BAB 28

Romance Completed 5442

"Ma... maafkan Mar sebab lukakan hati mama. Mar tak dapat fikir cara lain lagi Ma" ujar Marcella lantas peluk ibunya yang turut menangis. Terkejut ibunya melihat dia tadi.

"Tak apa sayang. Yang penting sayang dah balik. Mama rindu sayang. Kenapa lama sangat nak balik? Mama ingat lepas tamat pertandingan, kamu balik sambut kemenangan dengan papa dan mama dan suami kamu" ujar ibunya. Marcella terus menangis. Tanggapannya salah selamanya. Betul kata Fiq.

"Maafkan Mar ma. Mar degil. Berapa kali Fiq pujuk Mar, tapi Mar degil tak nak balik Malaysia. Mar ingat mama dan papa benci dengan Mar" ujar Marcella dalam tangisan. Matteus berubah riak setelah isterinya sebut nama Fiq.

"Kenapa fikir macam tu sayang? Mama dan papa tak berhenti rindukan Mar kat sini tau. Sampai papa sakit" ujar ibunya. Marcella terkejut.

"Papa sakit? Tuhanku! Ma, mana papa? Mar nak jumpa papa? Papa mana?" tanya Marcella sambil goncang tangan ibunya. Risau.

"Papa sini sayang" ujar satu suara. Marcella lantas menoleh. Laju langkahnya ke arah orang itu sebelum dipeluk erat.

"Papa, pa maafkan Mar. Mar anak derhaka. Mar patut dihukum" ujar Marcella sambil menangis di dalam pelukan Kay. Kay mengeleng.

"Tak sayang. Papa salah. Papa tak faham akan impian kamu. Papa minta maaf sayang. Kamu anak terbaik papa. Kamu dah berjaya dalam impian kamu. Maafkan papa sebab salah faham selama ni ya" ujar Kay. Dia turut menangis. Rindunya akan anaknya itu. Hanya tuhan tahu. Matteus diam menikus.

"Mar...menantu mama" ujar satu lagi suara. Ya! Puan Lina. Marcella terus peluk ibu mertuanya.

"Maafkan mama sebab salah sangka sayang. Mama sangka kau lari dengan lelaki lain sebab tak suka Matteus. Mama menyesal sayang selepas kawan kawan kamu dan Matteus sendiri beritahu mama apa yang berlaku sebenarnya" terangnya sambil menangis. Marcella mengeleng.

"Tak apa ma. Mar faham dan Mar juga salah"

"Tak sayang. Mama berdosa. Mama suruh Matteus kahwin dengan Carol walaupun Mama tahu sayang masih isteri dia. Mama kejam. Mama hampir hancurkan rumah tangga anak mama sendiri sayang" ujar Puan Lina. Dia terus menangis. Marcella kelu. Dia tak dapat berkata kata apa. Bapa mertua memandang dan dia hanya tersenyum.

"Mar maafkan. Mar faham kenapa mama buat begitu. Mama nak anak mama gembira kan" ujar Marcella. Puan Lina terharu.

"Tapi Matteus takkan bahagia dengan aku Marcella" ujar satu suara dari muka pintu utama. Semua menoleh. Carol didepan mereka.

*****
Dia berada di luar bersama Carol. Carol yang inginkan privacy.

"Bila kau sampai?" tanya Carol. Dia berubah. Pakaian dan cara percakapan.

"Semalam" jawabnya ringkas. Dia mendongak. Ya! Suaminya sedang jadi perisik tanpa gaji. Apa ingat aku bodoh ke? Matteus tersengih sebelum pergi.

"Bertuah Matteus dapat perempuan macam kau" ujar Carol.

"Bukan dia sepatutnya milik kau ke? Kalau tak sebab aku suruh tengok kat tv masa tu. Mesti korang kahwin sekarang kan" ujar Marcella.

"Ya! Tapi malangnya tak dan takkan" ujar Carol. Marcella kerut dahi.

"You know what Marcella...aku yang hasut mama Matteus supaya kahwinkan aku dengan Matteus bagi tutup malu mereka. Aku berjaya Marcella...but not at all" ujar Carol. Marcella terkejut.

"Aku ambil kesempatan dalam derita kau. Maafkan aku. Aku tahu kau cintakan Matteus. Aku marah sangat bila tahu kau kahwin dengan dia. Aku mohon kat kau untuk berikan dia kat aku. Kejamkan aku?" ujar Carol. Marcella diam.

"Aku cari dan cari rancangan bila dapat tahu Matteus beralih rasa kepada kau. Aku takut kehilangan dia Marcella jadi aku rancang hasut mamanya dan berjaya" ujar Carol. Marcella hanya dengar. Carol yang mula titiskan air mata dipandang lama.

"Dalam tempoh sebelum perkahwinan, dia langsung tak tersenyum bahagia. Aku terseksa tengok dia begitu. And you have to know...dia dalam diam upah orang untuk jejak kau. Dia langsung tak bahagia dengan aku. Yang ada hanya kau dan kau" ujar Carol.

"Tapi kau cinta pertamanya...dari kecil" ujar Marcella setelah lama diam

"Tak semestinya cinta itu selamanya milik kita melainkan cinta sejati. Macam kau dan dia. Dia setia sampai sakit dia tempuh untuk jumpa kau di Korea. Dia accident sebelum ke sana. Kakinya cedera dan masih dalam proses sembuh" beritahu Carol. Marcella terkejut. Dia tak tahu pun.

"Tak percayakan tapi tulah cinta kau. Jangan lepaskan dia Mar. Jaga dia seperti nyawa kau. Aku rasa kau paling sempurna untuk dia sebab tu aku batalkan perkahwinan kami. Jangan sia siakan dia. Kerana cinta dia untuk kau dan kau juga begitu kan" ujar Carol. Marcella tak jawab.

"Aku ni hiporkit tau. Aku menipu semata mata untuk miliki dia. Lie and lie. Tapi Tuhan tahu apa yang terbaik Mar dan dia temukan aku dengan seorang lelaki yang mampu ubah aku. Dan sekarang, aku dah bertunang" Ujar Carol buat Marcella terkejut lagi. Begitu banyak kejutan untuknya.

"I have to go Marcella. Take care and please forgive me" ucapnya lantas peluk Marcella erat. Dia menangis. Marcella turut alirkan airmata. Terima kasih tuhan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience