BAB 7

Romance Completed 15740

Empat hari kemudian,.

Setelah mereka bertukar tempat perbagai kesukaran yang menghujani hidup mereka. Hafiz sering dipaksa ibunya agar pergi bersolat di masjid. Bila dia pergi ke masjid, orang masjid pula menyuruh dia melaungkan azan dan menjadi imam. Hafiz yang panjang akal selalu memberikan bermacam alasan. Adakalanya bila tiba waktu solat, Hafiz akan bersembunyi dari ibunya.

Manakala Muiz pula dipaksa papanya untuk berkahwin dengan Farisha. Walau dia bercakap benar bahawa dia bukan Hafiztapi encik Dzalkafli tidak mahu percaya. Hari-hari papanya memaksa Muiz untuk keluar bersama Farisha untuk bershoping barang-barang perkahwinan mereka dan sebagainya.

Hari pertama Muiz disuruh keluar bersama Farisha dia telah meletakkan syarat andai mereka mahu dia meneruskan hasrat papanya untuk berkahwin dengan Farisha, mereka harus mengikut kehendaknya. Farisha memang mahu menentang syarat yang dikenakan oleh Muiz tapi dia tiada pilihan. Antara syarat yang dinyatakan Muiz adalah sangat bertepatan dengan status seorang wanita yang bakal bergelar seorang isteri.

“Aku tak mahu keluar dengan kau selagi kau berpakaian begini. Kau pergi tukar baju dulu, baru aku setuju keluar dengan kau!” Muiz memulakan syaratnya dengan permintaan yang Farisha tak mungkin tunaikan. Sengaja Muiz menukar gaya percakapannya mengikut gaya Hafiz kerana dia pasti Farisha juga tak mengecam dirinya seperti papa dan ibu tirinya.

“Apa yang tak kena dengan baju aku? Okey apa, aku pakai macam ni?” Farisha bertegas dengan pilihannya. Dipandangnya pakaian yang menutupi tubuhnya. Berbaju sendat, berskrit singkat dan berstoking panjang.

“Okey?? Kau ni bukan orang putih. Bukan anak mat saleh, jadi jangan nak perasan jadi orang barat. Kalau kau orang melayu yang beragama Islam WAJIB pakai pakaian yang menutup aurat. Berbaju longgar, labuh dan bertudung. Yang paling penting pula, memakai tudung tu haruslah mengikut syariat yang ditetapkan, bukan memakai tudung dengan niat nak berfesyen atau nak melawa. Faham??” Muiz memulakan mukadimah ceramah khasnya untuk Farisha. Terbelalak seketika mata Farisha dibuatnya.

“Apa? Eh! Ikut suka akulah nak pakai baju apa pun. Kau siapa nak control apa yang aku pakai? Papa dengan mama aku pun tak pernah menegur apa yang aku pakai!” kuat sekali suara Farisha sambil menghampiri Muiz dan menolak Muiz dengan kuat namun Muiz langsung tak berganjak dan hanya tersenyum sinis.

“Kau tanya siapa aku? Kau lupa ke, aku ni bakal suami kau? Kalau mak dan bapak kau tak pernah tegur, ni ha aku yang wajib tegur kau mulai hari ini kerana selepas kau jadi isteri aku, segala dosa kau, aku yang akan tanggung. Kecualilah kalau kau nak cancel semua ni. Aku tak kesah!” Muiz menjawab soalan Farisha dengan wajah yang tenang. Sengaja dia merenung wajah Farisha. Cantik jugak perempuan ni tapi sayang sekali, harapkan muka ja cantik tapi sikap sopan santun zero! Muiz sempat bermonolog di dalam hati.

“Ingat kau tu baik sangatlah?” Farisha membalas pantas.

“Baik? Tak ada manusia yang baik dalam dunia ni dan tak ada manusia yang sempurna melainkan Allah! Kita jadi pergi ka tak ni? Kalau tak jadi aku nak naik buat solat sunat Dhuha dulu. Nak minta Allah bagi rezeki kat aku. Rezeki yang aku maksudkan tu adalah agar aku mendapat seorang isteri yang bergelar wanita muslimah. Yang akan menyejutkan hati dan mendamaikan jiwa aku ketika aku memandangnya. Bukan yang macam kau. Bila sekali tengok ja, aku terus dapat dosa. Hiesyy,..minta simpang la,..” Muiz berceramah lagi sambil mulutnya mekar dengan senyuman. Kemudian dia berpusing untuk naik ke bilik. Farisha hanya memandang Muiz berlalu dengan wajah yang berbahang. Grrrr,..

Lain pula dengan kisah Hafiz. Lelaki yang membahasakan dirinya pak long asyik datang ke rumah mereka dan mengulangi soalan yang sama padanya. Setiap kali dia datang dan berjumpa Hafiz dia akan bertanya.

“Bila hang nak pi rumah pak long?” selalunya Hafiz memberikan perbagai alasan sebab rumah pak long tu hanya berjarak satu kilometer saja dari rumah ibunya. Jawapan yang Hafiz beri pula seringkali membuatkan pak long atau pun abang Jazlan akan memandang pelik ke arahnya.

“Alah pak long,.relax ar, rumah pak long tu bukannya jauh sangat pun. Kalau tak pi sekarang, hari rayakan ada. Nanti Din ajak ibu pi sekali. Boleh macam tu pak long?” antara salah satu alasan yang Hafiz beri tanpa mengetahui tujuan pak long bertanya begitu padanya.

“Takkan hang nak pi dengan mak hang saja kot?” pak long masih menyoal sambil mengerutkan dahinya. Hafiz semakin bingung mendengar soalan pak long.

“Tak cukup ramai ka pak long? Takpa,.nanti Din ajak satu kampung pi rumah pak long. Teruklah pak long nanti. Tak pasai-pasai kena buat kenduri pulak.” Bila mendengar soalan Hafiz yang ini, bibir pak long spontan terukir dengan senyuman.

“Kalau hang dah bawak rombongan, memang wajiblah aku buat kenduri. Anak dara aku sorang tu ja pun,..” giliran Hafiz pula terlopong mendengar kata-kata pak long. Selepas pak long pulang Hafiz terus menghubungi Muiz.

“Din!! Kau jawab dengan jujur, kau dah janji apa dengan orang tua tu?” suara orang blurr plus blank pun berbunyi dengan penuh keraguan. Terdengar Muiz sudah ketawa rancak di hujung talian.

“Orang tua mana? Yang hang panggil pak long tu ka? Kalau pak long tu, hang kena tau satu ja. Dia dah lama berkenan dengan aku. Dia nak ambik aku buat menantu.” Muiz ketawa lagi selepas habis berkata-kata. Hafiz sudah mengebam bibirnya kerana geram.

“Takkan sebab aku panggil pak long saja, hari-hari dia mai bertenggek di rumah dan suruh aku bawak rombongan pi rumah dia? Tak logik kot?” dalam geram Hafiz terus menyoal.

“Dulu, bila dia suruh aku pangge kat dia pak long, aku cakap kat dia bila aku dah bersedia nak jadi menantu dia baru aku akan pangge dia pak long. Jadi bila hang dah gatai mulut nak pangge dia pak long, aku tak kesah kalau hang nak suruh aku nikah dengan Farisha sebab aku rasa walau perempuan tu tak cukup syarat untuk jadi bini aku sekurang-kurangnya dia ada juga citarasa. Okey! Aku nak kena pi pegang tangan tok kadi dah lepas ni. Selamat pengantin baru bro! Kau tak mau ucap kat aku jugak ka?” panjang lebar Muiz bercerita sambil mengucapkan selamat pada Hafiz padahal dia yang bakal kahwin dulu. Hafiz pula semakin bengang dengan kenyataan Muiz.

“Kau jangan nikah lagi. Tunggu aku balik dulu. Daripada aku kahwin dengan perempuan kampung yang langsung aku tak kenal, lebih baik aku kahwin dengan Farisha.” Tiba-tiba Hafiz bersuara kuat. Muiz hanya ketawa saja sebelum dia membuat lagi kenyataan yang membuatkan Hafiz lebih bengang.

“Sorry bro! Farisha dah ikut semua kehendak aku dan aku pun rasa aku dah fall in love pada dia. Aku tak mahu tukar dah. Sapa suruh hang hantaq aku mai sini?” Muiz terus memutuskan talian dan turun ke bawah. Hafiz pula rasa macam nak menjerit sekuat hati. Arrggghhhhhhhhhhhhhhhhhh,..Amekaw Hafizudin!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience