BAB 18

Romance Completed 15740

Selepas berita bot karam Rani tak pernah melihat Hafiz lagi. Fac Hafiz juga terus sepi tanpa sebarang post. Rani ibarat pungguk yang sering rindukan bulan. Setiap hari kerjanya hanya melawat wall fac Hafiz. Kalau berpeluang dia akan menatap lama gambar-gambar Hafiz di dalam fac. Kadang-kadang Rani malu dengan diri sendiri. Dia tak pernah menduga hatinya akan jatuh cinta dan mengalami penyakit angau seperti ini. Baginya apa yang sedang dialaminya ini teramat sakit.

Ya Allah! Kalau aku tahu rindu ini amat sakit, tak ingin aku jatuh cinta padanya. Ya Allah, andai aku tahu cinta ini bakal membuatkan diriku merana takkan ku simpan perasaan padanya. Mengapa harus ada rasa cinta andai aku bukan ditakdirkan untuknya?

Rani terus meratap di dalam hati. Bukan niatnya untuk menyalahkan takdir tapi dia sedang keliru dengan perasaannnya sendiri. Sungguh! Dia sendiri tak pernah menduga bakal terjebak dalam jerat cinta ini.

Ya Allah! Aku mohon padaMu agar Kau kuatkanlah jiwaku ini. Aku tak mahu kalah dengan perasaan dan rasa cintaku pada dia yang tak berhak. Biarlah aku simpan rasa cinta ini hanya buat suamiku. Bukan untuk dia yang bukan mahramku. Ampunkan aku Ya Allah kerana terjebak dalam dosa ini. Bukan ini yang aku perlukan tapi aku tak dapat menangkis perasaan ini. Apa yang harus aku lakukan Ya Allah? Tolong aku Ya Allah. Bantu aku meleraikan kekusutan ini!

Air mata Rani sudah mengalir ke pipi. Esakan Rani semakin berterusan. Sakitnya hati dalam mengawal kemelut perasaan. Bagaimana pula orang lain boleh mengatakan cinta itu indah sedangkan cinta ini amat sakit bagiku? Adakah kerana cintaku ini bukan cinta biasa? Ah! Apa yang aku mengarut ni? Rani masih berdialog di dalam hati. Dalam masa yang sama jari jemarinya begitu rakus mengesat air matanya yang tak mahu berhenti. Mengalir dan terus mengalir ke pipinya.

Hari seterusnya Rani hanya menghabiskan masa lapangnya di tepi laut. Rasa rindunya pada Hafiz menjadikan laut tempat dia melepaskan rindu. Hari-hari bekerja pula Rani akan tekun bekerja. Bibir Rani sudah jarang mengukirkan senyuman lagi. Rani amat terseksa kerana kerinduan yang dirasakannya. Dia cuba menjadi wanita yang tabah di hadapan orang lain sedangkan hatinya parah menahan perasaan.

Apa yang merungsingkan kedua ibu bapa Rani bila kesihatan Rani semakin merosot hari demi hari. Mereka cuma mempunyai dua orang anak perempuan. Anak perempuan kembar seiras yang bernama Khairani dan Khairina. Sejak kecil Khairani memang mempunyai masalah. Rani pernah mengidap barah hati dan doktor pernah memberitahu barah itu akan kembali menyerang kalau Rani menghadapi tekanan. Segalanya dengan izin Allah. Dia yang menentukan segalanya.

“Kak Ani,.boleh Ina tanya sikit?” Khairina menghampiri kakak kembarnya. Dia sendiri pelik melihat kelainan kakaknya sejak akhir-akhir ini. Kakaknya yang periang dan banyak cakap berubah dalam sekelip mata. Khairani yang gemar bergurau menjadi murung dengan tiba-tiba. Satu situasi yang tak pernah diduga akan terjadi.

“Tanya ja la. Sampai nak minta izin bagai. Pehal?” Rani berpura-pura ceria, sedangkan saat ini hanya tubuhnya yang ada di depan Rina. Hatinya dan mindanya sudah menerawang entahke mana.

“Kak Ani sakit ka? Kak Ani tak makan vitamin yang mak beli tu ka? Kak Ani,.kalau sakit jangan tanggung sorang-sorang. Kamikan ada,.” Rina tak sanggup menghabiskan ayat-ayatnya bila Rani sudah mengeluh deras.

“Kak Ani letih ja sikit. Dahlah, kak Ani nak tidoq.” Sehabis berkata Rani merebahkan badannya di atas tilam. Matanya dipejamkan rapat. Dalam masa yang sama air matanya turut berjurai laju. Rani memegang dadanya yang terasa sakit. Ya Allah! Rindunya aku pada dia! Ampunkan aku Ya Allah. Rani merintih di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience