BAB 6

Romance Completed 15740

Seminggu selepas Hafiz tinggal di kampung dia mengajak Muiz ke Kuala Lumpur dengan alasan papanya nak berjumpa dengan Muiz. Padahal dia nak mengenakan Muiz supayapapanya encik Dzalkifli akan terperdaya dengan helahnya. Hafiz tahu papanya banyak spy dan sedang mencari Hafiz. Inilahmasanya Hafiz bertindak.

“Awatnya papa nak jumpa aku pulak? Awat dia tak mai saja di rumah ibu?” sudah beberapa kali Muiz bertanya soalan yang sama pada Hafiz namun Muiz tetap tidak memperolehi jawapan. Hafiz hanya tersenyum setiap kali ditanya. Muiz pula, dalam rasa tak puas hati dia tetap menunaikan permintaan Hafiz.

Sebelum keluar dari rumah tadi Hafiz sudah memaksa Muiz memakai pakaiannya sedangkan Hafiz pula menyarung baju Muiz. Walau pun Muiz rasa pelik dengan sikap Hafiz, dia hanya menurut semua kemahuan Hafiz. Puan Farizah pun nyaris tersilap orang dan memanggil Hafiz dengan nama Din. Bila Muiz yang memakai baju Hafiz yang menyahut, baru dia tersedar akan hakikat yang sebenarnya.

“Payah sangat ka nak cakap? Awat yang papa nak jumpa aku?” Muiz bertanya lagi. Hafiz menoleh sekilas ke arahnya. Bibirnya sudah lebar dengan senyuman penuh bermakna.

“Kau ikut sajalah aku balik jumpa papa. Mungkin papa nak wariskan harta untuk kau kot.” Hafiz menjawab dengan tenang. Dia memandang sekilas ke arah Muiz di sebelahnya. Muiz sempat mencebikkan bibirnya sebelum bersuara.

“Pusing reta! Aku nak balik. Dahlah paksa aku pi KL. Reta aku hang buat macam reta hang ja, sampai baju aku pun hang teringin nak kebas? Aku taulah hang pakai baju ada jenama pun tapi yang aku tak faham ni, baju yang aku beli di pasar malam pun hang boleh berkenan pulak?” Muiz mula berleter. Segala apa yang bersarang di dalam hatinya, kalau boleh semuanya dia nak luahkan. Hafiz pula masih terus tersenyum kerana mindanya sedang merencanakan satu rancangan yang Muiz pun mungkin takkan terduga.

“Dah terlambat! Kita dah sampai KL pun.” Hafiz berkata sambil menghentikan kereta danmenghulurkan kunci keretanya pada Muiz. Rancangan Hafiz mudah saja. Dia hanya perlu tinggalkan Muiz di tempat letak kereta dan akan membiarkan spy papanya menjumpai Muiz dan membawa Muiz pulang ke rumah.

“Kau tolong aku.” Sambil menghulur kunci kereta Hafiz bersuara. Muiz memandangnya dengan seribu pertanyaan.

“Kita tukar kereta! Kereta aku ada di depan tu. Kau bawa kereta aku nanti kau ikut aku dari belakang.” Hafiz berkata selamba sambil bibirnya tersenyum. Dalam hati lain pula katanya. Maaf Din! Kereta aku ada ja di rumah. Kau carilah sampai malam, sebelum kau jumpa kereta aku mesti spy papa yang akan jumpa kau dulu!

“Hang ni pasai pa? Sejak kita jumpa hang ni pelik sangat. Dah la balik kampung selai sepinggan. Hari-hari dok pakai baju aku. Siap dok belek album gambar dan tanya macam-macam. Itulah, inilah,.orang tulah, orang nilah, semua hang nak kenai. Hang nak jadi aku pulak ka?” Muiz tak segera turun dari kereta. Dia masih ingin melepaskan suara hatinya. Hafiz masih begitu. Walau pun dia rimas dengan setiap pertanyaan Muiz, dia sengaja berlakon tenang dan tersenyum setiap masa.

“Aku nak tanya sikit ni. Hari first aku mai kampung. Ada sorang pak cik ni bahasakan diri dia pak long kat aku tapi bila aku panggil pak long. Dia cakap aku pelik. Siapa pak cik tu?” soalan Muiz langsung tak teringin Hafiz nak menjawab sebaliknya Hafiz pula yang mengajukan soalan.

“Sapa? Abang Lan ka?” Muiz bertanya kembali, kemudian bibirnya spontan tersenyum mekar dan merampas kunci kereta dari tangan Hafiz. Muiz keluar dari kereta dan mula mencari kereta Hafiz. Kemudian dia kembali ke keretanya bila kereta Hafiz yang dicari tetap tak berjumpa. Namun Muiz hampa bila kereta dia juga telah tiada. Keretanya hilang bersama Hafiz. Sedang dia memikirkan segala kemungkinan, Muiz telah ditarik masuk ke dalam kereta oleh beberapa orang lelaki. Walau pun Muiz meronta tapi kudratnya tidak dapat mengalahkan tenaga lelaki-lelaki yang menangkapnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience