BAB 9

Romance Completed 15740

“Ijal,.Ijal tahu tak rumah pak long Jazlan yang selalu datang ke rumah kami tu?” bila panggilan sudah diputuskan oleh Muiz dan Hafiz tidak dapat menghubungi Muiz lagi, dia keluar dan mencari Mifzal, salah seorang jiran ibunya. Remaja yang ramah, yang baru berusia tujuh belas tahun.

“Oh,.abang Lan ka? Awat! Abang Din nak bawak rombongan pi minang kak Zahra ka? Dulu abang Din penah cakap kat Ijal kalau abang Din nak ambik kak Zahra buat bini baru nak pangge pak long. Dah terbuka hati ka abang Din?” Mifzal yang tak perasan Hafiz dan Muiz sudah bertukar bertanya Hafiz kembali sambil tersenyum.

“Err,.bukan macam tu. Sebenarnya,.Ijal dah silap orang ni. Abang Din ada di KL. Kami, kami tukar tempat,.abang, abang pun tak tahu macam mana nak cakap,.” Tergagap-gagap Hafiz berkata. Ijal sudah merenung wajahnya dan memandang Hafiz atas dan bawah.

“Laa,.ni abang Hafiz ka? Bukan abang Din?” Ijal bertanya kalut dan Hafiz terus mengeleng laju.

“Bukan! Din balik KL. Abang paksa dia nikah dengan tunang abang. Abang pun tak tahu dia ada buat perjanjian dengan pak long Jazlan tu. Kalau tak tobat abang takkan panggil pak long. Tunang abang yang lawa tu pun abang reject, inikan pula perempuan yang abang langsung tak kenal,.” Hafiz berkata lagi. Mifzal berubah riak. Pelik, hairan dan semuanya sedang bersarang dalam mindanya.

“Abang gay ka?” soalan Mifzal pada Hafiz membuatkan Hafiz merenung tajam ke arahnya.

“Ada ke situ pulak? Tunang abang tu sosial sangat. Diri abang ni pun abang tak mampu nak urus. Kalau abang kahwin dengan dia nanti semakin bertambahlah dosa abang,.” Spontan Hafiz memberikan alasan. Mifzal pula sudah mengangguk seolah menyetujuinya.

“Abang Hafiz rasa abang Din mampu urus tak tunang abang tu?” Mifzal bertanya lagi. Hafiz berfikir sejenak dan kemudian dia hanya mengangkat bahunya tanpa memberikan jawapan. Hanya Allah saja yang tahu!

“Eh! Mak long tahu tak abang Din nak nikah?” teringat tentang Puan Farizah, Mifzal bersuara lagi. Hafiz mengeleng perlahan sambil menoleh ke arah Mifzal.

“Bila abang Din nak nikah?” terkeluar lagi soalan dari Mifzal.

“Rasanya dah nikah dah. Mungkin dah selamat dan selesai sebab abang baru call dia, katanya tok kadi dah sampai.” Sekali lagi Mifzal berubah riak mendengar jawapan dari Hafiz.

“Laa,.kesian kat mak long. Tak sempat nak tengok abang Din nikah,.” Suara Mifzal agak sayu dipendengaran Hafiz. Dia pun turut rasa bersalah kerana mungkin pernikahan Muiz adalah salah satu dari impian ibunya.

“Takpa! Nanti abang suruh Din balik dan kita buat kenduri untuksambut isteri dia di sini pulak. Kita buat kenduri sambut menantu,..” selamba Hafiz berkata dengan niat nak menyedapkan hati Mifzal. Pada ibu nantilah aku beritahu. Hafiz berkata pada dirinya sendiri.

“Abang Hafiz,.telefonlah abang Din. Ijal nak ucap tahniah kat dia!” Mifzal membuat permintaan pula. Hafiz memandang Mifzal dan merenung remaja itu. Dia berjeda seketika, kemudian dia mula mencapai telefon bimbitnya dan mencari nama Muiz. Dia membuka log panggilan dan mula menekan nombor Muiz.

“Assalamualaikum bro! Awat hang telefon aku lagi? Nak ucap tahniah ka? Terima kasih sebab sudi hadiahkan Farisha kat aku. Hang jangan menyesal na sebab Farisha cakap dia ikhlas terima aku sebagai laki dia,..” Muiz sudah bersuara rancak bila menyambut panggilan dari Hafiz. Tak sempat Hafiz nak menjawab salam lagi pun, laju saja Muiz bersuara.

“Sat,.aku nak hantar gambar aku bersanding dengan Farisha!” belum sempat Hafiz berkata apa-apa Muiz sudah memutuskan talian pula. Tercengang Hafiz dibuatnya. Seketika kemudian masuk pula mesej dari whatssap ke telefon bimbitnya. Hafizmembuka whatssap dan menunggu gambar yang telah dikirim masuk sepenuhnya.

Beberapa keping gambar telah Hafiz terima. Salah satu dari gambar yang dikirim adalah gambar selfie Muiz bersama Farisha. Seolah nak memberitahu Hafiz bahawa mereka sangat bahagia dengan pernikahan mereka. Farisha sedang mencium pipi Muiz sambil tersenyum bahagia. Berubah wajah Hafiz melihat gambar-gambar yang Muiz kirim sebelum Mifzal merampas telefonnya dan memuji-muji pasangan pengantin baru itu.

Muiz : Kirim salam dengan ibu,.tolong habaq kat ibu minggu depan aku bawa Farisha balik kampung selepas semua majlis di sini selesai. Ok,.aku tak boleh chat lama-lama. Ramai tetamu nak berkenalan dengan aku!

Mesej seterusnya pula masuk. Mifzal menyerahkan telefon kepada Hafiz semula. Hafiz membaca mesej yang dihantar Muiz padanya dan kemudian Hafiz memberi telefonnya pada Mifzal kembali dan menyuruh Mifzal menceritakan segalanya pada Puan Farizah ibunya. Hafiz meminjam motor Mifzal selepas itu dan meronda sekeliling kampung. Hatinya sedang berkecamuk dan mindanya juga keliru. Niat nak kenakan Muiz tapi seolah dia yang teruk terkena. Ibarat bumerang yang dilontar, kembali menyerang dirinya.

Sesungguhnya Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui segalanya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience