BAB 50

Romance Series 6325

Entah kenapa , Raihana rasa dirinya mahu bertemu Zhafran . Tapi dia tidak mampu .

" tolong beritahu Zhafran ye . Saya harapkan awak tau . "

" kalau saya nak jumpa cik lepas ni . Boleh tak ? "

" kita jumpa kat sini je lah . "

Dia menghadiahkan senyuman sebelum beredar pergi . Harap sangat yang Aizat boleh beritahu Zhafran .

*
* *

Sejurus selepas bertemu Raihana , dia terus beritahu Zhafran .

Pintu rumah dihempas kuat . Kalau tak hempas , Zhafran takkan dengar .

" hoi ! Kau dah kenapa ? Main hempas - hempas pintu . Rosak pintu rumah aku . "

" kau tak dengar nanti . Sebab tu lah aku hempas pintu tu . "

Merasa tidak ada yang menarik . Dia terus masuk ke dalam bilik . Keadaan dia serabai sangat . Tak terurus .

" aku nak beritahu kau something . Pasal Raihana . "

Mendengar nama Raihana , dia tidak jadi masuk ke bilik . Sebaliknya fokus pada apa yang mahu dikata oleh Aizat .

" kenapa dengan dia ? Dia ada kat sini ? "

" aku baru bercakap dengan dia tadi . "

" weh , kau cakap apa dengan dia . "

Zhafran mahukan jawapan .

" dia tak jadi kahwin dengan Shazwir . Diorang dah putus . "

' putus ? Sebab aku ke ? '

" sebab aku ? "

" entah . Tapi bukan itu yang penting . Dia nak kau balik Malaysia . Mama kau sakit . Taknak makan , taknak minum . Asyik terbaring kat katil . "

Zhafran menunduk . Dia tahu perbuatannya buat ramai orang susah . Terutama mama dan papanya .

" baliklah Malaysia . Mama kau rindu kau . Jangan jadi macam ni lagi . Kau dah lama duduk kat sini . "

" aku taknak . "

" jangan jadi bodoh lah . Kau tak kesian ke kat mama kau . Mama kau tengok kau . Kau pergi sini kau tak beritahu semua orang . Kau tinggalkan family kau . Kerjaya kau . Semuanya . Sebab apa ? Sebab Raihana ? "

" kau jangan salahkan dia erk . Dia tak salah apa - apa . Aku cuma tak boleh terima yang Farah buat semua ni . Dan kerana aku , Rai jadi mangsa . "

Semuanya masih segar di ingatan Zhaftan . Seolah - olah baru berlaku semalam .

" jadi ? Kau taknak balik Malaysia sebab Farah . Taknak tengok muka dia . Boleh tak kau ketepikan semua tu ? Pergi balik tengok mama kau . Mama kau perlukan kau . Raihana yang suruh aku beritahu kau . Dia nak kau balik Malaysia . Kalau kau taknak dengar cakap aku . Kau dengarlah cakap dia dan fikirkan mama kau "
Aizat dibelenggu rindu . Rindu kepada keluarga . Rindu pada dia yang difikirkan tak akan jadi miliknya .

Disaat ini dia perlu fikirkan mamanya . Dia mesti pulang ke Malaysia .

Zhafran berfikir sejenak .

" kita balik Malaysia . "

Akhirnya . Aizat lega , dia buat keputusan untuk balik Malaysia . Dia tidak kecewakan Raihana .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience