BAB 1

Romance Completed 5442

Marcella menghempaskan pintu kereta kuat. Sebenarnya hari ini dia tak nak balik rumah. Pasti isu berkaitan tradisi itu akan diungkit oleh keluarganya. Tapi, untuk mengelak memang tak boleh langsung.

Marcella menolak pintu utama itu. Terkejut dia melihat papa dan mamanya menunggu dengan wajah teruja. Ah! Dah agak.

"Sayang, kenapa lambat balik ni?" tanya Riana. Menarik tangan anaknya itu dan duduk di sofa ruang tamu. Marcella hanya ikut.

"Ermm. Ada aktiviti kelab kat universiti tadi, ma." Terang Marcella perlahan. Kay, ayahnya hanya tersenyum memandang anaknya.

"Baguslah. Tapi sayang kena rehat. Esok birthday sayang tau. Kena rehat. Lagipun sayang kena jumpa bakal suami sayang" ujar Riana. Teruja dan mengenggam tangan anaknya erat.

Marcella mengeluh. Dari bulan lepas perkara itu diungkit buat dia rasa menyemak. Balik balik perkara itu diungkit.

"Erm. Mar tahu, ma. Thanks. Mar nak naik atas ma. Nak rehat. Letih" sering kali alasan ini digunakan untuk mengelak dari isu itu. Ya! Kalau dah kritikal sangat boleh gila.

Kay dan Riana sama mengangguk. Marcella bangun dan berjalan menuju ke tingkat atas. Masuk dalam bilik, pintu dikunci sebelum menghempaskan tubuh ke katil.

Kahwin, kahwin dan kahwin. Perkataan itu diulang beberapa kali dalam fikirannya. Seolah olah dia akan lupa perkataan itu. Kenapa nenek moyangnya perlu cipta tradisi yang menyusahkan hidupnya? Mata dipejam seketika.

Mengikut ramalan nenek moyang mereka, tradisi ini merupakan takdir. Takdir pasangan seumur hidup. Hidup melalui zaman perkahwinan ketika berumur 21. Tapi dia, bagaimana nak lalui kalau lelaki yang ditakdirkan dengannya itu pun tak kenal.

Mamanya hanya beritahu lelaki itu adalah dari keluarga Macz. Dia tak pernah tahu pun keluarga itu punya anak lelaki sama umur dengannya. Susahnya takdir hidup. Marcella mengeluh.

Entah berapa kali melepaskan nafas berat, dia akhirnya terlelap. Menanti hari esok yang dia tak pernah impikan untuk datang.

****

Matteus menanti kehadiran seseorang di taman permainan itu. Jam sudah menunjukkan pukul 10:30 malam. Tapi kelibat itu langsung tiada tanda nak muncul. Matteus mengeluh. Menunggu dari pukul 6:30 petang tadi sampai sekarang buat dia berputus asa. Tak guna dia menunggu orang yang tak sudi.

Matteus berpaling. Mengatur langkah dengan hati yang sakit. Sakit kerana mengharap. Air mata lelakinya ingin tumpah. Tabah Matt.

"Tunggu!!" jeritan kecil dan pegang pada lengan itu buat dia segera menoleh. Serentak jantungnya berdegup kencang melihat wajah di depannya. Dia datang!!

Carol termengah mengah. Berlari dari rumahnya ke sini memang memenatkan walaupun tak jauh. Tapi, pegangan pada lengan Matteus tak dilepaskan. Dia menarik nafas beberapa kali. Semput.

"Ca..Carol" tergagap Matteus menyebut nama gadis itu.

"Ma..Maaf aku lambat. Ak..Aku lupa" jujur Carol akhirnya. Dia memandang anak mata Matteus. Matteus bagai berdepan hukuman. Takut menentang itu. Bagai ada penyakit jantung dibuat gadis itu.

"Tak apa. Asal awak datang, saya dah gembira" ujar Matteus. Carol tersenyum. Lega.

"Baguslah. Jadi, kenapa awak nak jumpa saya? Ada hal penting ke Matteus?" tanya Carol. Dia melepaskan genggaman pada lengan lelaki itu dan duduk di bangku disediakan di situ. Matteus jadi panik. Ayat yang dia susun dah bertabur.

"Errmm..Ermmm..Saya.." Matteus menyumpah dii dalam hati. Kenapa ayat begitu susah keluar dari bibirnya. Carol tiba tiba ketawa.

"Awak comellah Matteus. Macam sekolah rendah dulu" ujar Carol. Matteus terdiam. Melihat gadis itu ketawa buat dia terpaku.

Gadis itu dia suka sejak zaman sekolah rendah. Satu senyuman yang Carol berikan kepadanya dulu buat dia jatuh cinta kali pertama. Sejak kejadian itu, dia memerhatikan Carol. Sehingga sanggup berusaha untuk dapat keputusan yang baik supaya sama kelas dengan Carol. Sampai sekarang.

Carol cantik dan comel di mata orang memandang. Walaupun hanya dipandang dari jauh, senyuman gadis itu cairkan hati orang melihat. Oleh itu, Carol istimewa di mata Matteus. Melihat cara gadis itu berpakaian, sangat cantik walaupun hanya pakai tshirt dan jeans.

"Matteus, awak nak cakap apa? Kenapa diam?" tanya Carol. Matteus diam.

Anak mata, hidung, mulut dan segala galanya begitu sempurna di mata Matteus. Oleh itu, dia nekad untuk luahkan perasaan yang dia simpan sejak 10 tahun lalu. Dia mesti!!

"Matteus?" panggil Carol. Hairan melihat Matteus diam. Matteus tundukkan wajah buat dia terpaksa cari. Matteus angkat wajah tiba tiba. Memandang Carol dengan penuh makna.

"Matt..."

"Saya suka awak"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience