BAB 21

Romance Completed 15740

Beberapa bulan kemudian,..

Farisha selamat melahirkan anak sulung mereka. Seorang bayi perempuan yang diberi nama Azzalea Firzanah. Encik Dzalkifli pula sudah keluar dari wad tapi masih tidak dapat berjalan seperti biasa. Oleh kerana Puan Farizah bertegas untuk menjaga encik Dzalkifli jadi mereka bernikah semula untuk kali kedua. Keluarga Hafizudin dan Muizzudin sudah lengkap kini. Sekarang Puan Farizah cuma nak seorang lagi menantu untuk menyerikan rumah mereka.

Hafizudin sudah mula kalut bila ibunya membuat keputusan untuk mencari bakal isterinya. Tanpa berfikir panjang Hafiz mencadangkan nama Rani pada ibunya. Muiz dan Farisha juga sebulat suara menyokong Hafiz.

Hafizudin Dzalkifli : Rani,.awak sihat?

Sekali lagi Hafiz menghantar mesej ke dalam peti masuk fac Rani. Dia tahu Rani sedang online sekarang kerana terdapat warna hijau pada nama Rani. Lama jugak Hafiz menunggu baru mesejnya berbalas.

Khairani Binti Hasbi : Awak sapa? Saya adik Rani,.nama saya Rina. Kak Rani sekarang koma di hospital selepas membuat pembedahan hati dua minggu yang lepas. Kalau awak kenalan kak Rani sila datang ke hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk berjumpa kak Rani buat kali terakhir. Doktor cakap kak Rani sudah tiada harapan untuk sembuh. Harap maklum!

Terkedu seketika Hafiz membaca mesej yang masuk ke dalam peti masuknya. Dia mengenal pasti sekali lagi nama yang tertera. Betul! Dia tak tersalah membaca mesej. Mesej itu betul-betul datang dari fac Rani. Ya Allah! Benarkah ini.

Hafizudin Dzalkifli : Awak tak main2kan? Rani sakit apa?

Khairani Binti Hasbi : Main2? Kak Rani tu kakak kandung saya,.takkan saya nak tipu dengan perkara macam ni? Terpulang kat awak nak percaya ka tak.

Hafizudin Dzalkifli : Maaf,.saya terkejut sikit tadi dan kalau boleh saya tak mahu terima kenyataan tu. Saya sayangkan Rani dan cintakan dia sepenuh hati,.saya tak sanggup kehilangan Rani,.

Khairani Binti Hasbi : Awakkah H tu? Puisi yang kak Rani tulis tu untuk awak ka?

Hafizudin Dzalkifli : Saya tak pasti,.Rani tak pernah luahkan perasaan dia pada saya,.yang saya tahu, saya hanya sayangkan Rani seorang!

Khairani Binti Hasbi : Kak Rani ada barah hati sejak kecil. Dulu dia pernah buat pembedahan dan dia dah sembuh sepenuhnya, cuma sejak setahun lepas kak Rani menghadapi masalah kemurungan tanpa sebab. Dia dah tak ceria dan selalu termenung. Kak Rani suka berahsia. Selepas tu barah hati dia kembali menyerang. Kak Rani selalu abaikan kesihatan dia,.kalau awak masih sayangkan kak Rani tolong mai sini dan nasihatkan dia. Dialah satu2nya kakak yang saya ada. Saya merayu pada awak demi kak Rani.

Hafiz membaca mesej dengan air mata yang sudah bergenang. Hatinya tertanya-tanya samaada Rani kembali sakit kerananya. Setahun yang lepas papanya kemalangan dan Hafiz sibuk menguruskan syarikat papanya. Dia merajuk pada Rani yang menolak cintanya dan terus menyepikan diri. Ya Allah! Kalau Rani sakit kerana aku, berikan aku kesempatan untuk berbakti padanya sebelum kau ambil dia kembali. Aku benar-benar menyayanginya. Aku mahukan dirinya. Air mata Hafiz gugur jua ke pipi. Sebak dadanya menahan rasa.

Kembalikan Rani padaku Ya Allah andainya Rani juga menyimpan perasaan yang sama terhadapku. Jodohkan kami berdua andai kami saling mencintai. Aku tak pasti hati Rani tapi hanya Kau yang tahu kebenarannya. Aku mohon pertolonganMu Ya Allah. Tunjukkan aku kebenarannya. Cintakah Rani padaku sebagaimana aku mencintainya? Hafiz terus-terusan berdialog di dalam hati sambil berdoa agar Allah merestui cinta mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience