BAB 3

Romance Completed 15740

“Hafiz kena juga kahwin dengan Farisha! Keputusan papa muktamad.” Encik Dzalkifli bersuara tegas. Dia sudah mengatur janji dengan kawan baiknya untuk menyatukan kedua orang anak mereka. Selepas dia kahwin lain, isteri keduanya tidak mampu melahirkan zuriat mereka. Dia hanya punya dua orang anak kembar dan Hafizudin telah dijaganya sejak kecil.

“Papa yang buat janji, papa sajalah yang kahwin. Hafiz dah ikut kehendak papa, bekerja di syarikat papa. Takkan bab nikah kahwin Hafiz pun papa nak tentukan juga. Zaman sekarang ni bukan zaman kahwin paksalah papa!” bila encik Dzalkifli bertegas, Hafiz juga tak mahu mengalah. Dia belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami, lagi pun Farisha yang dia kenal terlalu sosial. Dia takut dia takkan mampu untuk mengawal Farisha andai Farisha menjadi isterinya nanti.

“Papa tak peduli. Hafiz dah bertunang dengan Farisha dan dua minggu lagi Hafiz kena bersedia untuk menjadi seorang suami. Farisha pun dah habis belajar. Hafiz pun bukannya muda lagi. Papa rasa inilah masanya Hafiz memberikan kami menantu dan cucu,” Encik Dzalkifli bersuara dengan rasa teruja. Wajah cemberut Hafiz langsung tak dihiraukannya.

Hafiz termenung lama di depan sebuah kedai yang menjual barang-barang runcit di Pekan Jeniang. Selepas lari dari lelaki yang mengelarkan dirinya pak long, Hafiz bersembunyi di dalam kedai ini dan cuba menghubungi Muiz tapi panggilannya tidak bersambung. Kemudian Hafiz keluar dari kedai dan berdiri pula di tepi jalan berhadapan dengan kedai runcit tersebut. Hafiz teringat kembali perbualan dengan ayahnya tiga hari yang lalu hingga memaksa dia membawa diri ke Kedah.

“Abang Hafiz! Jom naik,.mak long suruh Ijal mai ambik abang Hafiz,.” Sedang asyik melayan fikiran yang sedang menerawang Hafiz ditegur pula oleh seorang remaja yang sudah memberhentikan motor di sebelahnya. Siapa pulak ni? Hafiz menyoal di dalam hati.

“Cepatlah abang Hafiz. Ijal nak kena pergi tuisyen pulak malam ni.” Remaja itu berkata lagi sambil memandang Hafiz.

“Abang Hafiz? Bukan abang Muiz?” Hafiz bertanya untuk mendapatkan kepastian.

“Abang Din telefon mak long, dia cakap abang Hafiz nak mai. Lepas tu abang Din suruh mak long minta Ijal tunggu abang Hafiz di sini sebab abang Din mungkin balik pagi esok,.” Hafiz sudah menganggukkan kepalanya tanda dia sudah memahami apa yang dikatakan oleh remaja tadi. Rupanya Muiz sudah memberitahu ibunya akan kedatangan dia,.tapi,...Ah! kalau ibu dah tahu macam mana aku nak paksa Muiz supaya tukar tempat dengan aku nanti?

“Macam mana boleh kenal abang?” Hafiz sengaja menguji remaja di depannya.

“Tengok orang la. Ni kan Ijal,.” Remaja tadi sudah menampar dadanya sendiri. Hafiz sudah mencebik dalam diam. Kalau pak long tadi pun menyangka dia adalah Muiz, mungkin remaja di depannya pun kenal dia kerana wajahnya yang seiras dengan Muiz.

“Yalah tu!” Hafiz berkata perlahan sambil melangkah naik di atas motor. Ijal terus memulas minyak dan memecut pulang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience