BAB 5

Romance Completed 5442

"Err..Marcella?!"

Ini entah berapa puluh kali dia menyebut nama itu di sekelilkng rumah. Mana pandai cari orang dalam gelap macam ni. Matteus mengeluh. Rasa bersalah pun ada kerana buat gadis itu marah. Bukannya calang calang orang. ISTERI!!!

"Marcella?!" panggil Matteus lagi. Bagaimana kalau Marcella batalkan perkahwinan?

Zupp!!

Matteus sentuh dadanya. Sakit tiba tiba. Matteus mengerut dahi. Dia takutkah kalau perkahwinan itu dibatalkan? Kenapa? Bagaimana dengan Carol?

Matteus mengeleng. Dia berjalan menuju ke garaj. Hanya itu saja tempat belum dia jejak. Berpeluh juga pusing satu rumah itu.Matteus menerjah garaj yang agak gelap itu.

"Arrrggghhh"

Marcella terkebil kebil memandang Matteus menjerit. Senget kepalanya pandang wajah Matteus dalam gelap. Nak gelak pun ada melihat wajah Matteus pucat.

"Ma..Ma..Ma..." Matteus tak dapat keluar suara jelas. Turun naik dadanya. Calm down my heart!

"Kau buat apa kat sini?" tanya Marcella sebelum mengikat rambutnya menggunakan pengikat rambut hitam. Matteus tarik nafas seketika.

"Ak..Aku cari kau" jawab Matteus.

"Aku..? Kenapa? Mama suruh?" tanya Marcella. Matteus pantas mengeleng.

"Tak. Bukan. Aku cari kau. Ak..Aku nak minta maaf pasal tadi. Salah aku" akui Matteus jujur. Dia tunduk seketika.

Marcella rasa macam nak tampar pipi. Tak pernah dia tengok lelaki meminta maaf sedangkan dia yang buat hal. Memang hebat. Jarang sekali dijumpai zaman sekarang. Ada pun 0.01% daripada 99.99% lelaki wujud sekarang.

"Ermm. Hey! Aku nak tanya. Kenapa kau tak bantah perkahwinan ni?" tanya Marcella. Dia duduk di kerusi plastik yang memang tersedia dalam garaj itu. Garaj pun jarang digunakan. Selalu servis kereta kat bengkel luar.

Matteus diam. Kenapa? Soalan itu buat dia berfikir seketika. Sebulan lalu dia sudah dimaklumkan perkara itu, tapi dia tak ambil kisah. Hanya cari rencana untuk luahkan perasaan pada Carol.

"Mungkin sebab aku.."

"Aku tak suka perkahwinan ni. Aku tak pernah kenal kau. Aku tak cintakan kau. Dan, aku tak suka langsung tradisi ini" potong Marcella tanpa sempat Matteus habiskan ayat. Dia pandang wajah Marcella. Tampak stres.

"Aku tak tahu apa apa. Aku tak pernah jatuh cinta. Tak juga tahu maksud cinta. Bodohkan aku?" tanya Marcella.

"Eh?" Matteus tak mampu jawab. Tak tahu maksud cinta?

Marcella ketap bibir geram. Takkan tak faham signal itu. Batalkanlah perkahwinan ini! Tapi melihat Matteus diam, Marcella biarkan saja.

"Kau nak tahu tak apa perasaan apabila jatuh cinta?" ujar Matteus. Pandang tepat anak mata Marcella.

"Eh?"

"Perasaan jatuh cinta sangat hebat tau. Istimewa. Feel like in paradise. Hanya kau dengan orang yang kau cinta. Jantung kau akan berdegup lebih cepat setiap kali bersama dia. Teringin dengar suaranya sentiasa. Pandang dan senyum dengannya. Lebih kepada..You cant live without that person" cerita Matteus penuh perasaan. Carol terbayang di ruangan matanya sekarang.

Matteus angkat kepala. Terkejut dia melihat Marcella terpempan di situ. Diam sambil pandang wajahnya lama. Matteus terasa nak hantuk kepala. Bagaimana boleh begitu lancar mulutnya ceritakan perkara itu kepada ISTERI sendiri?

"Ma..Maaf. Ak..Ak tak senga..."

"Hey!" Matteus tak jadi berkata. Marcella yang menundukkan kepalanya itu buat dia kalut. Marahkah?

"Aku..."

"Tell me everything about that girl" ujar Marcella. Serius. Matteus tak terkata.

"Eh?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience