BAB 16

Romance Completed 15740

Selepas keluar dari hospital Hafiz datang ke Yan dan keluar untuk memancing sekadar melepaskan tekanan perasaannya yang sedang membara. Dia betul-betul rasa tercabar melihat kemesraan Muiz dan Farisha. Melihat kebahagiaan mereka hatinya menjadi sakit. Dia cuba memikat Rani dan meluahkan perasaannya namun Rani pula menjual mahal. Lagi bertambah sakit perasaan Hafiz.

Sebelum menaiki bot Hafiz singgah di kedai makan tempat Rani bekerja. Macam biasa dia datang untuk melihat Rani, sebaliknya Rani seolah tak menyedari kehadirannya. Hafiz cuba menegur Rani macam biasa. Rani tak melayan. Dia login fac dan menghantar mesej pada Rani pun Rani tak balas. Hatinya koyak rabak. Sakit tak terkata dengan gelagat Rani. Dia berharap Rani akan dapat melegakan hatinya bila hatinya terluka dengan kebahagiaan Muiz dan Farisha tapi sebaliknya hatinya tambah parah bila Rani langsung tak mengendahkan kehadirannya.

Hari ini tekong bot yang Hafiz sewa membawa mereka memancing hingga ke Perairan Pulau Pinang. Mereka menaiki bot besar jadi mereka mampu menempuh perjalanan jarak jauh. Kebetulan laut pula tidak beralun. Di tengah lautan Hafiz merasakan hatinya sedikit terubat apatah lagi bila jorannya asyik mengena.

Mereka kemudiannya singgah di tempat pendaratan ikan di daerah Kuala Muda Sungai petani, Kedah untuk menjual hasil pancingan mereka. Hafiz turun di Kuala Muda dan pulang ke Kuala Lumpur dari sini. Hatinya sudah tawar untuk turun di Yan. Dia memberikan kunci keretanya pada kenalan yang mengenali Muiz dan menyuruh mereka menghantar kereta Muiz yang digunakannya ke rumah ibunya di Jeniang.

Dari Sungai Petani Hafiz mengambil bas untuk pulang ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur Hafiz menerima panggilan dari Muiz mengatakan papanya dan ibu tirinya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Apa lagi yang dapat Hafiz lakukan di atas bas selain terus bersabar hingga bas yang dinaiki tiba ke destinasi.

“Muiz!,.datang ambil aku di stesen bas. Papa macam mana?” selepas tiba ke destinasi Hafiz terus menghubungi Muiz. Mindanya bercelaru dalam menghadapi situasi seperti itu. Dia paling takut kalau tak sempat bertemu dengan papanya. Banyak dosanya terhadap encik Dzalkifli yang belum ditebusnya.

“Papa koma, tapi mama meninggal di tempat kejadian. Hang tak bawa ibu mai sekali ka?” Muiz bersuara sayu. Kebetulan selepas Hafiz bertolak ke Yan untuk memancing, Muiz bersama Farisha juga bertolak untuk pulang ke Kuala Lumpur. Encik Dzalkifli dan isterinya Puan Azzalea bertolak lebih awal dari mereka dan mereka terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Aku tak balik ke Jeniang. Aku ambil bas terus dari Sungai Petani.” Hafiz memberikan penjelasan dan kemudian talian diputuskan. Hati Hafiz semakin runsing bila memikirkan nasib papa dan ibu tirinya. Sekian lama dia hidup bersama mereka akhirnya dia ditinggalkan dan ibu tirinya telah pergi mengadap Ilahi. Dia sayangkan mamanya. Walau pun mereka tiada pertalian darah tapi sejak papanya mengambil dia dari ibunya, ibu tirinya itu yang memberikannya kasih sayang. Nak harapkan papanya, kerja adalah paling penting dalam hidup papanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience