BAB 9

Romance Series 6325

Raihana berehat di dalam bilik khas yang ada di dalam cafenya . Boleh dikatakan pejabat khas untuk dia .

Di situ dia boleh menyemak senarai barang yang perlu dia pesan pada pembekal . Dia bukannya tak mahu orang lain semak . Dia bos

Cuma dia lebih suka semak sendiri . Dia boleh nampak sendiri mana yang tak betul . Triple - check .

List - list barang yang dipesan diperiksa betul - betul . Sesungguhnya dia bos yang sangat dedikasi dan komited dengan kerjanya .

" cik Rai , ada orang nak jumpa ? "

Kata Ara . Tak senang duduk Raihana apabila mendengar kata Ara . Siapa lagi kalau bukan Zhafran ? Lelaki itu tidak habis - habis ganggu dia . Semak dibuatnya !

" suruh dia balik . "
" tapi cik .. "

Dan ketika itu ada satu suara yang mencelah kata - kata Ara .

" biar saya cakap dengan dia , awak pergi sambung buat kerja . "

Dia kenal suara itu . Itu abang Syazwir .

" abang Syazwir ! "

Abang sepupu paling dia sayang . Apa saja dia minta pasti dapat . Sebab tu abang sepupu tempat dia menagih kasih .

Selain daripada mama dan papa . Dia anak sulung . Ada seorang adik lelaki umur 7 tahun .

" amboi ! Tadi bukan main lagi suruh abang balik . Jahat betul lah "

" sorry , Rai ingatkan orang lain tadi . "

" apa - apalah . Rai macam mana kerja ? "

" okey je , tak ada apa yang buat Rai stress sangat . "

Syazwir duduk di kerusi berhadapan meja Raihana .

" abang kenapa tiba - tiba datang sini ? Tak beritahu pula tu . "

" abang nak jenguk Rai je . Mama tu yang suruh . Risau sangat agaknya dengan anak dara dia seorang ni . "

Apa lah yang nak dirisaukan sangat . Mama ni lebih - lebih pula . Jangan pula diberi bodyguard pada Raihana .

" abang kan sibuk . Tak payah lah susah - susah nak jenguk Rai kat sini . "

" tulah . Orang suruh kahwin cepat . Rai taknak . "

Mahu terjeluak rasanya bila cakap bab kahwin . Syazwir rasanya patut dikata begitu . Umur sudah mahu lanjut . 28 tahun , belum kahwin . Sudah menjadi trend sekarang ni , kahwin lewat umur .

" abang ni kan . Kat rumah tu cerita pasal kahwin . Kat sini abang cerita pasal kahwin . Rai boring lah . Abang tu hah belum kahwin lagi . "

" abang ni tak ada calon . Rai tu bukan dah ada calon ? "

Bukannya tidak mahu . Belum jumpa calon yang sesuai . Kahwin bukan boleh dibuat main .

" abang bukan tak tahu , mama tu . Banyak dah lelaki yang dia kenalkan kat Rai . Tapi semua Rai tak berkenan . Semua macam poyo lebih je "

Shazwir gelak besar . Apalah yang lucu ?

" abang , Rai cakap serius ni . Semua tu tak boleh nak jaga Rai . Rai ada mama , ada papa . Ada adik dan ada abang . Tak perlu orang luar nak datang jaga Rai . "

" Rai kena faham . Mama tu nak yang terbaik untuk Rai . Semua yang mama kenalkan tu baik - baik tau semua . "

" mana ada . "

Raihana menjulingkan mata ke atas . Bosan sudah didengar mamanya backup calon - calon pilihan sendiri . Kini abang Shazwir pula .

" apa - apalah Rai . Abang ke sini ajak Rai makan tengahari . Jom lah . "

" Rai kerja lah , bang . "

" jom lah . Rai tu big bos . Boleh keluar bila - bila masa je . Asyik kerja memanjang . Sekali - sekala kena keluar juga . "

Dia kerap keluar kebelakangan ni . Apa pula yang para pekerja akan kata .

" abang tunggu kat luar . Rai urus apa yang patut . 5 minit je tau . "

Shazwir keluar . Raihana pula mengemaskan kertas - kertas yang ada di atas mejanya . Setelah selesai , baru dia keluar .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience