BAB 19

Romance Completed 15740

Di Kuala Lumpur Hafiz terlalu sibuk menguruskan syarikat papanya sejak papanya terlantar di atas katil hospital. Sementelah lagi keluarga ibu tirinya pula datang dan membuat onar menuntut hak sepencarian arwah ibu tirinya kononnya, sedangkan waris sah adalah Hafizudin dan Muizzudin yang masih hidup. Terpaksa mereka membawa kes ke mahkamah.

Puan Farizah di bawa ke Kuala Lumpur untuk memberi dorongan kedua beradik itu menghadapi kemelut kehidupan di tengah kota raya yang rata-ratanya harta dunia menjadi rebutan separuh dari warganya. Muizzudin juga telah diajar untuk menguruskan syarikat. Farisha dilantik sebagai PA pada Muiz agar dapat membantu Muiz melaksanakan tugasnya. Almaklumlah di kampung Muiz hanya membuka sebuah bengkel membaiki kereta dan kepakarannya dalam menguruskan syarikat sangat terhad dan Muiz kurang pakar dalam hal berbisnes.

Hari demi hari bulan demi bulan mereka bekerjasama dan hubungan mereka semakin erat. Hafiz sudah melupakan semua luka di hatinya. Kini Hafiz sudah dapat menerima kenyataan dan berfikiran positif. Kemelut hidup yang dihadapinya mematangkan fikiran Hafiz. Muiz yang banyak membantu Hafiz bangun dari lena yang panjang. Selama ini Hafiz terlalu leka dengan kenikmatan dunia dan kemewahan yang dikecapinya. Bila dia sendiri terpaksa bertungkus lumus untuk memastikan syarikat papanya terus stabil barulah Hafiz sedar rupanya hidup ini tidaklah semudah yang disangka.

Encik Dzalkifli pula sudah sedar dari koma, cuma dia masih lagi menginap di katil hospital dan masih memerlukan pemantauan dari doktor-doktor pakar. Puan Farizah yang menguruskan keperluan encik Dzalkifli sepanjang dia terlantar sakit dibantu oleh jururawat yang bertugas. Mereka pernah menjadi suami isteri, walau segalanya telah menjadi kenangan namun kenangan itu takkan mungkin dilupakan sekelip mata. Sedikit kasih sayang itu masih lagi bersisa. Terutama sekali Puan Farizah yang tidak pernah berkahwin lagi selepas mereka bercerai berbelas tahun yang lalu.

“Ibu!,.ibu balik dulu. Biar Hafiz pula yang jaga papa. Nanti ibu pula yang sakit. Muiz tak datang kot hari ni. Tadi dia bagitau Hafiz, Farisha tak sihat. Dia nak bawa Farisha pergi chek-up.” Hafiz baru datang melawat papanya hari ni. Dia tak dapat datang hari-hari kerana sibuk bermesyuarat dan keluar daerah. Bila berkesempatan dan mempunyai masa terluang Hafiz akan datang menjengah, membantu apa yang perlu. Dia sedang belajar menjadi seorang anak yang bertanggungjawab.

“Hafiz tak reja ka hari ni? Kalau Hafiz letih biar ibu saja yang jaga.” Puan Farizah masih bertegas kerana dia tahu anak-anaknya terlalu sibuk sejak bekas suaminya terlantar sakit.

“Hafiz kerja separuh hari, hari ni. Esok Hafiz cuti. Ibu baliklah dulu. Balik dengan Pak Kassim. Dia ada di luar, nanti dia masuk, ibu ikut dia balik ya?” Hafiz juga turut bertegas. Papanya sudah terlantar dan masih tidak dapat bersuara. Dia tak mahu ibunya pula yang akan terlantar sama. Lagi pun mereka sudah mengupah jururawat peribadi untuk papanya. Seorang jururawat lelaki yang lebih mahir menguruskan orang sakit. Lagi pun ibunya dengan papanya bukan mahram. Tak manis dipandang orang kalau ibunya sentiasa ada di sisi papanya. Puan Farizah pun sedar akan hal itu, cuma hatinya tak sampai hati membiarkan bekas suaminya terlantar.

Keluarga bekas suaminya hanya datang sesekali menjenguk. Kawan-kawan bekas suaminya pun sama. Datang tengok sekejap dan pergi. Tiada siapa yang sanggup menunggu dan menguruskan encik Dzalkifli yang tak berdaya. Sesekali saja bila Hafiz atau Muiz tidak sibuk mereka akan berjaga di hospital. Selalunya Hafiz yang lebih kerap menjaga papanya. Muiz terpaksa beralah sejak Farisha disahkan hamil sulung dan sering sakit-sakit kerana alahan teruk.

“Ibu baliklah dulu. Esok ibu tak payah datang. Hafiz cuti, lusa ibu datang semula.” Bukan niat Hafiz nak menghalau ibunya. Dia cuma bimbang akan kesihatan ibunya. Puan Farizah hanya mengangguk. Bila pak Kassim drebar mereka sampai, Puan Farizah pun meminta diri untuk pulang. Tinggallah Hafiz di dalam wad kelas satu itu seorang diri.

Tak tahu apa yang hendak dilakukan Hafiz mengeluarkan telefon bimbitnya dan mula log masuk ke akaun facnya yang sudah berbulan tidak dijengah. Dia terlalu sibuk menguruskan itu dan ini sehingga kegiatan laman sosialnya pun terus dilupakan. Sejak cintanya ditolak oleh Khairani hatinya terluka teruk. Bukan sekadar luka malahan sudah terlalu parah. Sengaja dia menyibukkan diri sejak dia pulang ke Kuala Lumpur.

Rani apa khabar agaknya? Sihatkah dia? Rindukah dia pada aku? Hafiz bertanya di dalam hati. Dia mencari nama Rani dan mula melawat wall Rani. Hanya status sedih yang dia jumpa dan kali pertama dia terjumpa puisi di dalam wall Rani. Sejak dia berkawan dengan Rani, tidak pernah Rani menulis status cinta tapi hari ini ada puisi cinta yang telah diupdate dalam wall Rani. Hafiz membaca bait-bait puisi itu dengan debaran di dada yang tak sekata. Jantungnya seakan ingin luruh. Nyawanya seakan dicabut keluar bila bait-bait akhir puisi dibacanya.

CINTA TANPA NOKHTAH

Tanpa sedar kehadirannya membisikkan cinta,
Hadirnya bagaikan mimpi di siang hari,
Tak ingin aku membuka mata
Kerana aku takut kehilangannya,.
Namun ternyata aku bukan berilusi,
Dia ada di depan mata,
Dia insan yang ku cinta.

Kini dia telah pergi dari hidupku,
Ternyata cintanya padaku hanyalah dusta,
Ungkapan sayangnya hanya sebuah kepura-puraan,
Dia hilang entah ke mana?
Adakah telah dibawa pergi?
Oleh arus lautan yang menganas?
Aku tak pasti kerana dia menghilang begitu saja.

Cintaku ini takkan pernah ada nokhtahnya,
Kerana dia insan pertama yang ku cinta,
Kini kehilangannya menjadi tanda tanya,
Hanya namanya yang terus bersemadi di hati ini,
Tiada langsung khabar berita,
Perit dan terluka,
Diasak rindu tak terkata,.

Biar sampai hujung nyawa,
Namamu akan tetap bersemadi,
Kerana cinta tanpa nokhtah ini,
Hanya milikmu abadi!
H di mana kau?
Lupakah kau padaku?
Lupakah kau pada kalimah sayang
Yang pernah kau lafazkan untukku?

Feeling : Sad L
Nota : Rindu tak terkata,.Biar ku bawa hingga ke hujung usia.
Selamat tinggal cinta.
Selamat tinggal sayang.

Tanpa berfikir panjang Hafiz menghantar mesej ke peti masuk Rani. Dia ingin tahu keadaan Rani. Kenapa puisi Rani begitu? Kenapa Rani update puisi macam tu? Hatinya tertanya-tanya. Dia benar-benar ingin tahu kenapa? Hatinya merusuh membaca puisi itu. Hatinya tidak tenang selagi dia tak tahu keadaanRani yang sebenarnya.

Hafizudin Dzalkifli: As Salam Rani,.awak sihat? Lama kita tak chatkan?

Hafiz sabar menanti mesejnya dibalas. Dalam menunggu, Hafiz menjengah wall Rani. Semua status Rani meluahkan kesedihannya. Banyak juga gambar laut yang Rani upload. Dan di setiap gambar, Rani luahkan rasa kerinduannya. Rani rindukan siapa? Akukah? Ah! Perasan pulak aku ni. Hafiz berdialog sendiri di dalam hati. Beribu persoalan menjengah mindanya saat ini.

Khairani Binti Hasbi : Awak kat mana Hafiz? Awak sihat?

Soalan Hafiz tak dijawab malahan Rani bertanya perkara yang sama pada Hafiz. Bagi Hafiz, bila Rani sudi membalas mesejnya itu sudah lebih dari cukup.

Hafizudin Dzalkifli : Hospital,.papa kemalangan dan baru sedar dari koma. Saya jaga papa sekarang. Awak rindu siapa Rani. Rindu saya ke? Fb awak penuh dengan status rindu. Siapa hamba Allah yang bertuah tu?

Hafiz membalas mesej Rani dan mengambil gambar selfie bersama papanya yang sedang nyenyak tidur dan masih berselirat dengan wayar. Dia memuat naik ke dalam peti masuk Rani.

Kharani binti Hasbi : Maafkan saya Hafiz,.saya tak tahu, moga awak dan keluarga awak tabah ya. Sejak bila papa awak kemalangan? Kenapa awak menghilang selama ni? Semua orang cakap bot awak karam. Hari awak hilang tu semua orang cakap awak dah meninggal. Kereta awak masih tersadai lagi di sini. Tak ada siapa pun yang datang ambil.

Hafizudin Dzalkifli : Apa maksud awak dengan bot karam tu? Kereta masih tersadai? Saya dah bagi kunci kat abang Min suruh tolong dia hantarkan kereta tu di rumah ibu saya di Jeniang. Kenapa dia tak pergi ambil?

Khairani Binti Hasbi : Abang Min? Maksud awak abang Amin Dollah ka? Dia kemalangan hari awak dan kawan-kawan awak disahkan hilang di laut. Semua pelancong dan tekong bot dah dijumpai dua hari selepas bot karam. Orang kampung semua hairan kerana mayat awak tak ditemui hingga sekarang. Saya pun terkejut terima mesej awak. Maafkan saya.

Hafizudin Dzalkifli : Ya Allah,.Inna lillahi wainnalillahiraji’un,.saya tak tahu apa2 pun,.sejak saya balik ke KL saya terlalu sibuk uruskan syarikat papa dan mama saya turut terkorban dalam kemalangan tu. Jadi sekarang ni saya dah jadi arwahlah? Awak sedang chat dengan arwahlah ni? J

Khairani Binti Hasbi : Kenapa awak kata macam tu? Alhamdulillah awak masih hidup. Macam mana awak boleh hilang sekelip mata hari tu. Bukan awak pi sekali ka?

Hafizudin Dzalkifli : Yupp,.tapi saya turun di kuala muda sungai petani dan terus balik KL,.saya frust sebab ada orang tu tolak cinta saya,.tu yang merajuk lama tu. Tahniah! Awak dah dapat penganti saya. Bertuah diakan? Cemburunya saya. Cinta tanpa nokhtah awak tu untuk dia ya? Kenapa awak ucapkan selamat tinggal. Awak dah putus ke?

Khairani Binti Hasbi : cinta tanpa nokhtah saya hanya untuk H yang pernah ungkapkan perkataan sayang untuk saya dan dia menghilang sekelip mata dan sekarang dia muncul kembali dengan tiba-tiba. Agaknya dia sihat tak sekarang ni? Awak kenal diakan? Okey,.saya nak kena logout dulu. Bye!

Hafiz terpaku lagi. H? Hafizudinkah? Akukah? Rani,.kenapa kau nak berahsia dengan aku? Kan senang kalau kau sebut terus nama tu tanpa menimbulkan sebarang tanda tanya. Aku tak dapat balik ke Kedah sekarang ni. Kalau boleh aku nak terbang ke Kedah dan berdepan dengan Rani dan bertanya sendiri dengannya secara berdepan. Ah! Khairani,.kenapa buat aku macam ni? Hafiz merungut di dalam hati. Dia pegang dadanya yang terasa sebu dan sedang diasak dengan perbagai persoalan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience