BAB 27

Romance Completed 5442

Matteus dah macam kerang busuk je. Marcella pandang dia pun kecik besar. Sukalah tu nak usik orang.

"Sayang! Tunggulah. Ish! Cepatnya dia berjalan" Matteus mengejar isterinya di lapangan terbang. Bukan main gembira dia apabila Marcella menyimpan pakaian dan memberitahunya nak balik Malaysia pagi tadi.

"Sayang!" jeritnya lantas menarik lengan Marcella.

"Kau nak apa ni? Ish! Ni tempat awam tahu tak?" ujar Marcella tanda tak selesa.

"Tahu. Kenapa dengan sayang ni? Macam tak suka je. Terpaksa ke ikut balik Malaysia?" tanya Matteus. Carik hatinya melihat Marcella langsung tak memandang.

"Kalau tepaksa, kau boleh terus tinggal sini. Aku tak paksa kau pun. Aku tahu kau balik Malaysia sebab nak tolong aku je kan?" duga Matteus. Kali ini Marcella menoleh.

"Kau sangka aku terpaksa? Kalau aku terpaksa, aku takkan kemas sendiri semua barang aku pagi tadi" ujar Marcella. Kedengaran suara memberitahu penerbangan sebentar lagi.

"Habis, kau marah sebab apa? Sebab malam tadi ke?" tanya Matteus buat Marcella berhenti melangkah. Hampir sahaja Matteus langgar. Kalau terlanggar tadi, rasanya sekelip mata Marcella tak nak balik Malaysia.

"Pasal malam tadi,...kau jangan berani ungkit sampai Malaysia. Kau faham?!" tajam pandangan Marcella. Matteus angguk. Garang macam dulu. Tapi pemalu. I Like It.

"Sayang" panggil Matteus sambil berjalan beriringan.

"Jangan panggil aku macam tulah"

"Kenapa...malu eh?" tanya Matteus tersenyum nakal. Memang nak kena kau. Tunggulah.

"Sayang" makin galak Matteus mengusik.

"Cik, sila tunjukkan passport" ujar polis di depan. Pada masa ini, Matteus membisikkan sayang berkali kali dengan lembut. Uh! Meremang bulu roma.

" Cik? "

"Diamlah!" bentak Marcella buat ketawa Matteus terletus. Terkejut polis itu.

"Ah! Maaf encik. Saya marahkan dia. Bukan encik" Marcella betulkan keadaan. Naya kalau polis marah.

" Tak apa. Passport encik pula?" ujar polis itu lagi. Matteus tak habis dengan ketawanya. Comel isterinya. Bahagia menyapa diri.

*****
Matteus kehairanan apabila Marcella melindungi wajahnya menggunakan topi. Dah kenapa pula bini aku ni?

"Sayang, kenapa tutup muka tu. Takut ya nak jumpa mama papa? Takpa, mereka tak ada kat sini. Abang belum beritahu" ujar Matteus.

"Sibuklah kau. Bukan pasal tulah" ujar Marcella.

"Habis tu, sayang masih malu pasal malam tadi lagi ke? Sayang tolong, itu tak sengaja" berkali kali Matteus ulang. Marcella ketap bibir geram.

"Yah! Aku bukan malu pasal tulah. Kau ni dah kenapa eh! Tu bukannya hal besar pun" tinggi suara nya. Tak faham bahasa laki kau. Orang ramai pandang mereka.

"Kalau macam tu, sayang dah terimalah ya. Sayang!" Matteus betul betul angau dengan bini. Yalah, setahun tak jumpa. Marcella mahu dipeluk. Gila! Di lapangan kapal terbang? Agak agaklah wei.

Akibat menolak Mattues, topinya jatuh. Orang yang memerhati cuba mengenalinya. Tak sampai lima minit..

"Ni...Cik Marcella ke? Pemenang memanah sedunia tahun lepas?" tanya perempuan di depan mereka. Matteus dan Marcella berhenti dengan aksi mereka.

"Ah...errr...saya ni..."

"Saya nak jadi macam Cik Marcella. Saya pun minat memanah. Saya harap nanti saya juga boleh jadi atlet memanah macam cik" ujar perempuan itu panjang lebar. Marcella tersenyum. Matteus ternganga. Bagaimana dia boleh lupa isterinya itu popular.

"Yakah! Saya doakan awak berjaya. Jangan mudah putus asa dan lupakan impian awak"

"Baik! Saya akan turuti. Kalau cik nak tahu, tengok awak menangis gembira setelah berjaya, saya turut menangis. Lepas tu, saya tunggu cik balik Malaysia, tapi tak ada. Tak sangka dapat jumpa hari ini" terang perempuan itu. Marcella tersenyum. Andai dia tahu itu tangisan kesedihan.

"Terima kasih. Tapi saya terus tinggal kat sana sebab banyak lerkara perlu urus di sana" ujar Marcella. Perempuan itu hanya senyum sambil mengangguk sebelum pandang Matteus di sebelah.

"Ni siapa Cik? Nampak rapat dengan Cik" ujar perempuan itu.

" Saya? Kalau awak nak tahu, sayalah sua..."

"Bodyguard" jawab Marcella ringkas sambil tutup mulut Matteus guna tangan. Bulat mata Matteus dengar. Perempuan itu tersenyum melihat mereka.

"Bodyguard dan suami kan?" duga perempuan itu. Marcella terlopong manakala Matteus dah melompat gembira. Siap buat highfive lagi dengan perempuan itu.

"Cantiklah adik ni" puji Matteus sebagai ganjaran. Matteus pandang isterinya. Erk! Merah menahan marah muka isterinya. Tapi Matteus tersenyum bahagia kepada isterinya. Merah tanda cinta Matteus pada Marcella.

Angau betul Matteus ni

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience