Matteus melangkah malas masuk ke dalam rumah itu. Dia sendiri masih tak percaya. Dalam fikirannya hanya ada Carol. Kalau gadis itu tahu akan pertemuan jodoh dengan perempuan yang dia sendiri tak kenal, dia tak dapat jangka reaksi. Carol. Carol. Carol.
"Matt mari masuk. Mar dah lama tunggu tu" ujar Sean, ayahnya. Mar? Nama bakal isterinya kah? Matteus hanya mengangguk sebelum menurut masuk. Bagaimana rupa isterinya nanti? Ah! Dia hanya inginkan Carol.
"Sampai pun. Jemputlah masuk. Kay dah tunggu kat ruang tamu tu dengan Mar" ujar Riana yang menyambut kedatangan mereka. Matteus hanya beri senyuman pada BAKAL MAK MERTUA nya itu.
"Abang pergilah dulu dengan Matt ya. Saya nak tolong Riana" ujar Lina. Ibu Matteus.
"Eh? Tak apalah. Awak kan tetamu" tolak Riana. Segan apabila tetamu menolong.
"Tak apalah. Lagipun tak lama lagi kita akan jadi family" ujar Lina lantas tersenyum. Riana tak dapat mengelak. Matteus telan liur. Keluarga? Akhirnya, dia berlalu pergi. Mengikut jejak ayahnya. Sampai di ruang tamu, matanya terarah pada satu tubuh asing yang sedang duduk tegak sambil main telefon.
Sedar diri diperhatikan, Marcella mendongak. Mereka sama sama terpaku. Matteus berundur setapak. Dia tak pernah lihat gadis comel seperti itu selain dari Carol selama ini. Rasa seperti melihat Carol sekarang.
Marcella terkejut. Dia rasa seperti pernah lihat lelaki itu. Tapi di mana? Lelaki itu menarik. Gayanya ringkas tapi cukup menarik perhatian. Sempurna. Dia hairan melihat lelaki itu berundur. Inikah bakal suaminya.
"Matt, kenapa kamu berdiri sini. Duduklah di sana. Kita berbual ya" sapaan Riana itu buat Mtteus terkejut. Dia termalu sendiri.
"Err. Maaf mak..cik" ujar Matteus gagap. Masih tak pasti lagi dengan gelaran dia ingin berikan. Riana tersenyum.
"Mama pun boleh" ujar Riana. Matteus diam. Dia kemudian duduk di sebelah Lina dan bertentangan dengan Marcella.
"Dah tiba masa yang kita tunggu kan. Dah besar ya Mar sekarang. Last jumpa masa dia umur 6 tahun bukan? Makin cantiklah anak awak Riana"puji Lina. Marcella tunduk. Bukan malu tapi..Last jumpa masa umur 6 tahun? Mereka dah kenal lama ke?
"Anak lelaki awak pun makin kacak. Dulu bukan main nakal. Sekarang dah makin kacak. Samalah" ujar Riana. Turut memuji. Matteus mencuri pandangan kepada Marcella. Gadis itu diam dan tunduk. Malu kah? Matteus teringat Carol. Carol murah senyuman. Senyuman gadis itu menawan.
"Sayang, perkenalkan diri pada Matteus ya?" sentuhan tangan Riana pada tangannya mengejutkan Marcella. Terbang semua andaiannya. Dia mengangguk.
"Ermmm..Saya..Saya Marcella Erryz. Saya pelajar universiti K2" ujar Marcella sebelum tunduk hormat. Matteus terlopong. Universiti K2?!
"Yakah? Matteus dari sekolah yang sama. Kamu berdua dah kenal antara satu sama lain ke?" Tanya Lina teruja. Marcella pula terkejut. Sama sekolah rupanya. Dia memandang Matteus yang masih terlopong.
"Ta..Tak. Mungkin jurusan lain" jawab Marcella. Lina dan Riana mengangguk.
"Saya dah kenalkan diri. Boleh awak kenalkan diri awak pula?" tanya Marcella.Matteus diam. Dia dalam dunia sendiri.
"Awak? Matteus?" panggil Marcella. Matteus masih tunduk.
"Matteus?" panggil Marcella lagi. Sama juga. Tiada respon.
"Matteus?!" kali ini suaranya lebih tinggi. Baru nak mendongok, kepalanya ditutupi jaket yang berbau wangi. Segera dialihkan.
"Aku tahu kau tak suka semuanya. Sekurang kurangnya, kalau kau tak suka, kau boleh cakap. Aku pun takkan suka kahwin dengan orang macam kau" ujar Marcella.
"Eh?" Matteus terkejut melihat Marcella berdiri.
"Saya takkan kahwin dengan orang yang pekak bisu macam dia ni" marah Marcella. Dengan perasaan geram dan marah, dia berlalu pergi. Sakitnya hati. Dia paling tak suka orang tak layan dirinya. Semua orang di meja terkejut.
"Ah! Maaf dengan tindakan anak saya. Saya akan tegur dia" ujar Riana. Dia tunduk tanda minta maaf. Dia tak menduga tindakan Marcella. Begitu juga Kay.
"Tak apa. Lagipun ini salah anak kami. Dia buat Marcella sakit hati" ujar Lina. Turut kesal. Matteus mengeluh. Salah dia kah?
"Kalau macam tu, biarlah dia pergi pujuk Marcella" ujar Sean. Matteus pandang ayahnya tak percaya. Orang lain terus memandangnya. Matteus mengeluh. Terpaksalah.
Share this novel