BAB 9

Romance Completed 5442

"No way!" jeritan itu mengejutkan Matteus di sebelah. Terpisat pisat matanya mencari wajah Marcella. Marcella yang dah tarik muka geram sambil pandang telefon di sebelah di pandang hairan.

"Oh! Kau dah bangun?" tanya Marcella. Dia melepaskan telefonnya lalu menuju ke arah Matteus yang sedang baring di katil.

"Mar..." panggil Matteus. Masih kurang sedar. Marcella tak jawab hanya pandang. Matteus pandang sekeliling. Ni bilik aku kan? Matteus tiba tiba terjun dari katil. Terkejut Marcella dibuatnya.

"Kau dah kenapa?" tanya Marcella. Macam lihat hantu pun ada.

"Aku kat rumah aku kan? Macam mana kau boleh masuk rumah aku?" tanya Matteus.

"Macam mana? Mama kau suruh aku masuk" jawab Marcella selamba. Matteus terlopong. Mama?!

"Ke..Kena.."

"Kau tanya kenapa? Hari ni tak ada alasan kau boleh diterima. Kau pergi mandi sekarang. Dah pukul 9, pun belum bangun. Dah 2 jam aku tunggu tau" bebel Marcella ringkas.

"Eh? Kita nak pergi mana?" tanya Matteus. Mamai lagi kot. Marcella geram. Terus dicapai bantal lalu dibaling ke arah Matteus. Matteus mengaduh sakit apabila bantal itu terkena tepat di kepalanya.

"Kau jangan nak menolak hari ni. Semalam kau kata Carol sibuk. Hari ni ahad. Tak ada sebab dia sibuk. Kita pergi jumpa your lovely couple. Sweet tak?" ujar Marcella.

"What?! Eh? Tapi aku belum beritahu lagi." Ujar Matteus. Marcella bercekak pinggang.

"Kau pergi mandi sekarang. Jangan banyak tanya. Aku turun dulu" ujar Marcella.

"Tapi Mar..."

"Bye" Marcella hilang di sebalik pintu. Matteus menepuk dahi. Marcella, kejap lagi boleh gila aku!

****
Matteus menuju ke arah dapur apabila mendengar suara Marcella dari arah itu. Tekaannya tepat apabila Marcella sedang berbual dengan Lina dan Sean.

"Oh! Dah siap Matteus?"ujar mamanya. Marcella menoleh. Hmmm, simple but perfect. No wonder kalau orang keberatan nak lepaskan lelaki itu.

Matteus mengangguk sebelum duduk di sebelah Marcella. Kopi yang masih berasap nipis dituang ibunya dicapai.

"Kamu berdua nak pergi mana ni? Dating ke?" tanya Lina.

Hampir tersembur kopi dari mulut Matteus. Marcella hampir tersedak roti bakar. Serentak mereka terbatuk. Sean dan Lina hanya mengeleng. Matteus dan Marcella saling berpandangan.

"Ya, Ma. Dating. Nak kenal lebih lagi" Matteus bagi alasan. Marcella biarkan je.

"Hah! Baguslah. Bila Mar nak pindah sini?" tanya Lina. Terbeliak mata Matteus dan Marcella. Biar betul.

"Ma..."

"Tak pasti lagi kerana belum tentu saya yang jejak kaki ke sini" ujar Marcella tanpa sempat Matteus jawab.

"Maksud kamu..." Tanya Lina. Sean turut kehairanan.

"Ah! Kami dah lewat. Kami pergi dulu ya mak..Eh! Mama, papa"ujar Marcella lantas tersenyum. Dia bangun sambil tunduk seketika. Lina dan Sean tak mampu berkata hanya mengangguk. Matteus ikut jejak Marcella.

Masuk dalam kereta, Marcella meraup wajah. Apa aku buat ni? Kenapa hati aku rasa sakit? Tak salahkan apa yang aku dah buat? Aku nak satukan mereka. Matteus tak cintakan aku. Carol wajar jadi menantu keluarga Macz.

"Mar! Apa kau dah buat ni? Kau hampir bongkarkan rahsia tau tak" tegur Matteus sebaik saja masuk kereta Marcella. Marcella tak pandang Matteus.

"Bukankah lebih baik kalau mereka tahu awal" ujar Marcella. Matteus mengeluh.

"Tak salah. Tapi aku tak suka. Aku masih tak dapat pastikan lagi perasaan sebenar Carol"ujar Matteus. Marcella pandang Matteus.

"Kau tak pasti lagi? Habis selama ni kau couple dengan kau tu apa perasaan? Bosan?" duga Marcella.

"Mar, aku luahkan perasaan aku malam sebelum perjumpaan kau dan aku. Tak sampai sehari pun aku luahkan perasaan. Macam mana aku nak pasti" ujar Matteus. Marcella terdiam sebelum tunduk. Dia betul betul benci tradisi ini.

"Kita kena cepatkan perceraian ini. Aku tak suka cinta korang hilang hanya sebab tradisi bodoh ini" kata Marcella akhirnya. Matteus pandang Marcella.

"Aku tak salahkan kau"

"Tapi aku salahkan diri sendiri. Sepatutnya kau kahwin dengan Carol sekarang. Kau telefon Carol. Jumpa kat shopping complex" arah Marcella. Enjin kereta dihidupkan. Matteus diam.

Marcella terlalu baik. Gadis itu sentiasa berusaha menyatukannya dengan Carol. Dia selesa dengan Marcella. Tapi, dia langsung tak boleh buat apa apa untuk gadis itu.

"Mar, terima kasih" ucap Matteus. Itu je yang mampu dia lakukan sekarang. Marcella tak menoleh dan tak jawab. Sakit! Kenapa perlu sakit?!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience