BAB 25

Romance Completed 5449

Marcella terpisat pisat bangun dari katil. Alahai kau, lewat petang baru bangun ya. Marcella memejam celikkan matanya. Kalau boleh dia nak sambung tidur balik. Tapi bila fikir pasal perut yang asyik ber'kiut kiur' tu, gagahkan diri juga nak bangun.

Marcella menuju ke bilik air. Mandi kejap. Balik tadi, letak coat lepas tu pergi tidur. Selesai. Dia bukan selalu dalam rumah. Dia akn kerja di luar waktu pagi dan balik petang.

Marcella keluar dari bilik mandi. Setelah selesai mengenakan T-shirt kelabu dan seluar pendek hitam, dia menuju ke dapur. Nak makan apa eh? Tak benda lain lagilah kalau bukan nasi goreng je. Malas nak masak.

Terkejut mengalahkan beruk dia melihat meja di dapurnya. Terliur pun ada melihat makanan yang terhidang di depan mata. Dia mendekati perlahan lahan. Ishhh, sedap giler ni. Makanan kegemarannya.

"Dah bangun ya?" sergah suara dari belakang. Marcella terkejut lantas menoleh. Mahu pengsan dia melihat manusia di depannya.

"Ka...kau buat apa kat sini...bu...bu..."tersekat sekat suara Marcella. Jantungnya berdegup kencang. Orang tu siap senyum.

"Aku nampak kau letih sangat. Tak sanggup nak bangun. Tu yang aku masak untuk kau. Makanlah" ramah pula dia bercakap. Marcella terlopong.

"Ma...macam mana kau boleh ada kat sini? Ca..Carol mana? Korang buat apa kat sini?" bertalu talu soalannya. Lelaki itu hanya tersenyum.

"Duduklah dulu. Makan. Aku tahu kau lapar" ujar Matteus sambil tersenyum lebar. Berdegup hebat jantungnya melihat cara pakaian Marcella ditambah lagi rindu di dada.

Marcella memandang pelik. Matanya meliar melihat sekeliling rumah. Aik! Mana pula sorang lagi? Takkan dia seorang je? Matteus perasaan riaknya.

"Dia tak ikut. Aku je datang sini. Aku boleh masuk pun sebab kau lupa tutup pintu. Nasib baik aku masuk, kalau pencuri macam mana?" ujar Matteus. Marcella tersenyum sinis. Kejap! Pintu tak kunci lepas tu dia masuk ikut suka mak bapak dia apasal?

"Kalau dia tak ikut, kau buat apa kat sini? Kerja ke? Lagi satu, yang kau datang rumah aku ni kenapa? Macam mana kau tahu ni rumah aku?" bertalu talu soalan diberikan kepada bekas suaminya.

"Nanti aku jawab semua tu. Sekarang ni makan. Aku tahu kau lapar. Sebab tu aku masak. Jom duduk" ajak Matteus. Semua soalan Marcella langsung tak dijawab. Marcella kebingungan. Peliklah tapi kaki tetap juga melangkah ke meja makan. Fikir pun fikir juga, makan jangan tinggal.

Matteus hanya tersenyum memandang Marcella begitu berselera makan. Lagipun semua menu yang dia masak menu Malaysia. Dia pasti Marcella rindu semua tu. Matanya tak lari dari pandang gadis itu. Dah macam orang angau je. Memang pun kan?

Arrrrrrhhhhh!

Amboi! Sopannya. Marcella menekup mulut. Matteus tersentak dari lamunan. Ketawa dia melihat Marcella tersengih menahan malu. Makanan di pinggan sudah licin.

"Kenyang ke? Kenapa tak habiskan? Banyak lagi ni. Kalau nak lagi, aku boleh masak lagi" ujar Matteus. Marcella mengeleng.

"Tak apa aku dah kenyang pun. Kau tak makan ke? Ooohhh, lupa. Carol kan pandai masak. Mesti kau rindu masakan dia. Baliklah Malaysia cepat" ujar Marcella. Tak bersalah je muka dia sindir lelaki itu.

"Halau aku nampak" ujar Matteus. Terkilan hatinya.

"Mana ada. Aku galakkan je. Takut nanti Carol syak apa apa. Kau kan su..."

"Aku tak pernah kahwin dengan dan tak pernah jadi suami dia" ujar Matteus potong kata Marcella. Marcella terdiam sebelum terlopong.

"Tolong jangan ungkit pasal dia. Sekarang, aku nak bincang pasal kita" serius semacam je.

"Kita? Bukan kita dah cerai ke?" hah! Makan kau. Punyalah Marcella jujur sampai berubah riak wajah Matteus.

"Siapa kata bercerai? Yang kau pandai pandai sain surat cerai tu kenapa? Yang kau sanggup tinggalkan aku dengan sehelai surat je apa sebab?" tanya Matteus pandang tepat Marcella.

"Kenapa? Kau tanya aku kenapa? Bukan kau ke kelubur sangat nak kahwin dengan dia? Aku tunaikanlah permintaan kau. Buat apa kau hidup nak hidup dengan aku kalau kau cintakan dia? Cinta palsu ke? Baik aku bercinta ke dengan Fiq kan senang" ujar Marcella. Geram dia dituduh sebegitu. Matteus tarik nafas dalam dalam.

"Aku tahu kau tak bercinta dengan Fiq dan takkan. Kau nak tanya mana aku tahu? Fiq bagitau aku kau sayangkan aku. Jangan ego sangat Mar" ujar Matteus.

"Cewah kau. Perasan. Tu dulu, sekarang kau atau sesiapa pun aku tak pandang" ujar Marcella. Memang pun aku cintakan kau, dah kau benci aku, putus jelah asa aku.

"Really?" tanya Matteus sambil pandang Marcella dalam dalam. Marcella tak keruan. Ni dia lemah ni.

"Yang kau pandang aku macam tu apasal?" tanya Marcella gerun.

"Rindu kau" makan kau! Marcella jadi orang bisu. Sesaat, dua saat, tiga saat.

"Agaknya kau salah makan ubat kot. Atau kau sebenarnya nak cakap rindu tu kat Carol. Kau baliklah Malaysia. Bukannya ada faedahnya kau kat sini" ujar Marcella. Matteus berpeluk tubuh.

"Asyik suruh kita balik Malaysia. Aku takkan balik sana tanpa kau"

"Aku? Balik sana? Mimpi kot. Aku mana boleh balik sana. Aku nak sambung belajar kat sini dan nak tukar kewarganegaraan aku kat sini" ujar Marcella. Matteus terkejut. Maksudnya, Marcella tak nak balik Malaysia lagi. Ni dah melampau.

"Kau tak nak balik? Habis tu, papa, mama? Aku?" tanya Matteus.

"Kau janganlah risau. Aku ni kan anak derhaka. Satu lagi, aku kan tak hormat suami. Apa kebaikan yang aku pernah buat sebagai alasan kau dan family aku terima balik?" tanya Marcella. Hatinya menjerit sakit. Terluka.

"Sayang, tak ada mak bapak yang tak sayang anak Mar. Aku? Cinta aku bawa aku ke sini dan bawa balik Malaysia"

"Apa kau merepek ni? Tolonglah. Kau kahwin je dengan Carol. Kau sendiri nak kan?" ujar Marcella. Letih dia ulang. Tapi, peluang untuk bersama lelaki itu hanya tinggal 0.01% je. Baik dia lepas. Nak berharap buat apa.

"Carol Carol Carol. Tak habis habis Carol. Aku hampir gila tau tak bila mama suruh aku kahwin dengan dia hari tu. Sekarang kau nak aku kahwin dengan dia? Baiklah. Aku balik. Orang dah tak nak, takkan aku paksa. Buang masa je. Baik aku buat assignment" ujar Matteus lalu bangun. Sakit hatinya. Kecewa apa lagi.

Ha! Kan aku dah cakap. Dia tu terpaksa sebenar. Tak ikhlas langsung. Marcella tersenyum sinis. Kejap! Apa dia cakap? Mama suruh dia kahwin dengan Carol? Apa kes?

Matteus mencapai coatnya dengan hati sakit. Berserabut otaknya. Tiada cara lagi nak pujuk Marcella. Baru nak melangkah keluar, tangannya ditarik. Segera dia menoleh. Muka Marcella kebingungan dipandang. Kalau aku culik dia masuk dalam bagasi bawa balik Malaysia boleh ke?

"Kau bagitau aku apa yang dah jadi" ujar Marcella serius. Matteus menjongket kening. Berubah ubah budak ni

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience