BAB 43

Romance Series 6325

' mana nak cari Zhafran ni ? '

Dia asyik mundar - mandir dalam bilik . Fikirkan cara hendak mencari Zhafran . Sebenarnya , dia tidak tahu hendak mula dari mana .

Dia mengambil satu teddy bear yang paling besar . Dia berkata - kata dengan teddy bear itu .

" mana awak Zhafran ? Menyusahkan sayalah . Saya kena cari awak . Awak tahu tak ? "

Dia menumbuk - numbuk patung itu . Melepaskan kekesalannya pada teddy bear itu .

" arghh ! "

*
* *

Bob masuk ke dalam bilik Raihana . Dia sebenarnya mahu meminta bantuan . Raihana memusingkan kerusi membelakangi Bob . Dia sedang memegang telefon pintarnya .

" hrm , cik Raihana . "

" eh , dari bila awak ada kat sini ni ? "

Serta merta Raihana menutup telefon dan memusing kerusi menghadap Bob . Dia cuba sembunyikan sesuatu .

" baru je . "

" ohh, okey . Ada apa ? Ada masalah ke ? Nak saya periksa . "

" tak ada apa - apa cik . Saya .. "

" ada apa ? "

" saya nampak apa cik tengok tadi . "

Nampaknya dia tak boleh sembunyikan lagi . Bob dah nampak .

" hmm , cik ada apa - apa nak cakap dengan saya ke ? "

Bob duduk dihadapan Raihana . Mungkin Raihana ada sesuatu yang hendak dikatakan .

Tapi dari tadi Raihana berdiam saja .

" cik sebenarnya nak kat Encik Shazwir atau Encik Zhafran ? "

Raihana mengangkat kedua bahu . Entah tak tahu .

" jangan kata cik nak pilih dua - dua . "

" saya bukan gelojoh sangat lah . Saya cuma keliru dengan perasaan sendiri . "

" kalau saya kata cik Raihana marah tak ? "

" cakap je . Apa dia ? "

" cik sayangkan Encik Zhafran kan ? "

Raihana mengangkat kedua belah bahu . Entah tak tahu .

" kalau cik tak sayang dia , cik takkan tengok gambar dia tadi . "

" saya peninglah . Saya dah terlanjur berjanji dengan Puan Salmiah . Saya janji akan cari Zhafran . Sekarang mana nak cari dia ! "

" cik call lah dia . "

' takkan aku nak call dia pula . '

" cik ni sebenarnya ego tau . Cik dibelenggu kejahatan yang pernah Encik Zhafran buat pada cik . Cik tak boleh nak maafkan . Sebab tu cik taknak cakap yang cik sebenarnya sayang kat Encik Zhafran tu . "

Dia nak jadi isteri orang . Sepatutnya dia tak fikir pasal Zhafran sekarang . Lantak dia lah nak hilang ke mana .

" cik tak sayangkan Encik Shazwir macam mana cik sayang Encik Zhafran walaupun memori cik dan Encik Zhafran tu dah hilang . Tapi memori tu masih ada pada dia . "

" lepas saya cari dia , saya akan kahwin dengan Shazwir . Tak nak fikir pasal dia lagi . Dia dah kerap ganggu fikiran saya . "

" i told you just now . Cik Raihana loves Encik Zhafran . Can you accept it ? "

" awak ni nak ceramah saya pula kat sini . Kerja dah siap ke ? "

" saya datang ni nak minta tolong cik . Tapi tak apalah , tak jadi . Okey , saya nak sambung kerja dulu erk . "

Sabar sajalah melayan karenah Bob . Hmm , nasih saja dia ni boleh diharap . Tapi kalau difikirkan semula , betul juga kata Bob .

' dahlah , Rai . Kau ni dah nak kahwin , tapi masih lagi fikirkan pasal orang lain . Patutnya kau fikir pasal bakal laki kau tu . Apa agaknya dia buat ? '

Raihana mendail nombor telefon Shazwir . Kesian bakal suami dia tu , tak dipeduli kebelakangan ini .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience