BAB 25

Romance Series 6325

Mereka tidak pergi ke cafe selepas itu . Selepas kejadian tadi , Raihana meminta Shazwir menghantarnya balik ke rumah . Dia takut lelaki itu mengekori mereka .

" Rai , are you okey ? Rai asyik diam je kat kereta tadi . Nampak sedih . "

Mereka berdua melangkah masuk ke rumah .

" Rai sakit kepala je . "

" Rai fikir pasal lelaki tadi ? Kan abang dah kata jangan fikir pasal dia . "

Sudah pasti Raihana fikir tentang Zhafran . Dia mahu tahu siapa Zhafran padanya .

" tak lah . Rai tak fikir pasal tu . Rai cuma penat . Nak rest . Terima kasih teman Rai hari ni . "

" sama - sama . Kalau Rai nak jalan - jalan lagi . Beritahu je abang . Abang boleh bawakan . "

Raihana menguntum senyuman buat Shazwir . Dia beruntung punya abang sepupu seperti Shazwir .

" anak mama dah balik . "

Puan Jamilah datang dari dapur . Dia senang lihat anaknya tersenyum gembira .

" mama . "

" best tak jalan - jalan dengan abang Shazwir ? "

" tak best sangat . Tadi ada orang kacau . "

Raihana faham kata - kata abang Shazwir . Ni semua pasal Zhafran yang dikatakan menganggu .

" siapa kacau ? Ada orang kamu berdua ke ? "

" Rai naik atas dulu . Tadi kata nak rest "

Raihana pergi ke bilik . Memberi ruang kepada mama dan abang Shazwir berbual .

" Shazwir , ada orang kacau Raihana ke tadi ? "

Shazwir menyeluk poket seluarnya . Dia tidak suka akan hal yang tadi .

" kitarorang terserempak dengan Zhafran . Shaz tak suka dia dekat dengan Rai . Dia buat Rai kecewa . Sebab dia Rai jadi macam ni . "

" jangan salahkan Zhafran je . Ni qada ' dan qadar Allah . Jangan salahkan dia . "

" auntie masih nak backup dia . Dia dah tuduh Rai buat benda tak baik belakang dia . Lepas tu , dia buat apa . Dia punca Raihana jadi macam ni . Auntie tak patut bagi dia jumpa dengan Rai lagi . "

" auntie faham . Shaz tak suka Zhafran sebab perkara tu . Kita kena terima perkara ni . Tak perlu salahkan sesiapa . Kita kena pulihkan ingatan Rai . Biar dia tentukan sendiri . "

Shazwir tidak mahu berdebat lagi . Apa yang penting dia takkan biarkan Zhafran bersama Raihana .

*
*
*

" itu bukan Raihana . Ni semua gambar edit . Ada yang nak pisahkan kau dengan Raihana . Kau kena hati - hati . Jangan sampai masuk jerat . "

Zhafran menyuruh Aizat siasat semua gambar yang dikirimkan padanya . Dia sempat pindahkan semua gambar itu ke dalam komputer riba sebelum telefonnya dirosakkan oleh Shazwir .

Apa yang ditemui Aizat mengejutkan Zhafran . Kata - kata Aizat itu melayang - layang dalam fikiran Zhafran . Siapa pula yang dengki dengan hubungan mereka berdua ? Sungguh ini tak boleh dimaafkan .

Ini semua juga salah dia . Dia bertindak mengikut emosi dan melulu . Dia sudah tinggalkan luka yang mendalam pada Raihana .

Sekarang dia mesti cari siapa yang dengki dengan hubungan mereka .

" abang . "

Pintu bilik pejabatnya dibuka . Farah Amiesya , adik sepupu dia masuk ke dalam .

" eh , Farah . Farah buat apa kat sini ? "

Zhafran terperanjat . Tak ada angin tak ada ribut Farah datang ke sini . Ini mesti nak menganggu .

" saja nak kacau abang . "

Kan betul . Dah agak dah tu . Zhafran hanya menggeleng kepala mendengar jawapan Farah . Adik sepupunya sememangnya nakal .

" abang ni kenapa ? Asyik sedih je memanjang . Farah ajak borak pun , abang jawab sepatah . "

" abang okey . "

" abang tipu . Cuba cerita kat Farah . Farah nak dengar . Mana tahu Farah boleh tolong abang . "

" ni pasal tunang abang . "

Riak wajah Farah terus berubah .

" dia kan curang dengan abang . Buat apa abang fikir dia lagi ? "

" tu semua salah faham . Dia tak buat semua tu . Dari awal lagi abang patut dengar apa yang keluar dari mulut dia . Bukan tuduh dia terus . "

Farah tunduk . Mengetap bibir . Dia cuba sembunyikan seribu satu rahsia dari wajahnya itu .

" abang sayang dia ? "

" mestilah abang sayang dia . Tapi sayang dia dah tak ada kat abang . Dia dah lupa semua benda . Sebab abang . "

Zhafran tidak henti menyalahkan diri sendiri . Dia sangat menyesal .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience