 11

Romance Completed 15740

Perjalanan dari Jeniang ke Yan taklah jauh mana sangat. Tak sampai sejam mereka dah sampai kerana jalan tak sesak. Perjalanan yang lancar tanpa ada sebarang sekatan jalan atau sebagainya. Tempat tujuan pertama mereka adalah tempat pendaratan ikan di Yan Kecil. Terdapat sebuah kedai makan di seberang jalan pelantar ikan dan di situlah gadis yang telah berjaya mencuit perasaan Muiz bekerja, namun sayang jodoh bukan milik mereka.

Gadis yang mempunyai penampilan sederhana dan berwajah comel yang dipanggil sebagai Rani oleh orang-orang kampung. Mifzal yang masuk dulu ke dalam kedai dan mula membuat permintaan. Sepinggan mee udang dan milo ais untuk dirinya. Sedangkan dalam masa yang sama, Hafiz masih meninjau di sekitar pelantar ikan.

“Abang Din! Nak order apa? Cepatlah mai sini. Orang dah lapaq ni!” Mifzal melaung Hafizyang masih memerhatikan pekerja-pekerja pelantar ikan memilih ikan mengikut gred. Sengaja dia mengubah nama Hafiz dan memanggil Hafiz dengan nama abang Din kerana Muizzudin sudah dikenali di sini. Tak salah rasanya kerana Hafizzudin dan Muizzudin sudah bertukar tempat, lagi pun kedua-duanya pun ada nama Din di belakang nama mereka.

Hafiz menoleh ke arah kedai dan mula melangkah. Seorang gadis berbaju kurung berwarna biru keluar menghantar order yang dipesan. Hafiz memerhatikan raut wajah gadis itu dengan rasa pegun. Hatinya tertanya sendiri. Inikah orangnya?

“Abang Din! Jangan pandang lama sangat. Cair satgi payah pulak!” Mifzal bernada mengusik. Hafiz hanya mengukirkan senyuman. Gadis yang ada di depan mereka sudah memandang pada keduanya silih berganti. Dia tak mengerti apa yang mereka maksudkan.

“Apa yang special di sini?” Hafiz mula menyoal gadis di depannya. Gadis itu tidak menjawab sebaliknya berjalan masuk ke dalam kedai. Hafiz terkejut melihat tindakan gadis itu. Sebentar kemudian keluar seorang mak cik dan mengambil order.

“Nak order apa tak tau?” mak cik itu menyoal ramah. Hafiz memandang Mifzal dengan seribu tanda tanya. Memanglah tak tau sebab tak cakap pun lagi nak order apa,.huhu,.Hafiz bermonolog dalaman. Kadang-kadang dia pun keliru dengan loghat Kedah yang sering singgah di pendengarannya.

“Ada apa tak tau?” Hafiz meniru mak cik kedai itu. Dia bertanya soalan yang seakan sama. Mifzal sudah mula menyedut minuman yang sudah ada di depannya. Mee udang yang telah diordernya mungkin belum disiapkan lagi.

“Mee kuah, mee goreng, bihun, kuew teow, laksa, bihun sup, nasi goreng,...” mak cik kedai mula menyenaraikan makanan yang ada di kedainya. Hafiz berjeda lama. Dia memandang pelanggan di sebelah mejanya yang sedang menjamah mee goreng dengan udang besar yang mungkin lebih banyak dari mee yang ada di dalam pinggannya. Ishh,..mewah sungguh dengan udang.

“Mee udang. Udang kasi lebih, minum bagi teh limau.” Akhirnya Hafiz membuat keputusan untuk memesan mee udang. Terliur juga dia melihat pelanggan di meja sebelah. Mak cik kedai mengambil order dan berlalu masuk ke dalam kedai semula. Dia menyiapkan minuman dan melaung kepada pekerjanya untuk menyiapkan mee udang.

“Rani! Tolong mak long kira sat. Tu,.meja depan tu nak bayar kot?” mak cik kedai melaung pula nama pekerja kedainya yang bernama Rani dan mula memberi arahan. Rani keluar dengan selamba bersama senyuman manisnya. Mifzal sudah menjungkitkan keningnya pada Hafiz. Sekali lagi Hafiz merenung wajah Rani dengan asyik. Hatinya sudah berlagu cinta. Serius,.dia sendiri tidak faham dengan hatinya yang sudah mula berdetup-detap. Entah di mana silapnya? Besar sangatkah pengaruh Rani terhadap hatinya? Kenapa Rani? Sedangkan Farisha yang lebih anggun tidak pernah membuatkan jantungnya berlari selaju ini. Mindanya mula keliru dengan permainan hatinya sendiri.

“Rani!” Hafiz memanggil. Rani menoleh dan memandang Hafiz dengan rasa hairan.

“Ada fac tak? Twet? IG?” Hafiz menyoal tanpa rasa malu, sebaliknya wajah Rani yang berubah merah. Wajahnya sudah berbahang dengan pertanyaan Hafiz yang selamba.

“Benda apa tu? Tak penah dengaq pun?” Rani bertanya kembali dengan nada serius dan berlalu masuk ke dalam kedai semula. Hafiz mengeluh perlahan. Mifzal sudah tergelak lucu. Hafiz memandang Mifzal dengan renungan tajam.

“Kak Rani buat lawak ja tu. Ada ja fb dia. Ijal memang dah friend dengan kak Rani. Sat Ijal nak log masuk. Satgi Ijal suggest nama kak Rani kat abang Hafiz. Eh! Kita belum friend lagi pun! Macam mana nak suggest?” sambil berkata Mifzal mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia log masuk ke fac dan mula mencari nama Rani dalam senarai rakannya. Kemudian Mifzal memberikan telefonnya kepada Hafiz.

“Khairani Binti Hasbi,..” Mifzal menyebut nama penuh Rani. Hafiz sudah mengangguk laju. Dia turut mengeluarkan telefonnya dan log masuk ke fac. Hafiz terus mencari nama Mifzal dan Rani dan add keduanya sebagai rakannya.

“Leceh betullah kalau nak berkawan dengan ‘permandangan’ ni!” Hafiz merungut sendiri bila tak ada gambar Rani di dalam profil facnya. Langsung tak ada walau pun sekeping. Gambar profilnya hanyalah gambar permandangan yang berlatar belakangkan gambar laut yang membiru. Sekali lagi Mifzal tergelak bila mendengar bebelan Hafiz.

“Dah dua tahun Ijal berkawan dengan kak Rani. Dia memang tak penah upload gambar dia. Selalunya gambar permandangan atau mutiara kata. Ada juga yang berbentuk keagamaan. Kak Rani tak pernah update status merapu. Selalunya status kak Rani berbentuk nasihat atau pun zikir.” Mifzal mula bercerita. Hafiz pula mula stalk wall fac Rani yang memang boleh dilihat oleh umum. Rani masih belum menerima permintaannya sebagai rakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience