Marcella tersenyum kelat melihat panahnya terpacak pada papan itu. Tepat tapi tak mengembirakannya seperti dulu. Kenapa? Dia rindu. Rindu semua di Malaysia. Dunia Jepun itu langsung tak membangkitkan semangatnya.
"Mar" panggil Fiq yang memerhati dari tadi. Dia perasan perubahan gadis itu sejak mereka tiba di bumi maju itu. Malah, dia juga tahu bahawa gadis itu isteri orang.
"Fiq, kenapa?" tanya Marcella. Dia cuba sembunyikan riaknya. Fiq tersenyum kecil.
"Dah petang pun. Takkan tak nak balik. Sini bukan macam kat Malaysia. Sejuk tau" nasihat Fiq. Marcella tersenyum kecil. Langsung tak ikhlas.
"Terima kasih risaukan aku. Kejap lagi aku balik" ujar Marcella.
"Bukan aku je risau. Orang kat sana pun risau. Kau langsung tak call pun dia orang. Kau marah ke kecewa?" tanya Fiq.
"Kau rasa apa? Tak ada maknanya. Aku ada tak ada ke, langsung tak ada bezanya. Sekarang, aku cuma nak fokus pada pertandingan ni. Tinggal beberapa hari lagi kan?" ujar Marcella. Fiq terdiam. Langsung tak dapat nak bantah.
"Matteus, Carol..Mereka..." Fiq tak dapat teruskan kata apabila Marcella tunduk.
"Mar...I'm sorry" ukar Fiq. Marcella tahan sebak. Sakitnya semua ini baginya.
"Sorry, aku janji takkan ungkit lagi ya" ujar Fiq.
"Tak apa. Tapi, kalau mereka nak bersama, aku tak bantah. Semua ni salah aku Fiq. Kalau tak sebab aku, semua ni tak jadi Fiq. Agaknya keputusan aku tepat sekali. Jadi, tolong. Tolong jangan ungkit" ujar Marcella. Panahnya disimpan di tempat asal. Beg dicapai. Fiq tarik tangannya.
"I'll be with you" ujar Fiq. Marcella tersenyum.
"Thanks"
*****
"Mama nak kamu kahwin dengan Carol minggu depan"
Matteus terkaku mendengar keputusan yang dibuat ibunya. Langsung tiada suara keluar. Kata ibunya menerjah kepalanya beberapa kali.
"Sayang" panggil Sean memujuk isterinya yang kerap buat keputusan mengikut perasaan. Carol yang menikus dari tadi diam.
"Mama dah buat keputusan muktamad. Mama tak nak ada bantahan" tegas Lina.
"Mama...Marcella still my wife" bantah Matteus. Langsung tak boleh terima arahan itu.
"Wife? Wife apa sampai sanggup tinggalkan suami sendiri dan pergi dengan lelaki lain. Wife apa pergi tanpa izin suami? Tell me, what kind of your wife, hah Matteus?!!" marah benar ibunya.
"Ma, i love her very much. Mama nak suruh Matteus kahwin dengan Carol, how about my love, ma? My wife? I never love somebody else, ma. Never" ujar Matteus. Carol tersentak dengan luahan itu. Cinta itu patutnya miliknya! Bukan Marcella!
"Habis, kamu nak terus nak digantung tak bertali macam ni? Tanpa isteri walaupun dah berstatus suami?"
"I don't care. Mama cakap apalah. Tapi, Matteus akan tunggu dia" ujar Matteus.
"Jangan nak tunjuk lagi semua tu. Mama meluat. Kamu cinta dia tapi dia? Dia cinta kau ke kalau ke luar negara dengan lelaki lain dan hanya tinggal surat je? Mama dah buat keputusan, kamu mesti kahwin dengan Carol minggu depan. Lagipun, dia kata akan hantar surat cerai. Bagus"ujar Lina. Matteus tersentak. Cerai?
"Mama suruhlah Matteus kahwin dengan siapa tapi Matteus tetap sayangkan Marcella. I just love her. Nobody else" ujar Matteus sebelum berlalu.
Sean mengeleng. Carol kaku. Ibunya merengus kasar.
"Kamu sanggup pisahkan mereka. Kamu nak tengok dia hidup beristeri tanpa cinta. Tanpa bahagia. Silakan tapi jangan menyesal juga kalau dia juga akan hilang cari isteri dia" ujar Sean sebelum berlalu. Menusuk. Sakit.
Share this novel