"Tulah yang berlaku semalam. The end" ujar Matteus. Dah dapat tarik nafas lega. Tak satu pun tinggal. Matteus pandang Marcella pabila gadis itu diam. Terkejut dia melihat Marcella menekup mulut guna tangan. Wajahnya sungguh teruja.
"How romantic" ujar Marcella. Matteus tersenyum. Sukar dijangka benar sikap gadis di depannya itu.
"Habis tu, sekarang ni korang dah start couple lah?" tanya Marcella. Matteus tak jawab. Couple dengan Carol tapi kahwin dengan Marcella. Bagus!!!
"Errr...Kau tak marah ke Marcella. Selalunya, perempuan akan marah kalau lelaki yang mereka.."
"Marah? Cinta korang ni memang hebat. Macam dalam tv. Sweet. Takkan nak marah. Lagipun kau kata perasaan cinta tu istimewa. Kenapa kau tak kahwin je dengan dia Matteus?" tanya Marcella. Matteus mengeluh.
"Aku dah kahwin pun dengan kau"ujar Matteus mendatar.
"Erk?" Marcella terpempan. Dia turut mengeluh.
"Kerana kau terpaksa kahwin dengan aku, kau lepaskan dia. Sebab tu aku benci semua ni" ujar Marcella. Dah agak pun semua ni sukar bagi mereka.
"Aku tak salahkan kau. Memang tradisi keluarga kita. Aku yang silap sebab jatuh cinta dengan orang lain" kata Matteus. Marcella tak boleh disalahkan sepenuhnya.
"Kau juga tak silap. Jatuh cinta memang istimewa. Untuk jatuh cinta pun tak dapat dikawal. Apa kata kita batalkan perkahwinan ini?" cadang Marcella terus.
"Eh. Tunggu Mar. Mereka takkan terima"ujar Matteus.
"Kenapa?"
"Mama dan papa takkan terima. Kau adalah jodoh aku dari kecil. Tak senang untuk mereka terima Carol" ujar Matteus. Marcella diam. Memandang wajah Matteus.
Takkan dia nak pisahkan gadis bernama Carol itu. Dari cerita pun tahu cinta mereka besar. Marcella bukan manusia kejam untuk pisahkan mereka. Find the way!
"Hey Matteus. Teruskan cinta korang. Buat mama dan papa kau yakin dengan cinta korang" ujar Marcella. Matteus terkejut. Tak mungkin!
"Mustahil!"
"Tak ada yang mustahil. Aku tolong kau"
"Tapi kau..?"
"Aku? Kau jangan risau. Aku okay. Asal cinta korang tak hilang. Lagipun, kau dan aku tak pernah jatuh cinta. Perkahwinan ini tak ada makna pun kalau kita tiada perasaan langsung" ujar Marcella akhirnya.Matteus terpaku. Sanggup?
"Kau serius ke?" tanya Matteus. Tak yakin.
"Kau tak percaya?!" ujar Marcella naik angin. Matteus kecut perut.
"Percaya! Aku percaya!" ujar Matteus cepat cepat. Marcella senyum.
"Tak payah risau. Aku kan ada. Aku akan tolong kau. Okay! Jom balik. Mama dan papa dah lama tunggu kot" ujar Marcella.
Dia bangun lantas menepis nepis seluarnya sebelum melangkah pergi. Tapi tangannya ditarik Matteus. Berdegup hebat jantungnya.
"Ah! Maaf" ujar Matteus sambil melepaskan tangan Marcella. Marcella tak jawab. Jantungnya buat hal.
"Kau nak cakap apa?" tanya Marcella. Mendatar suaranya. Menutup rasa.
"Terima kasih"ucap Matteus. Marcella terpempan. Akhirnya, dia hanya tersenyum mengangguk.
"Good luck" ucap Marcella sebelum pergi. Matteus tersenyum
"Terima kasih kerana faham semuanya, my wife" ujar Matteus sebelum ikut langkah Marcella.
Share this novel