BAB 7

Romance Completed 5442

Marcella minum air di depannya dengan rakus. Haus setelah seharian bersama panahnya. Sha dan Flo tak juga tegur. Faham akan minat gadis itu.

"Macam mana semalam? Mesti suami kau handsome punya kan?" tanya Sha. Marcella berhenti minum air.

"Handsome? Mestilah handsome. Kalau tak, dah lama aku tinggalkan dia" ujar Marcella. Kemudian dia buat senyuman sinis. Sha dan Flo mencebik. Tak ikhlas langsung.

"Yalah. Bukannya keluarga kau nak cari yang buruk kan? So, macam mana? Dah jatuh cinta?" tanya Flo pula. Marcella mula geram. Jatuh cinta dengan sekali jumpa. Apa ingat ni macam dalam cerita dongeng ke?

"Kalau aku jatuh cinta, pelik ke?" tanya Marcella. Saja menduga.

"Memanglah pelik. Aku rasa kalau kau jatuh cinta, memang lelaki tu hebat punya" ujar Sah. Flo mengangguk setuju.

"Kenapa?" tanya Marcella. Bukannya pelik pun untuk dia jatuh cinta. Dia saja yang belum bersedia untuk berikan cintanya pada insan yang bergelar lelaki atau suami.

"Kau tu punya hati batu. Tak tahulah betapa kerasnya. Orang bagi signal pun kau tak tahu" ujar Flo.

"Ermm, tak kisah juga" sambung Sha. Marcella mengaru kepala.

"Yakah?" ujar Marcella. Tersengih akhirnya.

"Kenapa susah sangat kau bercinta? Kau dah ada suami pun. Takkan kau nak lalui perkahwinan kau tanpa cinta?" ujar Flo. Marcella diam.

"Aku bukan tak nak jatuh cinta. Mungkin insan yang buat aku jatuh cinta belum tiba lagi kot. Janganlah risau. I'm still 21, right?" jawab Marcella. Sha dan Flo hanya tersenyum kecil. Tak tahu dah nak kata apa?

"Suka hati kaulah, Mar. Kmi nasihat je. Untuk kebaikan kau juga" ujar Sha. Marcella tersenyum lantas mengangguk.

"Terima kasih risaukan aku. Aku okay. Koranglah kawan terbaik aku" ujar Marcella. Gembira kerana ada orang ambil berat. Sha dan Flo mengangguk.

Baru nak berkata lagi, deringan telefon Marcella mematikan kata mereka. Marcella memandang skrin telefonnya. Mesej dari Matteus.

'Kau kat mana? Kita balik bersama ya. Aku tunggu kau'

Itu mesej dari Matteus. Marcella mengeluh. Ni mesti kerja mama suruh Matteus teman dia balik. Semalam bukan main gembira ibunya tahu hubungan dia dan Matteus okay.

"Hari ni ada apa apa aktiviti kelab sampai petang ke?" tanya Marcella. Sha dan Flo mengeleng.

"Tak ada kot. Semua latihan dibatalkan" jawab Flo. Marcella mengangguk sebelum memandang skrin telefonnnya lagi.

'Okay. Tunggu aku kat luar. Kejap lagi aku sampai'

Itu yang dia balas. Marcella menghabiskan minumannya terlebih dahulu. Sha dan Flo hairan. Selepas dapat mesej terus nak balik.

"Kau dah nak balik ke?" tanya Flo. Marcella mengangguk.

"Ermmm, dia tengah tunggu aku. See later, bye" ujar Marcella. Sha dan Flo mengangguk. Faham. Marcella mencapai telefonnya dan kunci kereta sebelum berlalu pergi.

Dia? Dia siapa? Sha dan Flo menyesal lupa tanya. Siapakah dia itu? Suamikah? Siapa? Hai, tunggulah lain kali. Sabar!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience