BAB 24

Romance Series 6325

Lelaki memakai kot warna hitam itu memandang tepat ke matanya . Pandangan lelaki itu dalam sekali . Seolah - olah lelaki itu mengenali dia .

" sorry encik , saya tak sengaja . "

" Raihana . Its you ! "

Dia memegang tangan Raihana . Zhafran akhirnya jumpa Raihana . Mereka takkan dibiarkan berpisah lama - lama . Sungguh dia rindu pada Raihana .

Raihana melepaskan tangannya daripada disentuh oleh lelaki itu . Dia terkejut . Mereka berdua kenal ?

" awak , ini saya . Zhafran . Tunang awak . "

' tunang ? Bila masa aku ada tunang ? '

" apa awak merepek ni ? Saya tak kenal awak . "

" apa awak cakap ni ? Awak tak ingat saya . Saya Zhafran . Raihana . Tengok betul - betul . "

" tak , saya tak kenal awak . Jangan dekat dengan saya . "

" Raihana . "

Dia mahu dekat dengan Raihana . Saat itu juga Shazwir datang .

" abang . "

Raihana menyorok di belakang Shazwir . Dia takut lelaki itu dekat dengannya .

" kau nak apa lagi ? Kau dah sakitkan hati dia . Kau nak dekat lagi dengan dia . Sepatutnya kau dah gembira tengok dia macam ni . Sebab kau dia hilang ingatan ! "

Suara Shazwir meninggi . Dia marah akan Zhafran .

Zhafran tergumam . Mati kata . Dia tidak tahu sama sekali , Raihana hilang ingatan . Dan paling dia tidak boleh terima .

Ini semua salah dia . Dia tidak boleh maafkan dirinya kalau apa - apa terjadi pada Raihana .

" Shazwir , kau tipu kan ? Kau saja je kan nak sakitkan hati aku . "

" buat apa aku nak tipu kau . Raihana dah lupa kat kitaorang semua . Sebab kau ! "

Shazwir mendengus kasar . Dia benci pada Zhafran . Raihana tertanya - tanya hubungan mereka berdua .

Antara Shazwir dan Zhafran . Lebih tepat hubungan dia dengan Zhafran ? .

' siapa lelaki ini ? '

" jom , Rai . Tak payah nak cakap dengan lelaki tak guna ni . "

Zhafran terkilan . Benarkah semua ini ? Angkara dirinya .

Mereka kembali ke meja makan . Makanan sudah terhidang atas meja .

" abang, siapa lelaki tadi tu ? "

Dia takkan beritahu perkara sebenar . Dia tidak mahu Raihana terluka . Dia mahu Raihana lupa pada Zhafran .

" dia tu kawan abang . Rai tak payah fikir pasal lelaki tu . Lelaki tu tak baik . "

' tak baik ? Then , why dia kata aku ni tunang dia ? Siapa lelaki tu sebenarnya ? '

" Rai jangan pening - pening kepala . Fikir pasal dia akan buat Rai jadi makin teruk . Rai nak sembuh cepat kan . Jadi , jangan fikir pasal lelaki itu . Lelaki tu tak ada kena mengena pun dengan Rai . "

Raihana akur dengan kata - kata Shazwir . Tapi dia masih tertanya - tanya siapa lelaki itu . Dia mahu tahu . Pasti diorang berdua kenal sebelum ni .

" baik , Rai makan . Nanti makanan tu sejuk . Kalau dah sejuk tak sedap . "

Raihana menjamah makanan itu . Abang shazwir sembunyikan sesuatu . Kenapa abang Shazwir mahu sembunyikan sesuatu ?

Sekarang ni dia bingung harus percaya siapa . Abang Shazwir atau lelaki tadi .

Dia ingat tiap bait perkataan yang keluar dari mulut Shazwir . Lelaki itu telah sakitkan hati dia . Kerana lelaki itu dia amnesia .

Menurut semua itu , lelaki itu pernah buat jahat pada dirinya .

Tapi kenapa dia rasa aura yang baik dari lelaki itu . Apa yang lelaki itu sudah buat sampai abang Shazwir membencinya sampai begitu sekali ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience