" Rai ni dah bertunang ke ? "
Wajah Mak Yam berubah . Pandangannya dilarikan . Kelihatan , Mak Yam teragak - agak hendak menjawab soalan itu .
" Mak Yam . Rai tanya ni . "
" tak , cik Rai belum bertunang . "
Mak Yam terpaksa berbohong . Ini arahan Tuan Shazwir .
Raihana bingung . Kalau dia belum bertunang , takkan lelaki tu nak cakap Raihana tunang dia .
" hari tu ada lelaki cakap Rai tunang dia . Mak Yam kenal tak orang tu ? Nama dia Zhafran . "
" tak , cik Rai . Mak Yam tak kenal . "
" takkanlah Mak Yam tak kenal . "
" Mak Yam baru kerja kat sini . Kebelakangan ni Mak Yam balik kampung sebab ada ahli keluarga yang sakit . Jadi Mak Yam tak berapa pasti tentang keadaan di rumah ni . "
Raihana kecewa . Dia gagal mengorek apapun maklumat tentang Zhafran dari Mak Yam . Dari siapa lagi dia boleh bertanya ? Kenapa semua orang berahsia tentang Zhafran ?
" cik Rai , kalau cik Rai nak tahu . Cik boleh tanya staff cik yang ada kat cafe tu . "
Dia boleh tanya para pekerjanya . Mungkin mereka ada tahu sesuatu . Dia mesti ajak abang Shazwir ke cafe hari ni juga .
" terima kasih Mak Yam . "
Raihana pergi ke biliknya . Mahu menghubungi abang Shazwir .
' ya allah , kau kuatkanlah hati cik Raihana kalau dia tahu semua benda ni . '
*
*
*
Setelah beberapa minit selepas dihubungi , Shazwir datang ke rumah . Menjemput Raihana mahu ke cafe .
" Rai , tiba - tiba je nak ke cafe ni . Kenapa ? "
" abang kan cakap Rai ada cafe sendiri . Rai nak tengok cafe Rai . "
" ohh , macam tu . "
' baguslah , kalau abang Shazwir tak syak apa - apa . '
Kereta Shazwir tiba dihadapan cafe Raihana . Kemudian , mereka berdua masuk ke dalam .
Para staffnya gembira melihat bos mereka datang ke cafe . Selama Raihana tidak ada , Bob yang urus cafe ni . Memandangkan dia yang paling senior .
" cik Rai , kitaorang semua rindu kat cik . Lama kitaorang tak nampak cik . "
Raihana tersenyum kepada para pekerjanya . Biarpun dia tidak ingat semuanya . Ramah itu perlu ada .
" cik ingat saya tak ? "
Lelaki berbadan gempal bertanya pada Raihana . Itu Bob .
" kan saya dah beritahu kamu semua . Cik Raihana ni hilang ingatan . Awak ni bob boleh tanya macam tu pula . "
Shazwir memarahi Bob .
" eh sorry - sorry . "
Bob rasa bersalah pula dengan Raihana .
" tak apa lah . Saya faham . Apa nama awak ? "
" Bob . Saya pekerja cik yang paling rajin antara semua ni "
Bob memuji diri sendiri . Mentang - mentang dia lah bos sementara untuk jaga cafe .
" eh , kau ni sedap mulut je kata kau paling rajin . Aku yang paling rajin kat sini . "
Anis tidak puas hati . Antara semua staff dia paling rapat dengan Raihana .
" eh , habis kitaorang ni ? Aku pun rajin juga . "
Ara juga mahu mencelah . Mahu juga berebut title yang sama .
" mana boleh korang je , aku pun nak juga ! . Aku paling rajin ! Kalau tak ada aku , lantai dengan meja ni tak bersih berkilat . "
Fina pun sama . Tidak mahu kalah . Serabut Raihana dibuatnya . Mendengar celoteh - celoteh staffnya yang ribut sekarang ni .
" hoi korang ! Tak payah lah nak gaduh - gaduh depan cik Rai . Cik Rai tak sihat . Korang gaduh - gaduh depan dia dah kenapa ? Makin tambah sakit kepala dia . "
Afiq yang agak pendiam mula bersuara . Nada bicaranya tegas . Buat semua terdiam . Sebab tak pernah Afiq tegas macam tu .
" betul tu , Afiq . Kamu berempat boleh kecoh pula kat sini . Pasal siapa kerja paling rajin . Nak saya yang potong gaji kamu ke apa ? "
Shazwir ni asyik berangin je dari tadi .
" abang jangan lah tegas sangat . Diorang ni happening apa . Tak kisahlah siapa paling rajin kerja , semua pun sama kan . Macam satu family . Tak payah nak rebut tittle siapa paling rajin . "
Kata - kata Raihana buat semua diam . Semua berdamai semula .
" sebab tu kita sayang cik . Cik baik . "
Kata Bob . Yang lain pun bersetuju .
Share this novel