BAB 34

Romance Series 6325

Perlahan - lahan matanya dibuka . Bola mata bergerak ke kiri dan ke kanan . Melihat apakah tempat ini ?

Ini hospital .

Raihana cuba bangun dari pembaringan . Sakit kepala dia menghalang .

Pintu bilik dibuka . Siapa kah yang ada di sana ?

Zhafran muncul . Senyuman ditarik apabila melihat Raihana sudah sedar . Dia membawa makanan . Nasi kukus kegemaran Raihana .

" awak dah sedar . "

Raihana tidak menjawab itu . Seharusnya dia berterima kasih . Zhafran baik pada dirinya .

" awak mesti lapar . Kita makan dulu . "

Zhafran mendekati katil Raihana . Seketika dia mahu menyuakan jari pada pipi Raihana . Tapi Raihana mengelak .

" awak marahkan saya ? "

' entah apa lagi lepas ni yang saya rasa , kalau awak terus macam ni . '

" saya taknak awak sakit . Makan jom . "

" tak apa . Nanti saya makan sendiri . Saya nak awak keluar . "

Berat kakinya mahu melangkah keluar . Dia mahu menemani Raihana di sini .

" tak boleh ke saya teman awak kat sini ? Lepas ni saya takkan jumpa awak dah . Ini last . Lepas ni saya takkan ganggu hidup awak lagi . Saya janji ! "

' dia nak pergi mana ? '

Dia melihat Zhafran . Menatap mata Zhafran . Tulus cinta dia dapat dirasa .

" makan dengan saya . "

Nasi kukus yang dibeli tadi . Diberikan pada Raihana . Raihana menyambut baik apa yang diberi Zhafran .

" makanan fav awak . "

" terima kasih . "

" sama - sama . Erk .. jadi , awak betul - betul serius nak kahwin dengan Shazwir ? "

Raihana anggukkan saja .

" saya tak boleh nak paksa . Kalau macam tu baiklah , saya akan kahwin dengan Farah . "

" Farah ? "

" Farah cousin saya . Kita sama . Saya dah buat awak lupakan memori kita . Jadi , saya pun kena lupakan memori kita . Takkan ada lagi saya dan awak . "

Dia terpaksa mengungkapkan ini . Zhafran tak sanggup rasa begini . Hati dia sakit . Sakit lepaskan orang yang dia sayang .

Raihana termemung melihat nasi kukus yang ada dihadapannya . Dia berfikir tentang kata - kata Zhafran tadi .

" mana awak nak pergi lepas ni ? "

" lepas kahwin dengan Farah . Saya akan pindah ke Hong Kong . Saya akan menetap di sana . "

Kenapa Raihana rasa begini ? Dia tak tahu bagaimana harus dia bicarakan .

' awak kejam , Zhafran . Awak mudah berputus asa . Awak jahat ! Awak buat saya lupa memori kita . Memori indah yang kita cipta . Dan sekarang awak juga mahu lupakan kenangan itu . '

*
* *

Dia sudah menyatakan hasrat untuk mengahwini Farah . Dia sudah tekad . Dia akan cuba menyayangi Farah dan melupakan Raihana .

" abang . Abang betul ke sayangkan Farah ? "

" abang sayang kat Farah . "

Zhafran tak gembira melafazkan kata itu . Dia jahat . Dia terpaksa berpura - pura pada awal ini . Tapi dia yakin . Cinta itu akan berputik antara dia dan Farah .

Farah mengukir senyuman . Dia mahu cinta ini .

" lepas ni kita pergi butik tempah baju kahwin . "

Dia memaut lengan Zhafran . Dia gembira . Sekejap lagi , impian dia akan jadi nyata .

' perlahan - lahan saya akan lupakan awak dalam Raihana . Awak akan jadi memori saya yang paling indah . '

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience