BAB 13

Romance Completed 5449

Marcella hanya memandang Carol yang sedang tertunduk itu. Dia dapat agak pasti ini berkaitan dengan Matteus. Kalau tak, pasti Matteus akan bersama mereka sekali. Carol tak boleh jauh dari lelaki itu. Dia? Sudah lama tak berjumpa dengan lelaki itu sejak kejadian malan itu. Bukan Matteus tak cari, tapi dia mengelak.

"Kau nak jumpa aku pasal Matteus kan?" ujar Marcella. Memulakan perbualn mereka. Carol mengangguk.

"Erm, kau cakaplah. Aku dengar" Ujar Marcella. Carol mengangguk.

"Matteus jarang jumpa saya sekarang. Awak tahu sebabnya?" tanya Carol. Pantas Marcella mengeleng.

"Oh! Saya ingat awak tak suruh dia jumpa saya lagi. Awak kan isterinya. Dia patut dengar cakap awak" ujar Carol. Suaranya bergetar.

"Aku isterinya Carol. Tapi tak bermakna dia cintakan aku dan aku cintakan dia. Dia cintakan kau. Tu yang kau patut tahu" ujar Marcella.

"Saya lega mendengar tapi saya ragu kerana dia lebih ambil berat pasal awak" ujar Carol. Marcella mengeluh.

"Kau jangan risau. Takkan ada orang suka kalau pasangan hidup ditentukan keluarga. Matteus suka kau sebab pilihan hatinya. Bukan orang lain" ujar Marcella.

"Terima kasih. Awak memang baik. Tapi, takkan tak ada sekelumit perasaan awak kat dia. Cinta itu istimewa tau" ujar Carol. Marcella terdiam sebelum mengeleng.

"Tak apa kalau ada. Saya terima. Matteus baik. Dia buat saya mudah jatuh cinta. Dia sentiasa tersenyum walaupun susah. Saya suka semua tentangnya. Saya bertuah jatuh cinta padanya" Ujar Carol. Meluahkan. Marcella diam.

"Impian saya adalah hidup dengannya. Tapi, setelah saya dapat tahu awak kahwin dengan dia, saya jadi takut. Saya takut kehilangan dia" Luah Carol. Marcella terkejut apabila melihat airmata Carol di pipi mulus itu.

"Saya tak boleh terima kalau dia pilih awak. Saya tak sanggup serahkan dia kepada awak" ujar Carol. Marcella terpempam di situ. Inikah cinta? Peritnya. Marcella ukir senyuman palsu di bibirnya.

"Aku takkan ambil dia dari kau. Kau jangan risau" kata Marcella.

"Cinta korang buat aku kagum. Matteus milik kau sorang. Itu pasti kalau memang takdirnya begitu. Aku ni sementara je Carol. Bila bila masa aku boleh pergi" ujar Marcella. Carol mengangkat muka.

"Kau nak pergi mana?" tanya Carol. Marcella hanya tersenyum. Itu..Hanya dia tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience