Pangg!!
Semua orang terkaku melihat. Marcella menahan sakit di pipi. Itu risiko yang perlu dia ambil. Turun naik dada Kay memandang anak perempuannya itu.
"Papa tak pernah ajar kau macam ni. Beringat sikit kau tu dah kahwin. Kau pergi jauh dari dia. Dahla dengan lelaki lain. Apa yang suami kau kata nanti, hah?!" marah Kay. Marcella hanya tunduk.
Matteus ketika itu hanya diam. Dia diserang pelbagai perasaan. Kata kata Marcella tadi menerjah beberapa kali di fikirannya.
"Tolong fikir pasal suami kamu juga sayang. Jangan buat keputusan terburu buru" ujar Riana. Merayu pada anak gadisnya. Sebak hatinya.
"Tapi tu impian Mar mama. Dari kecil lagi. Bukan mudah untuk Mar lepaskan"
"Papa dah halang dari dulu kau tak nak dengar. Sekarang ni akibatnya" marah Kay.
"Tapi pa,..."
"Kalau kau nekad sangat nak pergi sana, baiklah. Aku benarkan. Tapi, selangkah kau menapak keluar dari rumah ni, kau bukan anak aku lagi" ujar Kay. Semua terpempam. Matteus tersentak. Marcella terduduk. Air matanya mengalir laju.
"Abang.." panggil Riana. Kay sudah berlalu dengan perasaan marah membuak buak. Riana tak mampu buat apa apabila suaminya sudah melangkah masuk dalam bilik dan menghempas kuat.
"Sayang jangan pergi ya. Kesian kat mama sayang. Kesian kat Matteus. Dia suami kamu" pujuk Riana. Marcella pandang wajah ibunya.
"Maaf ma" ujar Marcella. Ibunya dipeluk erat. Menangis melepaskan segalanya. Matteus masih kaku.
*****
Matteus diam seribu bahasa. Tunduk. Tak mahu hadap wajah Marcella ketika itu. Marcella melepaskan nafas berat. Dia dan Matteus duduk di birai katil.
"Kau pun nak buang aku ke?" tanya Marcella. Matteus masih diam.
"Aku tahu kau marah. Kau marahla. Kau tampar, kau benci aku, kau pukul aku. Aku tak kisah" ujar Marcella.
"Senangnya kau suruh aku benci aku. Hati aku dah terlalu sayang kat kau. Macam tu je ke aku nak benci kau" ujar Matzeus tiba tiba. Marcella tersentak.
"Maaf"
"Maaf tak cukup. Aku rayu sangat. Kalau memang ada rasa sayang kau kat aku. Tolong jangan pergi. Tolong jangan tinggalkan aku" rayu Matteus. Dia menangis.Marcella tunduk. Dia cuba kuatkan diri. Sayang, cinta ,suka. Tu perasaannya.
"Kau tak faham. Tu impian aku. Impian aku sebelum kahwin dengan kau. Bukan suka suka aku nak tinggalkan kau. Tapi, bila lagi aku nak pergi. Lama aku tunggu selama ni" ujar Marcella. Matteus lama diamkan diri.
"Penting benar impian. Ya! Betul apa yang kau cakap. Tradisi ini terlalu bodoh. Perkahwinan menyusahkan. Aku lupakan cinta Carol kerana cintakan kau. Tapi kau tak hargai cinta aku hanya kerana impian ni. Bagus" ujar Matteus..Wajahnya diraup.
"Matteus, bukan tu maksud aku"
"Habis, kau nak maksudkan macam mana? Cukuplah Mar. Kau pergilah kalau nak pergi. Aku tak halang. Aku ni bukan sesiapa untuk halang kau. Pergilah. Dengan Fiq" ujar Matteus. Tak! Sakitnya melepaskan gadis yang dia cinta itu. Baru nak menyulam kasih, gadis itu ingin berlalu pergi.
"Matteus..."
"Tapi ingat Mar. Walau kau jauh, tolong ingat aku. Aku masih harapkan cinta kau walau berapa lama sekalipun. Tolong jaga hati kau. Tolong ingat orang yang sayang. Di sini nanti, aku akan selalu jaga cinta kita. Aku tak pasti apa perasaan kau, tapi tolong. Tolong percaya untuk kali ini. Aku cintakan kau" luah Matteus. Marcella terkaku.
"Kau tidurlah. Dah lewat ni. Aku nak tidur. Letih" ujar Matteus. Dia bangun dan keluar. Kalau boleh, setiap saat dia ingin bersama gadis itu tapi dia tak kuat. Takut gadis itu tinggalkannya.
Marcella menangis teresak esak. Luahan itu buat dia keliru dan bersalah. Besar cinta itu tapi apa yang dia bagi untuk lelaki itu? Kesedihan?
Share this novel