Matteus pandang rumah di mana dia bersama isterinya. Tempat dia tengok Marcella ketawa, sedih, merajuk, semuanya berkaitan dengan gadis itu.
Matteus keluar dari kereta. Sebak dadanya. Dia rindu nak sambut kedatangan Marcella dari U di halaman rumah ini. Dia rindu wajah penat isterinya. Pendek kata, semua pasal isterinya.
"Oh, kamu Matteus. Bila sampai? Lama dah ke?" tanya Nek Inah dari belakang. Dia segea menoleh.
"Tak lama nek. Baru je. Papa dan Mama ada kat dalam tak nek? Matteus nak jumpa" ujar Matteus sambil tersenyum tawar.
"Oh. Tadi puan ada kat dapur. Tuan pula ada kat ruang tamu. Kamu masuklah. Tak elok lama lama kat luar. Masuklah nak" pelawa Nek Inah.
"Terima kasih nek" ucap Matteus. Lemah benar suaranya. Nek Inah hanya tersenyum. Dia tahu situasi Matteus. Sesiapa pun akan terluka. Tapi dia hanya luar, untuk masuk campur dia langsung tak mahu.
Matteus ikut jejak Nek Inah. Suasana di dalam rumah itu suram. Tiada gelak tawa, tiada jeritan, tiada suara. Sunyi sepi seperti tiada penghuni. Matteus menuju ke ruang tamu. Dia melihat Kay termenung. Apakah yang difikirkan oleh lelaki itu? Anaknya?
"Papa?" panggil Matteus. Kay terkejut lantas menoleh. Lama pangilan itu tak singgah di telingannya. Dia rindu. Melihat Matteus, dia tersenyum tapi hambar.
"Matteus, kenapa tak cakap dengan papa nak datang? Duduklah nak" ajak Kay kepada menantunya. Matteus menurut sebelum duduk bertentangan dengan Kay.
"Papa sihat?" Matteus mulakan bicaranya.
"Sihat tua ni Matteus. Matteus sihat? Papa mama kamu?" tanya Kay.
"Sihat semuanya pa" jawab Matteus ringkas.
"Baguslah kalau macam tu pa. Matteus gembira. Sekurang kurangnya taklah nanti Mar risau" ujar Matteus. Bergetar suaranya. Kay terkejut. Dia terdiam. Dia rasa bersalah.
"Papa minta maaf susahkan Matteus. Papa tak patut kahwinkan kamu dengan Marcella yang tak tahu hargai kamu tu. Papa kesal tak dapat didik dia dengan baik" ujar Kay. Dia tunduk. Matteus mengeleng.
"Kalau papa nak salahkan Mar, tolong jangan. Dia tak salah. Saya salah pa" ujar Matteus. Kay terdiam.
"Matteus sayang dia pa. Sepenuh hati. Cuma saya bodoh tak buka hati nak hargai dia, faham dia pa. Semuanya salah Matteus. Kalau Matteus tak jatuh cinta pada orang lain semuanya takkan jadi pa" jelas Matteus. Airmatanya mengalir perlahan.
"Apa kamu cakap ni? Kamu jangan salahkan diri begini" tegur Kay. Entah, kenapa dia pula yang rasa bersalah.
"Saya memang suami yang tak guna pa. Saya bercinta dengan orang lain walaupun ada isteri. Kalau papa nak tahu, Mar sanggup jadi orang tengah nak satukan saya dengan Carol selepas kami kahwin. Saya gembira masa tu. Tapi, siapa boleh lawan takdir. Saya jatuh cinta pada dia pa. Sayang dia" luah Matteus. Kay terkelu. Itukah cerita di sebalik perkahwinan anaknya selama ini?
"Tapi pa, dia tak bagi Matteus jaga dia. Dia bawa diri sakit. Pa, Matteus curang. Semua ni salah Matteus. Papa jangan marah dia ya. Dia anak baik pa" ujar Matteus. Tersendu dia menangis.
"Cukup! Papa tak nak dengar kamu cakap macam tu. Dia tahu dia dah kahwin, kenapa dia nak tinggalkan kamu suami dia tanpa kata? Kenapa dia hanya tinggalkan surat pada kamu dan pergi luar negara dengan lelaki lain? Papa malu dengan sikap dia Matteus. Papa kecewa" kata Kay.
"Dia bukan pergi sesuka hati dia pak cik. Bukan juga suka suka dia nak tinggalkan orang yang sayang di Malaysia. Dia pergi kerana impian dan cinta dia" ujar suara dari belakang. Mereka menoleh. Flo dan Sha.
"Maaf kami datang tiba tiba. Tapi ini amanah pak cik" ujar Sha. Tiada senyuman di wajahnya.
"Apa maksud kamu" tanya Kay. Matteus berkerut dahi.
"Tiada anak suka dibuang keluarga. Tiada anak yang sanggup tinggalkan keluarga kalau tak dihalau pakcik. Kalau pak cik hanya nak halau dia sebab pergi kerana ikut lelaki, pak cik silap besar" ujar Flo. Tak dapat ditahan lagi. Hari ini semuanya dijelaskan. Kay terkaku.
"Mar hampir batalkan penyertaan pertandingan memanah sedunia. Pak cik tahu tu impian dia dari kecil. Tapi, dia sanggup batalkan. Demi pak cik. Dia sayang keluarga dia. Dia sayang pak cik" ujar Flo.
"Kenapa dia... " kata Matteus tak dapat diteruskan.
"Tapi, untuk apa dia nak terus di sini. Orang dia cinta beralih hati. Kau tahu dia sanggup tinggalkan Malaysia hanya sebab nak kau bersama Carol. Siapa pun akan kecewa kalau disangka menjadi punca kau putus dengan Carol. Dia salahkan diri punca kebahagian kau putus" ujar Flo. Cukup menusuk. Matteus terpempam.
"Kau sangka dia pergi dengan Fiq sebab dia cinta Fiq, kau silap besar. Memang benar Fiq pernah luahkan perasaan tapi dia lebih utamakan hubungan korang. Fiq hanyalah pembantunya di sana" ujar Flo lagi. Matteus kutuk diri.
"Mesti kau gembira kan kau dapat kahwin dengan orang yang kau cinta sepenuh hati itu. Taniah" ucap Flo. Kay terkejut.
"Benarkah Matteus?" tanya Kay. Dia mengurut dada.
"Matteus tak nak dengan permpuan tu. Aku tak cintakan dia lagi dah. Matteus nak Mar. Aku cinta dia. Kenapa? Mama paksa Mattues kahwin dengan dia" rintihan itu buat orang lain diam.
"Tak ada makna kau merintih macam ni. Mar tak balik sini lagi melainkan keluarga pak cik perlu dia. Marcella ada tinggal ni untuk kau" ujar Flo sambil serahkan sampul surat kepada Matteus. Matteus cepat cepat buka. Hampir pitamnya melihat surat cerai di tangannya. Dia terkaku.
"Tak...tak...ini bukan Mar hantar. Bukan. Kau salah Flo" ujar Matteus sambil mengeleng. Sampul itu dilepaskan. Flo dan Sha hanya pandang. Simpati dan kasihan itu memang ada.
"Maaf. Aku tak dapat buat apa. Kami hanya orang luar. Pak cik, kalau pak cik sekeluarga masih ingat biarpun sedetika. Dia harap sangat dia pak cik tengok dia dalam pertandingan tu. Dalam televisyen pun dah cukup baginya. Beberapa jam lagi dia masuk pertandingan. Itu pun kalau pak cik sudi" ujar Flo. Kay tak mengangkat muka. Anak aku!
"Kami minta maaf pak cik kerana terkasar. Kami hanya sampaikan pesanan" ujar Flo sebelum tarik tangan Sha. Air matanya menuruni laju. Mar, bukan aku je sayang kau. Matteus terkaku. Tangisan seorang bapa buat hatinya terluka. Sakit. Hilang tanpa sempat dia halang.
Share this novel