BAB 2

Romance Series 6325

Raihana sampai di depan sebuah restoran . Restoran 5 bintang . Kaya sangat pilihan hati mama ni . Dia mampu bawa Raihana untuk janji temu di Hotel ini . Jasaria E ' Sole Hotel .

Kaki terasa berat hendak melangkah . Dia tak suka cara begini . Kenapa dia tak boleh pilih bakal suami sendiri ?

Mahu masuk atau tidak . Dia masih berfikir .

' kalau aku masuk pun , rasa bosan . Tak ada apa - apa pun yang akan berlaku . Semua sama je macam sebelum ni . '

Dia tak pernah pergi janji temu sebelum ni . Tapi dia boleh tahu apa yang akan jadi . Penangan dram tv3 lah ni .

Raihana ambil keputusan untuk pulang . Dia tidak mahu bersemuka dengan anak Puan Salmiah .Entah lelaki jenis macam mana yang mamanya ingin jodohkan .

Dia sudah jumpa bermacam jenis lelaki . Semuanya sama . Tak ada yang faham Raihana . Macam mana dia tahu sedangkan dia belum jumpa setiap lelaki yang diaturkan untuk dia ? Raihana ada pandangan sendiri tentang lelaki .

Kalau lelaki itu tidak pandang rupa , pasti pandang harta . Kepandaian , dan segalanya yang mereka nampak pada zahirnya . Perempuan zaman sekarang banyak yang plastik . Sesuai lah tu dengan jenis lelaki macam tu .

Raihana belum jumpa lelaki yang dia mahu . Yang dia inginkan . Yang dia rasakan perlu ada di sisi untuk temani dia sepanjang hidup .

Tak perlu tergesa - gesa nak kahwin .

Baru saja dia masuk ke kereta . Telefon berbunyi .
' Mama '

Raihana tidak endah panggilan dari mama .

Sekali lagi telefon berbunyi . Dan itu semestinya dari mama Raihana .

Satu pesanan ringkas terpapar di skrin telefon pintarnya .

" BAIK KAMU JUMPA DENGAN ANAK PUAN SALMIAH TU . MAMA TAK MAIN - MAIN . "

Dia menghentakkan kepala di stereng kereta . Sakit ! Lebih sakit hati dia . Nasib saja ini permintaan mama .

" ma , Rai taknak . "

Berharap mamanya faham akan kata hati Raihana .

" Rai , jangan lah buat mama macam ni . Jangan malukan mama . "

Raihana serba salah .

" jumpa dengan dia . Mana tahu Rai suka dia . "

Mungkin tidak . Raihana tidak ubah pandangan dia terhadap lelaki .

" ma , please . Rai tak sedia nak kahwin lagi . Mama jangan lah paksa Rai lagi . "

" MASUK JE . KALAU TAK MAMA BEKUKAN AKAUN RAIHANA AQILAH ! "

Aduhai , mama kalau disamakan dengan sebuah bom nuklear . Sama dengan bob nuklear yang sudah meletop dan bagi kesan kepada Raihana .

" fine . "

Dia keluar dari perut kereta . Melangkah masuk ke restoran itu .

' apa nama lelaki tak guna tu ? '

Sedap mulut je Raihana Aqilah . Panggil lelaki tu tak guna . Tak bertapis sebelum jumpa .

Raihana menuju ke kaunter . Kena jadi bijak , kalau tak tahu kena tanya . Tapi dia masih tak tahu nama lelaki tu .

" ma , apa nama anak Puan Salmiah ? "

" Zhafran Hairil "

Laju saja Puan Jamilah membalas pertanyaan anaknya .

" excuse me , kat mana meja encik Zhafran Hairil ? Saya nak jumpa dia "

" mari saya tunjukkan cik . "

Pelayan itu membawa Raihana ke meja Zhafran Hairil . Berdebar jantung Raihana . Tapi dia berlagak cool saja .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience