BAB 16

Romance Completed 5442

Marcella mengeluh. Beberapa kali. Dia dalam kereta. Tak nak keluar. Dahinya dipegang. Berdenyut denyut. Tertekan dan stres. Pengakuan Fiq tadi menambahkan lagi beban yang sedia ada.

"Dah lama Mar. Aku simpan je perasaan ni. Aku tak nak nanti kau benci aku. Tapi, sekarang aku terpaksa luahkan. Aku...Aku tak tahu. Aku sebenarnya risau sejak bertentang mata dengan sepupu kau. Seolah olah dia akan ambil kau dari aku"

Kata kata Fiq menerjah kembali kepalanya. Marcella rasa nak menjerit. Melepaskan segalanya. Marcella tunduk. Kepalanya diletakkan atas stereng kereta.

Bunyi ketukan pada cermin memaksa Marcella yang hampir terlelap itu mengangkat kepala. Matteus berwajah risau memandangnya. Ya! Sejak kedatangan lelaki ini hidupnya huru hara. Marcella baru menurunkan cermin kereta, tapi Matteus sudah masuk kereta dan duduk di sebelah Marcella. Terbuntang mata Marcella dibuatnnya.

"Kenapa kau tak masuk dalam. Bahaya tahu tak tidur dalam kereta. Dahla tutup cermin" bebel Matteus. Marcella hanya mencebik.

"Kau buat muka macam tu lagi, siap!" ugut Matteus. Marcella pandang wajah Matteus.

"Macam mana kau boleh kat sini? Bukan kau duduk kat rumah kau ke?" tanya Marcella.

"Ini rumah akulah" ujar Matteus lantas tersenyum penuh makna. Marcella menoleh ke luar. Rumah akulah ni. Marcella pandang Matteus lagi.

"Kenapa? Hairan? Dear, i'm your husband okay. So, remember" ujar Matteus. Marcella diam lagi.

"Kau ada jumpa Carol?" tanya Marcella. Berubah terus riak Matteus. Marcella tersenyum sinis. Rindulah tu.

"Tak dan aku takkan jumpa dia lagi" ujar Matteus. Mati terus senyuman Marcella.

Matteus pandang wajah gadis itu. Pucat dan tampak kusut. Dia agak ini mesti berpunca darinya. Matteus tiba tiba mencapai tangan Marcella lalu digenggam erat. Marcella terkejut lalu menarik tangan tapi gagal apabila Matteus kemaskan lagi pegangan itu.

"Apa ni? Lepaslah!" ujar Marcella kasar.

"Maaf kerana tiba tiba. Aku bukan main main Mar. Kalau kau tanya sejak bila aku cintakan kau, aku tak tahu. Yang penting, aku cemburu bila nampak kau dengan orang lain. Macam..Macam orang itu akan rampas kau dari aku" luah Matteus. Ya! Itu apa yang dia rasa selama ni. Marcella terpempam.

"Apa kau cakap ni? Kalau Carol tahu, kau..."

"Dia tiada kaitan dengan kita. Dia cerita dulu. Kau masa depan aku. Jangan ungkit pasal dia" ujar Matteus tegas.

"Dia cintakan kau" ujar Marcella. Sebak hatinya. Dia tak tahu apa yang dia harus kata. Luahan itu kedengaran ikhlas.

"Aku cintakan kau" ujar Matteus. Tak dapat ditahan, Marcella menangis. Air matanya mengalir laju di pipinya. Aku pun cintakan kau. Cinta sangat. Matteus terkejut sebelum memeluk erat gadis itu. Dia turut sebak. Marcella tak menolak.

"Kau hiporkit Matteus. Kau memang hiporkit. Kau buat cinta macam mainan. Kenapa? Aku tak nak kau berpisah dengan dia" ujar Marcella dalam tangis.

Matteus melepaskan pelukan dan memandang wajah Marcella. Bagaimana dia harus kata lagi agar gadis itu percaya? Dia sendiri tak sangka begitu senang cintanya berpaling pada Marcella selepas lama menyimpan perasaan pada Carol.

"Ya! Aku akui aku hiporkit. Aku hiporkit sebab kau. Aku betul betul cintakan kau. Terpulang pada kau untuk percaya. Tapi, aku ikhlas. Aku sendiri tak sangka untuk jatuh cinta pada kau. Tolong jangan tinggalkan aku. Tolong" ujar Matteus. Marcella terkejut apabila terpandang air mata Matteus menitis di pipi itu.

"Kenapa aku perlu dijodohkan dengan kau? Kenapa bukan dengan orang lain atau Carol? Kalau tak, aku takkan jatuh cinta kat kau. Aku benci semua ni" ujar Marcella sambil tunduk. Air mata masih mengalir dilap. Matteus terpempam.

"What? Repeat. You love me?" tanya Matteus. Marcella tak jawab. Matteus tiba tiba menjerit. Marcella dipeluk erat lagi. Bahagianya dia. Bahagia. Marcella mampu tersenyum tapi ada sesuatu menganggu fikirannya sekarang.

"Tapi, tolong bagi masa untuk aku. Aku...Aku tak pasti kau.."

"Ambillah masa Mar. Semuanya hak kau. Dengar kau cakap kau cintakan kau dah cukup. Aku bahagia. Terima kasih" ujar Mattteus yang sudah mampu tersenyum lebar.

Marcella tersenyum. Entah, kenapa dia ragu ragu? Dia tak nak terlalu mengharap. Dia belum beritahu Matteus tentang luahan Fiq. Marcella pandang wajah Matteus yang tersenyum lebar sambil luahkan kata cinta tika itu. Dia tak sanggup lepaskan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience