BAB 15

Romance Completed 15740

Sudah tiga hari Hafiz demam tak kebah-kebah hingga terpaksa dimasukkan ke hospital. Encik Dzalkifli di Kuala Lumpur pun terpaksa datang ke Kedah untuk melawat Hafiz. Marah-marah encik Dzalkifli pun Hafiz tetap anaknya juga.

Farisha pula merasa bersalah bila melihat keadaan Hafiz. Dia tak pernah menyangka Hafiz akan jatuh sakit kerana perkara malam itu. Pada mulanya dia hanya berniat untuk menyakat dan mengenakan Hafiz kembali tapi bila perkara sebaliknya yang terjadi hatinya mula gusar. Tak sangka semangat Hafiz selemah itu. Baru tengok hantu palsu dah jatuh sakit. Belum lagi terserempak dengan hantu sebenar. Ish,.ish,.ishh,.

Muiz pula hanya ketawa bila Farisha menceritakan kejadian malam tu padanya. Bila Hafiz demam lagi sakanlah dia ketawa. Langsung tak ada rasa simpati terhadap Hafiz. Bagi Hafiz pula malam itu adalah pengalaman paling pahit dalam hidupnya. Niat nak kenakan Farisha tapi akhirnya dirinya yang terkena. Setiap kali dia berniat untuk kenakan orang lain, nampaknya dia yang terkena kembali.

“Hantu betul korangkan,.” Hafiz yang masih merasa sakit hati menghamburkan kemarahan pada Muiz bila dia tahu semua itu adalah pakatan mereka bertiga.

“Manalah kami tau hang ni lemah semangat. Sepatutnya malam tu hang ikut aku pi baca Yasin gerenti tak jadi macam ni.” Muiz cuba membela diri dan dalam masa yang sama dia juga tak mampu untuk menahan ketawa. Farisha yang ada di sebelah Muiz sudah mengulum senyum.

“Muka dah macam pontianak sundal malam, maunya aku tak terkejut,” Hafiz masih lagi meluahkan rasa tidak puas hatinya. Wajah Farisha berubah sekejap. Muiz menoleh ke arah Farisha dan memaut lengan Farisha. Dielusnya lengan Farisha perlahan untuk menenangkan hati Farisha yang mungkin sudah tersentap dengan kata-kata Hafiz.

“Allah Maha Mengetahui. Ijal bagitau aku hang pun berniat nak gempaq Farisha malam tu. Ijal nampak hang jalan terhendap-hendap di belakang Sha. Bila hang nak balik awal malam tu aku suruh Ijal ikut hang dari belakang. Lepas tu Ijal masuk ke rumah dulu ikut pintu belakang dan berpakat dengan Sha. Jadi,.hang tengok sendiri, Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Hang tak boleh salahkan kami seratus peratus kalau hang pun ada niat nak kenakan orang lain. Semuanya yang terjadi dengan izin Allah jugak. “ panjang lebar Muiz memberi tazkirah. Hafiz terdiam sekejap. Mindanya memang mengakui kebenaran itu tapi hatinya menidakkannnya dan bibirnya sudah bersedia untuk membantah.

“Kalau Farisha tak ada di atas pangkin malam tu, tak ada maknanya aku nak gempaq dia. Dia memang sengaja tunggu untuk takutkan akukan?” Hafiz berkata lagi. Farisha yang berwajah muram tadi kembali tersenyum. Dia teringat semula bila Mifzal masuk dan memberitahunya Hafiz sudah pulang. Dia memang sengaja menunggu Hafiz di situ kerana dia tahu Hafiz akan kenakan dia dari belakang. Malam itu dia bermain mesej dengan Mifzal dan Mifzal yang report padanya segala pergerakan Hafiz.

“Memang pun! Sebelum kau kenakan aku, lebih baik aku kenakan kau dulu. Walau apa pun aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat kau sebab hadiahkan Muiz untuk aku. Inilah hadiah terindah dari kau untuk aku sejak aku kenal kau!” Farisha memulangkan paku buah keras sambil membelit tangannya di lengan Muiz. Kepalanya sengaja dilentokkan pada bahu Muiz. Sakit hati Hafiz melihat kemesraan mereka.

“Huh!” Hafiz mendengus geram. Dia berpaling ke arah lain. Muiz dan Farisha sudah bermain mata dan melebarkan senyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience