Bab 46

Romance Series 6325

" Ireland ? "

" ye , cik kat Ireland . "

Dia upah perisik . Dia tahu teddy bear itu dari Ireland . Jauhnya dari Ireland ke Malaysia . Nampaknya dia terpaksa bawa diri ke Ireland .

Terfikir juga , betul ke dia kirim teddy bear dari Ireland ? Pasti dia ada orang suruhan di sini , sebab tu teddy bear sampai depan rumah . Itu bukan soalnya , dia perlu cari Zhafran cepat .

' nak pergi Ireland dengan siapa ? '

Dia tiada siapa - siapa mahu dibawa ke Ireland . Terpaksa pergi sendiri .

Mahu cari alasan apa ?

Sekarang dia harus fikirkan alasan pula . Yang munasabah .

Raihana akan flight ke Ireland . Cari Zhafran .

*
* *

' awak tunggu saya . Saya akan cari awak balik '

Dia berdebar . Dia takut mahu bersemuka dengan Zhafran .

Oleh kerana dia terlanjur berjanji dengan Puan Salmiah . Dia akan bawa balik Zhafran .

Raihana check in hotel . Dia mahu berehat terlebih dahulu . Badannya terasa letih .

Untuk ke sini , dia menipu mama dan papanya . Dia kata dia ke sini mahu tenangkan fikiran . Itu mungkin betul , tetapi kurang tepat .

Dia tidak beritahu Shazwir yang dia kesini . Marahnya belum reda .

Sampai hati Shazwir mahu menampar adik lelakinya . Budak kecil itu tak tahu apa - apa .

Tit !

Pesanan ringkas terpapar di skrin telefon pintar Raihana .

" Rai . Rai kat mana ? Kenapa tak angkat call abang ? "

Dia tidak mahu ' reply ' . Dia masih marah .

Mungkin betul kata adiknya . Zhafran lebih baik .

Dia matikan telefon .

Kad yang diberi padanya tempoh hari dibawa sekali ke sini .

Tulisan pada kad itu menarik perhatiannya .

" suatu hal yang tidak ingin aku mengerti sama sekali adalah kehilanganmu ... "

Apabila sudah mencintai , kehilangan itu adalah suatu ketakutan bagi semua orang . Tiada siapa yang mahu kehilangan orang yang dicintai .

Sebisa manapun , tidak ada yang mahu . Kerna , hati sudah diberikan pada ' dia ' untuk dijaga . Jika ' dia ' hilang , maka hati orang itu juga turut hilang . Tak ada arah tuju .

Jujur dia rasa kehilangan Zhafran . Kenapa dia merasa begini ?

Ini mainan fikiran . Sudah Raihana . Jangan difikirkan lagi .

" apa nak buat erk ? "

Makan . Iya , makan . Dia sudah lapar .

" baik pergi makan .

Sudah tiba masa untuk jalan - jalan cari makan di Kota Ireland ini .

*
*
*

Sungguh dia senang seorang diri berjalan di sini . Terasa dirinya bebas .

Bebas daripada sesiapa . Dia tak lupa yang dia masih punya mama dan papa . Bakal jadi seorang isteri . Itupun kalau jadi .

Kadangkala dia rasa lucu dengan kisah hidup dia . Kisah seorang amnesia mencari cinta . Mencari cinta yang entah dimana . Siapa cintanya ?

Kadangkala dia rasa sedih . Kisah seorang amnesia mencari cinta . Sudah mempunyai tunang , tapi hati entah di mana . Fikiran selalu melayang .

Hati tak keruan .

Dia rasa dia permainkan Shazwir . Adakah dia kejam ? Dia tipu Shazwir ?

Dia sayang Shazwir . Apa yang kurang pada Shazwir . Shazwir juga mencintai dirinya . Shazwir punya segalanya .

Terasa ada yang kurang . Tapi apa ?

Kalau lah dia tak amnesia .

Dia tidak mahu jadi watak Mukhrami Rayyan dalam cerita Kan Ku Kejar Cinta Kamu . Amnesia , lupa isteri . Terpedaya jadi boneka .

Menjadikan isteri sebagai boneka . Kerap permainkan isteri . Berfoya dengan perempuan lain . Ikut saja telunjuk Nek Bonda .

Kali ini kisah dia berbeza . Dia adalah Raihana Aqilah . Dia tidak mahu permainkan Shazwir . Dia tidak mahu menjadikan Shazwir sebagai boneka .
Dan dia tidak mahu jadi boneka antara dua jejaka . Harus memilih itu susah , kerana tidak mahu menyakitkan hati orang lain .

Bahagia atas penderitaan orang lain itu . Bukanlah hal yang mudah .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience