BAB 20

Romance Series 6325

Dia rasa bersalah yang teramat pada Raihana . Kerana dia , nyawa perempuan itu hampir melayang . Raihana masih tidak sedar . Dia koma . Kecederaan utama di bahagian kepala .

Zhafran tidak dapat melawat Raihana . Shazwir tidak membenarkan . Shazwir mengarahkan tiga orang pengawal untuk menjaga Raihana supaya Zhafran tidak dapat berjumpa dengan Raihana .

***

" kenapa aku tak boleh masuk ? "

Satu hari dia datang ke hospital melawat Raihana . Dia dikejutkan dengan tiga orang pengawal berkawal di luar bilik yang menempatkan Raihana .

" maaf encik , kami hanya ikut arahan Encik Shazwir . Dia suruh kami guard cik Raihana . Dia tak benarkan encik masuk . "

Kata salah seorang daripada pengawal tersebut kepada Zhafran . Dia sendiri tidak menyangka Shazwir akan berbuat begini padanya . Kini , Shazwir melihatnya sebagai orang jahat .

" aku tunang dia ! "

" siapa tunang Raihana ? "

Shazwir ada di belakang Zhafran . Dia ketawa mendengar bicara Zhafran . Raihana bukan lagi tunang Raihana . Dia sudah putuskan pertunangan itu .

" kau dah putuskan pertunangan dengan dia . Kau dengan dia . Dah tak ada apa - apa . Get lost , Zhafran Hairil . "

Tajam pandangan Shazwir pada Zhafran . Zhafran berlalu pergi tanpa berkata apa - apa . Dia hanya mampu memendam rasa amarahnya dalam hati . Dia harus perbetulkan keadaan semula .

*
* *

Doktor menghubungi Puan Jamilah dan Encik Dahuri . Doktor itu mengatakan bahawa Raihana sudah sedar . Mereka berdua amat gembira . Adik lelaki Raihana turut ikut sama melawat kakaknya .

" Rai . "

Puan Jamilah dan Encik Dahuri masuk ke dalam bilik yang menempatkan anaknya . Raihana memandang mereka seperti orang asing .

" sayang mama tak apa - apa ke ? "

Raihana baru sedar , kepalanya masih berbalut .

Raihana diam tanpa sebarang bicara . Tidak ada sebarang reaksi dari wajahnya yang pucat itu .

" Raihana . Ni papa . "

Raihana melihat tiga orang asing yang ada dihadapannya . Kepalanya sakit .

" papa ? "

Encik Dahuri tersentak mendengar jawapan anaknya . Takkan dia tidak kenal bapa sendiri .

" kakak , ni Rayyan . Kakak kenal tak ? "

Giliran adik lelakinya pula bertanya . Rayyan memegang tangan Raihana . Pantas Raihana menarik tangannya semula . Tindakan Raihana buat Rayyan bingung .

" korang semua siapa ? "

Raihana amnesia . Dia tidak mampu ingat siapa ahli keluarganya lagi . Puan Jamilah menangis . Dia tidak menyangka Raihana boleh hilang ingatan .

" mama , kenapa kakak tak ingat kat kita ? "

Pertanyaan Rayyan buat Puan Jamilah tambah sebak .

" Puan dengan Tuan ni siapa sebenarnya ? Raihana ? Siapa Raihana ? "

Belum sempat Encik Dahuri menjawab . Mereka bertiga dipanggil jururawat untuk berjumpa dengan doktor .

*
*
*

Mereka menunggu bicara dari doktor tentang status kesihatan Raihana .

" cik Raihana mengalami amnesia . Buat masa ni dia tak ingat apa - apa . "

Pengesahan doktor itu buat hati mereka bertiga luluh .

" tak ada cara lain ke nak pulihkan ingatan dia ? "

Encik Dahuri mahu anaknya sembuh semula .

" kita boleh jalankan rawatan . Tapi selebihnya bergantung pada encik dan puan sendiri . Jangan paksa dia ingat semua benda . Kalau tak keadaan jadi teruk . "

" pa , kakak memang dah tak ingat siapa kita ? "

Soal Rayyan . Dia mahu kakaknya yang dahulu .

" kakak mesti ingat kita semula . Tak lama lagi kakak mesti ingat . "

Kata Puan Jamilah . Dia tidak mahu anak lelakinya bertambah risau .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience