BAB 1

Romance Completed 15740

“Din!,.aku ada di Alor Setar. Datang ambil aku sekarang!” tanpa memberi salam Hafizudin memberikan arahan untuk adik kembarnya Muizzudin. Walaupun mereka kembar tapi mereka telah dipisahkan sejak kecil apabila kedua ibu bapa mereka bercerai. Hafizudin tinggal bersama ayahnya di Kuala Lumpur manakala Muizzudin pula tinggal bersama ibunya di Kedah. Inilah percaturan hidup. Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan segalanya.

“Alor Setaq? Aku ada tengah laut ni. Aku mai mengail dengan kawan. Hang balik sendirilah. Takkan hang tak tau jalan kot?” dengan tenangnya Muiz bersuara. Pasti ada hal penting abang kembarnya itu datang ke Kedah. Kalau tak, kenapa dia nak datang ke Kedah dengan tiba-tiba? Muizzudin berbisik sendiri.

“Adoiiii,.aku mana ingat jalan. Lagi pun aku lupa nama kampung. Dah la dok ceruk hutan.” Selamba saja Hafiz bersuara. Muiz sudah berbahang telinga mendengarnya.

“Hutan? Sepuluh tahun sekali baru teringat nak jenguk kami, mana hang tau hutan?” Muiz sudah rasa terbakar tapi suaranya masih boleh dikawal. Bersabarlah hati kerana sabar itu separuh daripada Iman.

“Kalau dah tengah dusun, hutan la tu. Kau jangan nak banyak kerenah. Datang ambil aku sekarang. Aku ada di Shahab ni. Aku datang sehelai sepinggang saja.” Hafiz juga turut berapi bila permintaannya seolah tidak mendapat respon dari Muiz. Huh! Time aku sesak ni la dia nak pergi memancing pun. Hafiz berdialog di dalam hati. Wajahnya sudah berbahang dek rasa marah. Inilah perbezaan antara mereka berdua. Walaupun kembar perbezaan itu tetap ada!

“Laa,.hang ambik la bas ke Jeniang. Dah sampai Jeniang satgi hang tunggu ja di mana-mana kedai. Lepas tu mesti ada orang tumpang hang balik rumah. Aku gerenti ibu akan sambut hang macam mana dia sambut aku balik. Dah,.telepon aku nak habis bateri ni. Pandai-pandailah hang nak hidup.” Muiz menyudahkan ayat-ayatnya sambil memutuskan panggilan. Hafiz memerhatikan telefon bimbitnya tanpa kata tapi hati di dalam sudah berdongkol geram. Tak apa Muiz! Tak apa!,.lepas ni kau kena dengar cakap aku. Sekarang ni aku sengaja nak bagi kau peluang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience