BAB 6

Romance Series 6333

Raihana tidak datang cafe pada hari ni . Tak sangka dia boleh migrain pula malam semalam . Puan Jamilah suruh dia berehat di rumah .

Bagi dia , ini sambil menyelam minum air . Tak perlu nak kerja , rehat kat rumah . Tak perlu nak jumpa Zhafran . Si penganggu misteri yang hadir secara tiba - tiba dalam hidupnya .

Dia hanya rehat dalam bilik saja . Dalam bilik dia saja sudah cukup keperluan . Jikalau hendak mengambil makanan saja dia perlu turun .

Pintu bilik diketuk .

" boleh mama masuk ? "

" masuklah . "

Puan Jamilah duduk di sisi katil saiz Queen anaknya .

" macam mana ? Kepala sakit lagi ke ? "

" sikit . "

" oh ya , semalam mama tak sempat nak tanya . Macam mana dengan anak Puan Salmiah ? "

Mama dah mula tanya pasal Zhafran . Seperti yang dia sudah fikir sebelum ni . Mudah saja nak jawab . Dia perlu jawab jujur .

" Rai , tak suka dia . "

" kenapa ? elok je budak tu . Takkan Rai tak suka ? Zhafran tu CEO syarikat Mahz .

Harta bukan boleh buat Raihana bahagia . Lelaki yang macam tu dah ada perempuan yang dia usung ke hulur - ke hilir .

Raihana buat muka tidak suka . Zhafran Hairil tu bukan pilihan dia .

" ma , Rai nak rehat . Kepala Rai sakit ni . "

Kepala Raihana mula sakit . Agaknya sakit disebabkan memikirkan Zhafran Hairil .

" sakit sangat ke ? Dah makan ubat ? "

Raihana geleng . Dia belum makan ubat migrain lagi . Dia belum mengisi perut .

" nak pergi klinik tak ? "

" boleh lah . Rai dah tak larat sangat ni . "

Lebih baik pergi klinik terus . Cepat juga baik .

" mama , tak pergi kerja ke hari ni ? "

Puan Jamilah pemilik Hotel . Hotel Alusia . Bertaraf 5 bintang .

" CEO hotel tu abang Shazwir . Bukan mama . "

Raihana senyum saja mendengar jawapan mama .

Abang Shazwir , abang sepupu Raihana memegang jawatan sebagai CEO Hotel . Semenjak migrain dari malam tadi . Segalanya dia sudah lupa .

" kita pergi klinik . Beli ubat . "

Raihana mengangguk . Lemah .

*
* *

" pelan - pelan tau . "

Selepas mengambil ubat . Mama memapah Raihana menuju ke kereta . Badan Raihana lemah , kerana kepalanya sakit . Badan kurang seimbang ketika hendak berjalan .

" ma , kita pergi cafe kejap . Rai nak tengok staff Rai . "

" kan sakit ni , tak payah lah pergi cafe lagi . Tambah stress je . "

Memikirkan badannya yang lemah . Dia membatalkan niatnya . Lagipun , mesti Zhafran ada di cafe pada waktu begini . Sudah pasti .

" kita balik lah , ma . Rai nak rehat . "

" Rai masuk kereta dulu . Mama nak beli buah untuk Rai makan . "

Sebelah klinik tu ada kedai buah - buahan . Jadi , mama nak beli buah kat situ untuk Raihana .

Raihana iyakan saja . Dia menunggu di dalam kereta .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience