BAB 32

Romance Series 6325

" cik ! cik tak boleh masuk . Encik Zhafran taknak diganggu . "

Farah datang ke office Zhafran pagi itu . Dia tidak peduli sesiapa yang menghalangnya . PA Zhafran sudah menghalang . Dia tetap berkeras mahu masuk .

Zhafran terkejut melihat Farah . Tiba - tiba saja datang .

" Farah buat apa kat sini ? "

Ketika itu Zhafran dan Aizat sedang berbincang soal kerja .

" maafkan saya Encik . Saya dah halang cik Farah . Tapi dia berkeras nak masuk . "

" tak apa . Biar dia kat sini . Awak boleh pergi . "

PA Zhafran meninggalkan Farah di situ dengan Zhafran dan Aizat .

" Farah , apa Farah buat kat sini ? Kenapa tak beritahu sebelum datang sini ? "

Air matanya tak dapat dibendung . Dia gila sekarang ini . Gilakan Zhafran .

" abang ! Farah sayang kat abang . "

Farah memeluk Zhafran . Zhafran tersentak . Aizat yang melihat adegan itu tidak terkata apa - apa . Dia juga terkejut .

" apa Farah buat ni ? "

Zhafran melepaskan pelukan .

" Farah nak selalu ada dengan abang. Farah takkan tinggalkan abang , abang pun takkan tinggalkan Farah . "

" apa Farah cakap ? Farah fikir waras ke tak ni ? "

Dia keliru dengan Farah . Dia memberi isyarat pada Aizat supaya meninggalkan mereka berdua di biliknya . Zhafran menenangkan Farah ketika itu .

" Farah . Farah sedar tak apa Farah cakap ni ? "

" Farah tahu . Farah dah lama pendam perasaan kat abang . Abang tahu tu . Jangan buat Farah macam ni . Farah sayang abang .

" abang sayang Farah macam adik sendiri . Tak lebih dari tu . Banyak yang sayang Farah kat luar sana . Jangan tunggu abang . "

" taknak . Farah sanggup tunggu abang . "

Zhafran tak sanggup buat adik sepupu dia sebegini . Farah layak dapat yang lebih baik .

*
* *

Shazwir ke rumah Raihana . Call tak dapat , mesej tak reply . Dia risau . Raihana pasti marah kepada dia kerana hal hari itu .

" uncle , Rai ada ? "

" Rai ada je kat luar . Ambil angin . "

" Shaz jumpa dia kejap . "

Encik Dahuri Rahman mengizinkan Shazwir berjumpa Raihana . Tapi sebelum tu dia mahu bertanya sesuatu pada Shazwir .

" Shazwir , uncle nak tanya sesuatu . "

" apa dia uncle ? "

" Shaz dengan Rai gaduh ke ? Rai nampak badmood kebelakangan ni . Atau dia ada masalah lain ? "

" kitaorang ada gaduh sikit lah , uncle . Shaz datang ni . Shaz nak minta maaf kat dia. "

" baguslah macam tu . Uncle perlukan orang nak jagakan Rai . Kalau Shazwir tak ada . Siapa lagi yang uncle nak harapkan . Rai tu masih tak ingat apa - apa . "

" saya jumpa dengan Rai dulu ye , uncle . "

Shazwir berjalan ke halaman belakang rumah . Raihana pasti ada di situ.

" assalammualaikum , Rai . "

Raihana sedar Shazwir datang . Dia tidak mempedulikan Shazwir . Dia tidak mahu rasa dikongkong Shazwir .

" Rai marahkan abang lagi ke ? "

Bagai rasa bercakap dengan tiang .

" abang minta maaf pasal hari tu . Abang tak sengaja nak marahkan Rai . "

Raihana ni merajuk . Dia tak endah langsung dengan Shazwir .

" Rai cuma nak tahu masa lalu Rai je . Itupun salah ke ? "

" jadi betullah Rai marahkan abang pasal hal hari tu . "

Raihana tidak menjawab .

" huh ! Rai nak tahu sangat pasal Zhafran kan ? "

Raihana memandang Shazwir . Adakah dia bakal beritahu cerita yang sebenar ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience