BAB 12

Romance Completed 15740

Rani pulang dari kerja pada pukul 5.00 petang. Selepas menunaikan solat asar dia bekerja pula di kedai makan yang terletak di tepi laut Sungai Udang. Kedai makan ini akan di buka hingga pukul 10.00 atau pukul 12.00 malam. Terpulanglah pada permintaan tuan kedai ataupun pelanggan yang tak menentu.

Rani lebih suka bekerja di sini berbanding bekerja di kedai tepi pelantar ikan kerana di sini Rani akan dapat melihat laut dengan lebih dekat. Bila tiada pelanggan Rani akan datang bermenung di tepi laut. Laut adalah kedamaian buat Rani. Laut menenangkan jiwa Rani dan laut mampu membuatkan Rani berfikir dengan tenang.

“Rani! Ambik order. Ada orang nak order tu.” Tuan kedai Dzul Fahmi memberikan arahan bila dilihatnya Rani tiada kerja. Rani mendonggak dan memandang wajah bossnya itu. Dia kemudian menjengah ke luar kedai dan mencari orang yang dimaksudkan. Hatinya berdetup lagi seperti pagi tadi bila disapa oleh orang itu. Kenapa mereka datang ke sini pula? Aduh,.

“Nak makan apa?” Rani memberanikan diri bertanya dua orang lelaki di hadapannya. Seorang di antaranya sudah merenung Rani dengan pandangan yang sukar dimergertikan. Seorang lagi sudah tersenyum lebar pada Rani.

“Berapa banyak kedai awak kerja? Mesti awak ramai peminatkan?” soalan Rani tidak dijawab malahan Rani pula yang disoal kembali. Rani pura-pura selamba.

“Saya bukan artis pun. Kenapa pula nak ada peminat. Nak order apa?” Rani menyoal sekali lagi. Dia sudah mula rimas dengan gelagat lelaki di hadapannya yang asyik merenungnya berterusan.

“Kenapa tak approve saya? Khairani binti Hasbi tak sudi berkawan dengan saya ke?” Lelaki di depannya menyoal lagi. Kali ini Rani menunjukkan riak wajah terkejutnya. Dia tahu nama aku? Rani menoleh ke arah seorang lagi lelaki yang tak pernah lekang senyuman di bibirnya. Dia mengangkat dua jari pada Rani. Peace!

“Nak order ka dak ni?” Rani mula bertegas. Sejak tadi dia bertanya, malahan dia disoal kembali dengan soalan yang tak ada kena mengena.

“Nak! Ada apa ya di sini? Apa yang special?” Rani memandang wajah lelaki yang masih merenungnya itu. Dah sah-sah ada menu makanan terpapar di depan kedai. Siap ada replika udang besar lagi di tepi kedai. Masih lagi nak bertanya.

“Order ja nak makan apa!” Rani sudah semakin bengang. Tak tahu kenapa hatinya yang sedang berdetup detap ini tiba-tiba menaikkan temperature amarahnya. Dia kenal kedua orang lelaki di hadapannya ini sudah lama, cuma sebelum ini mereka tidak seramah ini menyoal itu dan ini. Selalunya mereka datang dan order, makan dan pergi. Dia pernah bertanya seorang di antaranya yang mempunyai akaun FB tentang lelaki yang selalu merenungnya. Katanya lelaki itu tiada fac. Dia keliru sekarang. Apa mahunya hari ini? Dia berubah 99.9 peratus.

“Hmm,. Saya nak order awak boleh?” suara nakal lelaki itu mula kedengaran. Wajah Rani berbahang mendengarnya. Rani malas nak melayan lagi. Dia terus mengerakkan kakinya dan berlalu pergi. Hatinya sudah merasa tidak tenang. Kenapa mereka nak uji aku begini? Dia bertanya di dalam hati.

“Abang Dzul! Abang saja yang pi ambik order. Depa tak mau orang perempuan layan. Orang soal depa depa soal orang balik. Malazzzz nak layan!” Rani mendapatkan bossnya dan meluahkan apa yang sedang bersarang dalam hatinya. Dia masuk ke dalam kedai dan mula sibukkan diri. Rani mula mencuci pinggan mangkuk di dalam singki. Habis semua pinggan mangkuk dicuci dia keluar dan mengutip pula pinggan mangkuk di atas meja yang sudah ditinggalkan pelanggan.

“Rani!! ABC dua!,.” abang Dzul boss Rani melaung kuat. Rani mendonggak dan kemudiannya terus mengangguk. Rani menuju ke singki dan meninggalkan pinggan mangkuk yang dikutipnya di atas singki. Dia menuju ke arah mesin pengisar ais dan mula melakukan tugasnya. Berbagai perencah dimasukkan ke dalam mangkuk kecil dan ais ketul diambil dan mula diputar. Akhir sekali Rani curahkan susu pekat di atasnya. Air Batu Campur siap tapi siapa yang memesannya? Rani membawa ABC keluar dan memandang pada bossnya.

“Abang Dzul! Meja yang mana satu?” Rani menyoal bossnya. Abang Dzul memuncungkan bibirnya ke arah meja Hafiz dan Mifzal. Rani memasamkan wajah. Mereka lagi!

“Rani,.nanti approve saya ya!? Hafizudin Dzalkifli,.jangan silap nama pulak!” sebaik Rani melatakkan ABC di atas meja, Hafiz bersuara sambil matanya memandang tepat ke arah wajah Rani.

“In Sha Allah! Terima kasih kerana bagitau nama awak. Nanti senanglah saya nak block!” Rani bersuara acuh tak acuh. Bibirnya mengulum senyum bila melihat wajah Hafiz sudah berubah. Mifzal sudah ketawa galak.

“Sampai hati! Apa dosa saya kat awak? Kita belum kawan lagi pun. Takkan awak dah nak block saya?” Hafiz bersuara gusar. Kedengaran sayu dipendengaran Rani. Hati Rani sedikit tercuit. Dia menoleh ke arah Hafiz dan mata mereka bertembung. Jantung Rani mula berlari laju. Cepat-cepat Rani menoleh ke arah lain.

“Kak Rani! Terima sajalah abang Din ni,.kang makan tak lalu, mandi tak basah, tidur tak lena pulak!” Mifzal mencelah sambil tergelak. Rani hanya mengangkat bahu dan berlalu. Kedua lelaki itu ditinggalkan dengan seribu persoalan. Rani masuk ke dalam kedai dan mengeluarkan telefon bimbitnya. Rani mula login fac dan menyemak senarai nama yang sudah membuat permintaan untuk menjadi rakannya. Rani tak terima pun semua nama. Rina chek dulu profil nama-nama mereka yang telah membuat permintaan. Ada satu mesej di dalam peti masuk. Rani membukanya.

Hafizudin Dzalkifli : Please approve!

Rani tersenyum membaca mesej itu. Entah kenapa hatinya digeletek lucu. Tak pernah lagi ada orang merayu dia di dalam peti masuk macam tu. Selalunya mereka hanya meminta dia memuat naik gambar dirinya. Ada juga yang menyindirnya kerana berkawan dengan gambar permandangan. Ah! Untuk apa nak mempamerkan diri di alam maya. Rani hanya suka-suka saja di alam maya ini. Bukan nak cari kekasih atau pun suami.

Rani membuat keputusan untuk menerima Hafiz sebagai rakan fac. Dia kemudian membalas mesej Hafiz dengan bibir yang masih tersenyum. Dia menunggu Hafiz memberi respon. Agaknya dia online tak sekarang ni. Rani meninjau keluar kedai dan mengintai Hafiz dan Mifzal yang sedang menjamah makanan yang telah diorder.

Khairani Binti Hasbi: Saya dah terima awak sebagai rakan. Puas hati sekarang?

Mesej yang Rani hantar sudah masuk ke dalam peti masuk fac Hafiz. Rani masih mengintai mereka dan melihat Hafiz mengeluarkan telefon bimbitnya. Bibir Hafiz tersenyum lebar dan menoleh ke arah kedai. Dia ternampak Rani yang sedang memandang ke arah mereka.

Hafizudin Dzalkifli : TQ sudi approve,.sayang awak!

Rani mengebam bibir bila membaca respon dari Hafiz. Jantungnya semakin laju berlari. Terlalu pantas pengakuannya itu. Dalam rasa gembira Rani juga turut keliru. Dia teringat kata-kata seorang rakan sekolahnya. Lelaki yang mudah melafazkan kata sayang adalah lelaki yang mudah melupakan rasa sayang itu dan lelaki itu juga mudah melahirkan rasa sayangnya pada perempuan lain. Benarkah?

Khairani Binti Hasbi

Lelaki yang mudah melafazkan rasa sayang dan cinta adalah lelaki yang tak setia dan mudah melupakan rasa sayang. Benarkah itu? Apakah sayang lelaki sebegini langsung tak boleh diguna pakai? Bolehkah menerima lelaki sebegini

yang hanya pandai melafazkan kata tapi mungkin dialah lelaki bermata keranjang yang hanya bijak bermain kata?

Lelaki yang mudah melafazkan kata sayang,.adakah dia boleh dipercayai?

P/S: Sapa nak tolong jawab.
Feeling: Kompius!

Rani teringin nak menguji rakan baru facnya jadi Rani sengaja menulis status seperti itu. Rani tak teringin pun nak membalas mesej Hafiz tadi. Sambil membuat kerja-kerja hariannya Rani menunggu respon dari rakan-rakan facnya. Bibir Rani terus tersenyum mekar bila membaca bermacam komen yang masuk. Ada yang menyetujui kata-katanya dan ada yang menidakkannya. Hafiz pula menghantar mesej ke dalam peti masuk. Semakin lebar senyuman Rani membaca mesejnya.

Hafizudin Dzalkifli : Tuju kat saya ke status tu?

Khairani Binti Hasbi : Awak rasa?

Hafizudin Dzalkifli : Rasa pahit dan tawar.

Khairani Binti Hasbi : Kuang,kuang,kuang,..

Sekali lagi hati Rani digeletek lucu. Dia ketawa seorang diri tanpa sedar, kemudian dia mengintai ke luar kedai dan melihat meja yang diduduki Hafiz dan Mifzal tadi. Mereka sudah tiada dan meja itu sudah diduduki orang lain. Ketawa Rani terus mati dan Rani meneruskan kerjanya seperti biasa. Dia logout dari fac dan menyimpan telefon bimbitnya kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience