BAB 20

Romance Completed 5442

Matteus,

Maaf kerana buat keputusan macam ni. Aku dah sedia terima apa yang akan kau cakap. Papa, mama, kau, atau sesiapa saja pasal aku. Tapi, ini keputusan aku. Impian aku akhirnya tercapai tapi dihalang.

Bukan niat aku nak tinggalkan korang. Buat niat aku nak sakitkan hati semua orang. Dan bukan niat aku juga nak tinggalkan tanggungjawab sebagai isteri kau. Bagi aku, cinta kau pada aku mungkin kerana terdesak. Kau tak nak berdosa kerana mencintai orang lain sedangkan kau kahwin dengan aku.

Aku tak kisah semua tu. Aku faham dan aku tak marah kalau betul apa aku jangka ni. Cinta kau berdasarkan rasa simpati dan bersalah. Jujur dengan diri kau. Kau masih cintakan Carol, kan?

Sakit. Tipu kalau tak sakit. Tapi, perasaan aku baru bercambah. Senang untuk aku padam rasa cinta ni. Kau janganlah risau. Aku takkan ganggu kau dan dia. Bodohnya aku kerana jatuh cinta pada kau sedangkan aku dah tahu awal awal lagi kau sayangkan Carol. Tapi, kali ni aku janji, aku akan lupakan. Believe me.

Kau teruskanlah hubungan korang. Tak apa, tak lama lagi aku akan hantar surat cerai. Cuma kali ni, aku harap kau maafkan semua kesalahan aku. Semuanya. Lupakan luahan aku ni.

Jika ditakdirkan, harap kita dapat jumpa lagi. As friend...

Marcella Errz.

Matteus tunduk. Surat yang terletak atas meja solek pagi tadi dibaca dengan perasaan bercampur baur. Tanpa sedar, air matanya mengalir. Marah akan diri sendiri. Menyesal kerana langsung tak bersama gadis itu selama ini.

Semenjak Marcella dimarah oleh Sean, dia langsung tak berbual dengan Marcella. Pandang pun tak. Setiap kali gadis itu ingin berbual dengannya ,dia akan lari. Dia tak pasti dia marah atau kecewa dengan isterinya.

"Ma...Maaf Mar" ujar Matteus dalam tangis.

"Kenapa kau sanggup tinggalkan aku? Perasaan aku bukan main main. Bukan simpati. Bukan paksa. Tu datang sejak aku jumpa kau. Tolong faham sayang" kata Matteus seolah olah gadis itu berada di hadapannya sekarang.

"Macam mana aku nak hidup tanpa kau sayang? Macam mana aku nak cintakan dia lagi kalau aku hanya cintakan kau? Macam mana?!" rintihnya tanpa henti.

Bila gadis itu dah pergi, baru dia sedar betapa peritnya elakkan diri dari gadis. Rindu bagai nak gila tapi ego lelakinya mengatasi segala. Tanpa dia sedar, beberapa pasang mata memerhatikannya di depan muka pintu dengan sebak.

*****
"Kau nak apa ni, Carol? Cepatlah, aku nak balik ni" ujar Matteus dengan riak dinginnya. Dia diajak Carol berjumpa di taman U mereka.

"Awak dah berubah Matteus. Awak dah tak macam dulu" ujar Carol. Mtteus merengus.

"Kalau kau nak cakap pasal ni, baik tak payah. Sebab aku rasa semua ni dah tak penting. Aku nak balik" ujar Matteus. Baru nak berlalu, tangannya ditarik Carol. Terkejut dia apabila melihat Carol menangis.

"Sampai hati awak kan. Saya terlalu cintakan awak. Macam tu je awak kata tak penting. Kenapa awak? Kenapa awak berubah? Sebab awak dah jatuh cinta dengan Marcella" tanya Carol. Matteus tersentak. Dia diamkan diri.

"Saya tak sangka macam tu je awak lupakan cinta kita. You know that I really love you. But why? Why must her in your heart now? Why not me be your wife? Kalau tak, mesti kita sekarang bahagia kan?" ujar Carol.

"Semua ni tiada kaitan dengan dia"

"Awak tipu! Awak cintakan dia. Awak lupakan saya sebab dia. Apa istimewa dia? Saya dah lama cintakan awak tapi senangnya kau lupakan saya" kata Carol. Tangisannya semakin menjadi. Matteus rasa bersalah.

"Kalau dia tak ada, awak takkan berubah. Kalau awak cintakan dia. Awak pergilah. Saya okay. Awak pergilah. Pergi" halau Carol. Tubuh Mattues ditolak beberapa kali. Teresak esak dia menangis. Matteus rasa bersalah terus peluk Carol. Carol tolak tubuh itu tapi pelukan Matteus semakin erat. Akhirnya, dia menangis di dada lelaki itu.

"Kenapa? Kenapa awak...." Carol tak teruskan katanya.

"Maafkan aku" ujar Matteus mula sebak. Makin erat Carol dipeluk. Dia tak tahu siapa dia sekarang.

Tak jauh dari situ, seseorang memerhatikan mereka dengan hati remuk. Air mata terus mengalir. Setiap kata mereka menusuk sakit ke dadanya. Salah diakah selama ni? Salah dia? Kenapa?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience