Telefon berdering . Memaksa Raihana untuk mengangkat gagang telefon dan menjawabnya . Matanya liat sekali mahu dibuka . Dia baru bangun tidur .
Kalau diikutkan jam 12 tengah hari baru bangun .
Ni semua gara - gara pembantu rumahnya memanggil Raihana . Katanya ada panggilan penting untuk cik Raihana . Aduhai ! Siapa yang call ni ?
Raihana turun dari biliknya yang berada di tingkat atas . Sambil menggosok mata , dan membetulkan rambut yang kusut masai .
" hello ? "
Gagang telefon sudah diangkat . Menunggu suara di talian sana .
" hello , Raihana . Rai dah bangun ke ? "
Suara mama Raihana , Puan Jamilah berada di talian .
" mama nak apa ? Rai baru bangun . "
Kata Raihana acuh tak acuh . Dia masih dalam keadaan ' mamai ' . Separuh sedar .
" anak dara apa lah kamu ni . Matahari dah tegak atas kepala baru nak bangun . "
Raihana menjauhkan sedikit gagang telefon dari telinganya . Sakit telinganya mendengar leteran mamanya pagi - pagi ni . Eh , lupa . Sudah masuk waktu tengahari .
" Rai , dengar tak ? Mama cakap ni . "
" ye , dengar mama . Mama ada apa call ni ? "
" anak kawan mama . Datin Salmiah nak jumpa Raihana . Raihana siap ye . "
Blind date sekali lagi . Sudah beberapa kali Puan Jamilah mengatur perkara sebegitu untuk anaknya . Tapi semuanya digagalkan Raihana sendiri . Raihana tidak datang pada setiap janji temu .
" ma , Rai malas . Rai ada kerja . "
" Rai tak payah datang cafe hari ni . Mama dah beritahu semua staf Rai yang Rai cuti hati ni . Diorang semua dah sedia maklum . Jadi , Rai tak payah susah - susah . "
' mama dah makin bijak . '
" ma , Rai malas . Please ! . Rai taknak jumpa lelaki tu . "
" jangan nak mengada ! Ikut cakap mama . Kalau tak mama bekukan akaun Rai . "
Serabut Raihana memikirkan permintaan ibunya . Perlukah ? Soal jodoh dia boleh cari sendiri . Tak perlu mama atau papanya yang carikan .
Faham lah juga sebab mama buat macam ni . Raihana dah berumur 26 tahun . Masih muda pada fikiran Raihana . Tapi tidak pada mama dan papanya .
" ish , yelah ! "
Gagang telefon diletakkan dengan kasar sekali . Dia menghentakkan kaki ! Geram sekali dengan tindakan mama .
Telefon sendiri dia sudah matikan supaya tak ada orang yang ganggu pagi - pagi ni . Dan mama call dia guna telefon rumah . Arghh ! Tidur terganggu .
" arghh ! Stress ! "
Gertak Raihana . Kahwin . Dia boleh cari sendiri jodoh dia .
" cik Raihana , cik okey ? "
Pembantu rumahnya datang . Mak Wan . Ketua pembantu rumah .
" tak ada apa - apa pun . Siapkan makanan saya . Saya nak makan . "
Marah - marah begini buat dia lapar .
" cik nak sarapan atau makan tengahari terus ? "
" nak dekat tengahari kan . Makan tengahari terus lah "
Soalan Mak Yam buat dia marah . Rasa disindir . Sudah tahu Raihana Aqilah ni selalu bangun lambat . Dan waktu dia bangun memang dekat dengan waktu tengahari .
Raihana mengeluh berat dengan arahan mama . Dia terpaksa akur .
Dia pergi ke bilik . Bersiap hendak keluar . Baik dia cepat sebelum mama menjemput dia di
rumah .
Share this novel