" Juan mana ? "
Baru terperasan Juan tak ada di sini . Mana pula dia pergi ?
" Juan tak ada hari ni , dia cuti sakit . "
Kata Fina pada Shazwir .
" siapa Juan ? "
Soal Raihana pula .
" Juan tu kawan kita juga . Nama betul Azuan . Orang panggil Juan sebab muka dia ala - ala korea . Dia tu melayu asli . Tak ada kacuk apa - apa pun . Tapi boleh juga dapat muka korea . "
Kata Anis , menerangkan serba sikit tentang Juan .
" Rai mesti dah lupa nama diorang semua kan "
Mestilah dia lupa . Amnesia kot .
" tak apa , biar kitaorang kenalkan diri . "
Bob as a leader mulakan terlebih dahulu .
" saya bob . "
" Fina ! "
" Ara . "
" Afiq . "
" Anis . "
Raihana perlu hafal semula nama - nama mereka . Takkan dia nak duduk di rumah saja . Dia mesti uruskan semula cafe ini .
" mulai esok , Rai nak urus cafe ni semula . Boleh kan abang ? "
Shazwir nampak tidak bersetuju . Kalau Zhafran jumpa Raihana bagaimana ? Dia tidak mahu perkara itu terjadi .
" abang , boleh kan ? "
Raihana lihat abang Shazwir seperti memikirkan sesuatu . Apa dia sudah boleh hidu niat Raihana ? Kalau tidak dibenarkan macam mana ?
" boleh lah encik . Kami jaga dia kat sini . "
Ara merayu . Sedikit lega hati Raihana ada yang merayu untuknya .
" yelah encik . Kami boleh tengokkan dia . "
Afiq juga merayu untuk Raihana . Yang lain juga sama . Tapi bolehkah mereka mempengaruhi fikiran Shazwir .
" bukan abang taknak bagi . Cuma abang risau , kalau orang gila tu cari Rai lagi . Macam mana kalau dia ganggu Rai masa abang tak ada . "
" kalau dia ganggu Rai , diorang semua ni ada untuk halau dia . Abang tak perlu risau . "
Satu persatu wajah pekerja Raihana dilihat Shazwir . Mereka semua menampilkan wajah yang yakin . Seakan mahu pergi bertempur pula .
" kami takkan biarkan encik Zhaf .. "
Hampir saja nama Zhafran disebut oleh Fina . Tetapi serta merta ditutup mulutnya oleh Anis . Kalau tidak disebut pun , Raihana tahu nama lelaki itu . Zhafran .
" apa dia kamu cakap tadi ? "
Raihana pura - pura tidak tahu .
" kami takkan biarkan lelaki tu kacau cik . Kalau lelaki tu kacau cik . Kami berenam akan halau dia dari cafe ni . "
Anis cuba cover Fina . Fina tahu dia hampir terlanjur . Dia menundukkan pandangan . Tidak berani melihat Shazwir memandangnya . Sungguh tajam . Habislah dia kena marah .
" kamu semua sambung kerja , saya bawa Raihana ke bilik dia . "
Semua pekerja kembali bekerja . Raihana mengikuti langkah Shazwir . Menuju ke pejabat sendiri .
Apa lelaki bernama Zhafran buat kepada dirinya sampai abang Shazwir benci sekali pada Zhafran ?
Mana nak cari jawapan ? Pekerjanya pun macam tidak mahu berkongsi maklumat . Semua pun macam berahsia .
Share this novel