BAB 30

Romance Series 6325

" Anis , saya nak keluar kejap . "

Raihana mahu keluar . Dia mahu beli makanan untuk makan tengahari .

" cik nak kemana ? "

Anis sebenarnya tidak mahu beri Raihana keluar . Ini salah satu arahan Shazwir .

" saya nak ke restoran lah . Nak beli makanan . Awak nak biar saya ke bulur ke kat sini ? "

" cik boleh makan kek yang ada kat sini . "

" saya nak makan nasi . Kenapa ? Tak boleh ke ? "
" saya tak kata tak boleh , tapi .. "

Anis pun tidak berani untuk menghalang Raihana . Raihana boss dia .

" tapi apa ? Kenapa semua orang tak bagi saya keluar dari sini ye ? Pelik lah . Ada benda ke korang tak beritahu saya ? "

" tak adalah cik Rai . Kami cuma risau je . Cik tu tak berapa sembuh . "

" jangan risau , saya boleh jaga diri . Kalau Encik Shazwir datang , beritahu saya keluar . "

Raihana sebenarnya tidak suka para pekerjanya seolah - olah merahsiakan sesuatu .Mereka berhati - hati ketika bercakap dengan Raihana . Tindakan Shazwir juga buat dia rasa tak selesa .

*
* *

Raihana tiba di satu restoran . Dia terus memesan makanan . Setelah makanannya sampai , dia terus pulang ke cafe . Dia tidak mahu berlama - lama , nanti dicari oleh abang Shazwir .

Dia keluar dari restoran , seseorang menyergahnya .

" Raihana . "

Zhafran menghampiri . Dia sudah perhati Raihana sejak Raihana masuk ke restoran tadi .

" awak ? Kenapa awak suka kacau saya ni ? "

Dia mahu tahu siapa Zhafran .

" bagi saya explain . Saya ni Zhafran Hairi . Tunang awak . Ingat tak ? "

Dia tidak ingat .

" apa bukti awak tunang saya ? "

" gambar ni . "

Zhafran menunjukkan gambar ketika mereka bertunang . Nasib baik dia sempat ambil simkad selepas Shazwir pergi dari hospital tempoh hari .

Raihana bingung melihat gambar itu . Seorang wanita dalam lingkungan 40 - an . Menyarungkan cincin pada jarinya . Dan di situ ada Zhafran juga .

Dia tiba - tiba rasa sakit kepala .

" Rai . Kenapa ni ? "

" awak jangan dekat dengan saya . Saya tak percaya awak . "

" mari saya tolong awak . "

Dia menolong memimpin Raihana pergi ke kereta . Dia sudah letak kereta di sebelah kereta Raihana .

" tolong percaya kat saya . Saya tak tipu . Kita memang dah bertunang . Saya dah buat silap besar kat awak . Saya nak betulkan balik . "

" apa awak dah buat ? "

Belum sempat Zhafran menerangkan . Tangan Raihana ditarik Shazwir . Mana ada mereka , Shazwir pasti ada .

" apa Rai buat dengan lelaki ni ? Abang dah kata jangan dekat dengan dia . "

" abang . "

Raihana terkejut . Abang Shazwir tahu dia ada di sini .

" aku tahu aku dah buat silap kat dia . Tolong maafkan aku . Aku nak betulkan balik kesalahan aku kat dia . "

' apa dah dia buat kat aku ni ? '

" kau tak payah nak minta maaf dengan aku atau Rai . Sampai bila - bila pun . Family kami takkan maafkan kau . Kau kena ingat . Semua ini berpunca dari kau sendiri . "

Tak ada guna bercakap dengan Shazwir . Dia tetap dengan pendiriannya .

" abang , apa sebenarnya dia dah buat kat Rai sampai abang tak suka kat dia ? "

Shazwir tidak menjawab soalan itu . Dia menarik Raihana masuk ke kereta dia .

" abang , lepaskan tangan Rai . Rai nak dengar penjelasan dia . "

" Shaz . "

Zhafran mahu jelaskan semuanya pada Raihana . Satu tumbukan melayang pada wajah Zhafran .

" awak ! "

Raihana cuba mendapatkan Zhafran . Tapi dihalang oleh abang Shazwir .

" Rai dengar cakap abang , dia ni orang jahat . Sebab dia Rai jadi macam ni . Apa yang susah sangat Rai nak dengar cakap abang ? Dah jom kita balik . Dan kau Zhaf , kalau aku dapat tahu kau kacau Rai lagi . Aku takkan teragak - agak nak hantat orang buat lagi teruk kat kau . "

Shazwir bawa Raihana pergi dari situ . Zhafran kesal . Dia belum sempat jelaskan semuanya pada Raihana .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience